BAB1

650 23 0
                                    

"wey malam ni nak tak kita buat something yang seronok?" Kata haffa yang sedang baring di atas katilnya. Dia memandang ke arah 4 orang rakannya.

Afiqah,Aminah, diana dan dina memandang ke arah haffa.

"Nak buat apa?" Soal aminah.

"Kita takutkan orang nak tak?" Haffa menukar posisi baring ke posisi duduk.

Mereka semua memandang antara satu sama lain lalu mereka tersenyum tanda setuju.

Dah nama pun budak nakal kan suka lah kalau bab takutkan orang. Ni pun diaorng tengah ponteng kelas. Sedap sedap je tidur dalam dorm. Cikgu pun satu, bukannya nak tegur.

Malam tu..

"Awalla woi aku tak sabar ni" afiqah menjerit dari luar dorm. Aminah yang berada di situ terkejut.

"Oh mak kau hijau! Jangan la menjerit terkejut aku" Dia memukul lengan afiqah dengan kuat.

"Jap aku tak siap lagi" diana, dina dan haffa menjerit dari dalam.

Setelah beberapa minit berlalu, mereka bertiga pun keluar.

Antara kelima lima mereka, haffa yang paling menakutkan kerana haffa mempunyai rambut yang panjang hingga ke paras punggung. Ditambah lagi dengan rambutnya yang mengurai dan berbaju putih. Sangat menggerunkan.

Dina dan aminah pula memakai baju kebaya merah dan bersolek dengan cantik. Nak jadi "hantu kebaya merah katanya."  (SORRY AKU TERBAYANG WEY HAHAHAHAH)

Manakala afiqah dan diana pula hanya memakai pakaian biasa. Mereka akan merakam perbuatan nakal mereka dan ingin memviralkan video tersebut sekiranya mangsa tidak mahu memberikan mereka wang.

Semasa dalam perjalanan ke tandas, sempat lagi dina menarik rambut haffa.

"Kau nk ape setaaaan" marah haffa. Dina hanya ketawa terbahak bahak seperti lelaki tidak siap.

"Tak sekarang ni kau yang macam setan tau. Aku pun takut jalan sebelah kau." Kalini afiqah pula bersuara. Wah menganjing orang nombor satu. Takpe kau tunggu kau.

Aminah yang cepat terhibur turut ketawa sekali.

Diana hanya mendiamkan diri. Dia berasa tidak sedap hati untuk melakukan perbuatan ini. Dia dapat merasakan sesuatu yang buruk akan menimpa mereka berlima.

🌚🌚🌚

Dua orang pelajar perempuan masuk ke dalam tandas itu. Mereka sedang berbual dengan rancak. Afiqah dan diana masing masing sudah mengeluarkan telefon bimbit mereka.

Dina dan aminah yang berada di luar tandas menutup lampu tandas itu. Keadaan menjadi gelap gelita.

"Hihihihi hai korang berdua... Ada nampak anak saya takk?" Haffa mengilai seperti pontianak sundal malam. (Astaghfirullah 😂.)

Dua pelajar perempuan tadi menggigil ketakutan. Dina menarik pintu tandas dan memegangnya dengan kuat supaya tidak dapat dibuka oleh dua orng pelajar itu.

Manakala aminah memainkan jarinya di suis lampu suapaya lampu tandas berkelip kelip seperti ada hantu.

"Wey adriana aku takut wey aku nk keluar!" Salwa lari lintang pukang untuk keluar dari tandas. Namun hampa pintu tandas tidak boleh dibuka.

Tiba tiba muncul lembaga berwarna putih di hadapan salwa. Dia menjerit dan terus pengsan. Manakala adrina hanya kaku di tempatnya.

Haffa berjalan sambil mengilai ke arah adriana.

Adriana menangis dan terduduk. Dia mengensot kebelakang.

Haffa terus berjalan kearahnya.

Adriana tidak tahan dengan situasi itu terus pengsan. Haffa, diana dan afiqah yang berada di situ tergelak. Mereka bertiga keluar meninggalkan dua orang pelajar tadi. Biarlah diaorang tidur dalam jambantu. Nanti time tengah malam orang nak pegi tandas tkdela takut sangat sebab dua ekor ni teman diaorang.

Sesi menakutkan orang tadi tidak habis di situ. Kalini giliran dina dan aminah pula.

Mereka berdua berdiri di koridor dorm. Haffa pula berada di suis lampu koridor.
Diana dan afiqah berada di tempat yang sedikit tersembunyi supaya mudah untuk merakam mangsa.

Haffa menutup suis lampu. Dina mengetuk dorm aliyah. Memandangkan mereka semua tahu yang roomate aliyah semua tidur di dorm lain, jadi mereka ingin menakutkan aliyah.

Toktoktok. Pintu diketuk.

Aliyah membuka pintu  tersebut. Dia melihat dina yang berbaju kebaya ituu.

"Kau kenapa pakai baju kebaya merah malam malam macamni?" Tanya aliyah sambil ketawa.

Dina senyum sinis dan menunjukkan pisau yang dibawanya. Aliyah yang tadi gelak tiba tiba senyap.

"Kau kena- pa" tergagap aliyah.

"Hehe aku nk bunuh kau!" Dina mengejar aliyah. Aliyah berlari keluar daripada dormnya.

Takkan nk lari masuk dorm kot nnti lagi senang dina kejar dia.

Aminah yang berada di hujung koridor memunculkan diri. Aliyah terjatuh kerana melihat aminah memegang kapak.

Dina dan aminah datang dekat dengan aliyah. Aliyah yang takutt terus pengsan disitu juga.

Mereka berlima gelak bersama. Roboh jugak bangunan tu kalau diorang terus gelak.

Tiba tiba diana mendapat suatu idea.

"Nak tak kita takutkan cikgu pulak?"

"NAK" Jawab mereka berlima serentak.

Wonderland [Completed]Where stories live. Discover now