Bab 2

27 1 0
                                    

Lia terduduk. Kaku.
Mataku memandang ke arah Lia.
Bingung. Kenapa dia terduduk.
Mata yang terarah ke Lia seraya memandang ke depan.
Zaif Aiman.

Lelaki yang dia puja.
Lelaki yang dia sayang sangat.
Akhirnya di depan mata.
Berpelukan dengan perempuan lain.
Sungguh aku tak terkejut.

Aku pandang ke arah lia.
"Kau nak biar?". Aku bertanya dengan senyuman sinis. Lia dengan perlahan memandangku. Matanya merah bergenang air mata. Tiada jawapan. Dia tunduk perlahan menahan tangisan. Lia mungkin lemah tapi aku tidak. Tanpa berfikir panjang aku menuju ke arah si miang, Zaif.

"EL! EL!". Suara Lia memanggil. Aku tahu dia nak halang aku. Tapi membiarkan si Zaif macam tu umpama membiarkan dia menang.
"Ewah-ewah! Bukan main eh kau!". Aku menegur si Zaif. Matanya terbuntang. Dah macam nak terkeluar biji mata dibuatnya. "Eh. EL." . Jawabnya, terkejut. "Kau memang tak tahu menghargai kan? Aku dah lama perhati kau tau". Akhirnya, apa yang terpendam aku luah. Si Zaif memang dari dulu kaki perempuan. Cuma si Lia, kawan aku ni je buta. Buta cinta.

"Eh, Hello. Kau sape nak tegur aku?". Zaif membalas. Eh mamat ni, kecik besar je aku tengok. "Kau bodoh ke buat-buat bodoh?. Aku tak peduli kau dengan siapa pun tapi tu hah". Jariku menunjuk ke arah Lia. Tercegat kaku jauh dari Zaif dan kekasih yang dia peluk. "Kat sana tu yang tercegat tu kawan aku. Yang bodoh pergi setia dengan orang macam kau". Zaif terdiam. "Lia.."

"Sayang siapa tu?". Perempuan sebelah Zaif bertanya. Lia yang mendengar dari jauh terus melarikan dia. Dia tak sanggup nak hadap realiti di depan mata. Perit. Aku tahu dia terluka tapi inilah realiti yang aku cuba sampaikan dari dulu. "Lia!". Zaif menjerit memanggil Lia dan cuba untuk bergerak ke arahnya. Tapi perempuan di sebelahnya menghalang. Tangan dipegang erat. "You! Baik you jawab. Siapa Lia tu?". Dia bertanya lagi, marah. " Err..". Zaif hilang kata-kata. "Ya sayang, sape dia tu? Buat apa you nak kejar sedangkan ramai lagi yang kejarkan you?". Balasku sinis. Biar dia kenal realiti. Biar sayang di sebelahnya kenal siapa Zaif Aiman.

Aku berlalu pergi. Mencari kelibat si Lia. Si Lia kalau sedih di pelusuk dunia dia sembunyi. Aku memandang ke arah bangku rehat di luar Mall. Terlihat Lia duduk menangis.

"Nah". Aku menghulurkan tisu.
"Bodohnya aku. Aku percaya dia. Aku sayang dia EL!". Lia meluahkan isi hati. "Ya, aku tahu tapi aku dah warning kau awal-awal. Tapi kau degil". Ya, ini bukan kali pertama. Aku tahu Zaif Aiman memang kaki perempuan. Berbuih mulut aku nasihatkan Lia dulu tapi dia tidak pernah percaya."Ya. Aku bodoh. Aku marah kau dulu. Aku fitnah kau macam-macam. Aku kata kau sengaja burukkan dia. Aku salah". Lia tak percaya aku. Malah aku dan Lia pernah bergaduh hanya sebab aku kata aku nampak Zaif berpegangan tangan dengan perempuan lain kat sekolah. Cinta itu buta. Sebab dia kawan aku. Aku sabar.

"Dah. Kau balik. Aku call grab". Lia mengangguk. Dia tak banyak cakap. Aku tahu dia masih terluka.

_

"Eh! Kak, balik naik apa?". Tanya Hafiz yang tercegat depan pintu. "Eh kau Fiz! Buat terkejut akak je, akak balik naik Grab". Hampir gugur jantung dibuatnya bila disergah Hafiz. Hafiz mengangguk tanda faham.

"Oh ni ada baju, kawan akak hadiahkan". Aku hulur baju-baju ditangan kepada Hafiz. Ya, Lia tak mahu hadiahkan baju-baju tu kepada si Zaif tapi tidak tergamak dia buang. Jadi dia bagi kepada aku dan hadiahkan kepada Hafiz. Rezeki adik aku. Hafiz keliru tapi gembira. "Wah! Thanks kat kawan akak". Sengih sehingga ke telinga adik aku. "Ya², akak naik dulu ye". Aku mengangkat kaki menuju ke atas.

"Eh kak jap!". Panggilan Hafiz menghentikan aku. "Papa bagitahu malam ni ada gathering dengan kawan dia. Kita kena ikut. Dia suruh semua siap awal". Lagi. Inilah perkara paling aku ingin elakkan. Tidak bersemuka dengan papa mahupun mengikut kehendak dia. Aku paling benci gathering dengan yang aku tidak kenal. Semua seakan pura-pura. Aku? Hanya perlu tersenyum sepanjang masa. Leceh.

"Tak nak akak. Baik tidur". Aku sudah boleh terbayang-bayang katil di depan mata. Dengan badan dan kaki letih selepas seharian di Mall, aku cuma perlukan katil. "Tapi kak, papa nak semua ikut juga". Hafiz gusar. Dia tahu kakaknya keras kepala. Api lawan api. Dia tahu apa akan terjadi. Kalau boleh dia mahu elakkan. "Takpe. Nanti akak handle". Kata aku bersahaja. Tapi memang tak ada maknanya aku akan terlepas macam tu saja nanti.

Aku bersihkan diri dan baring di atas katil. Jam pun telah menunjukkan jam 6.30 petang. Ah tidur jelah. Sudahnya tiga jam aku terlena. Sedang lena,sudahnya ada yang mengetuk pintu. Kuat.

"Hannah Kaleela!".

Punah harapan tidur nyenyak. Aku tahu empunya suara. Papa.

"Hannah Kaleela! Bersiap cepat! Dah nak pergi ni!". Pintu bilik aku buka. Papa tercegat di depan bilikku. "EL tak nak pergi". Kataku bersahaja. "Eh! Takde² semua kena pergi". Dia tegas dengan kehendaknya. "EL letih la pa. Yang lain je la pergi". Papa sudah mula naik angin. "Susah sangat ke nak ikut cakap? Ikut je kan. Takde alasan".

Aku pantang. Pantang dipaksa.
Aku berdiam diri di dalam bilik. Biarlah dia nak marah atau membebel sebanyak manapun. Aku tetap dengan pendirianku.

Melihat aku berdiam diri dan tidak bersiap papa semakin naik angin.
"Hannah Kaleela! Could ever listen to me even once! Duit nak tapi cakap tak nak ikut". Hati aku panas. Bila papa sebut saja pasal duit aku hilang sabar. Aku bukan jenis yang meminta. Segala barang yang diberikan kepadaku adalah atas kehendak papa. Dia bukan papa aku atas dasar duit sahaja bagiku. Rasa benciku kepada lelaki ini semakin membuak-buak. Sewenang-wenangnya mempersoalkanku seperti anak mata duitan semata-mata. Sungguh aku benci melihat mukanya.

"Pa! EL tak pernah mintak duit dengan papa! Memang rumah ni bukan rumah EL tapi rumah, pakaian dan makan minum semua nafkah yang papa perlu sediakan. Kenapa perlu ungkit?". Aku tak boleh pendam. Aku rasa terhina. "Menjawab kau ye!".

Situasi ni aku sudah terbiasa. Sama ada dia akan rampas telefon dan semua harta benda yang dia berikan atau halau aku daripada rumah. Sudah muak aku bergaduh mulut. Sudah muak aku dengan perangai papa.

Aku melepasi papa dan turun ke ruang tamu. Aku ingin keluar dari rumah buat seketika, aku ingin bertenang. Belum sempat kaki aku melangkah keluar papa sudah berteriak. "Kalau EL tak ikut jugak, jangan balik terus ke rumah ni! Jangan jejak kaki ke rumah ni lagi!". Sungguh aku tidak hairan. Aku letih dengan semua drama dalam rumah ni. Biarlah apa yang terjadi aku lebih rela keluar rumah buat masa sekarang daripada menghadap muka lelaki aku panggil papa.

"EL!"

Perempuan Hati BatuWhere stories live. Discover now