MM - 23

180 27 2
                                    

Mereka semua berkumpul di tempat bowling. Tiada lagi cabaran kerana masing masing ingin berseronok. Awalnya memang Lino dan Han bercadang mahu mengenakan cabaran tapi ditentang oleh semua orang. Hmmm bukan sorang dua je. Tapi semua. Sedih hidup.

Mereka bermain untuk menghilangkan beban di dalam kepala. Bergembira sebelum mengahdap peperiksaan besar. Pelbagai karenah dilakukan di dalam pusat bowling itu memandangkan tiada orang luar disitu selain mereka. Ada yang menyanyi,menjerit,ada yang buat hal sendiri.

"Strike!!" Jerit mereka apabila Seungmin dapat menjatuhkan kesemua pin tersebut. Seungmin mendepakan tangannya sambil menayangkan wajah riaknya.

Kini giliran Hyunjin pula untuk bermain. Bola bowling berwarna kuning di ambil. Dia mengelap bola bowling itu terlebih dahulu. Nafas dihembus. Gugup walaupon ini bukan pertandingan. Tapi dia tidak sanggup untul kalah dengan Seungmin. Mana boleh seorang llama kalah dengan puppy.

Hyunjin terus membaling bola bowling tersebut. Nasib baik kasutnya tidak licin. Mereka semua yang melihat terus membuat bising. Seungmin memegang kepalanya sambil menggelemg berkali kali. Dia melihat markah hyunjin dan markahnya. Hampir sama.

"Andwae" Kata Seungmin sambil menggelengkan kepalanya. Masing masing gugup melihat bola bowling tersebut hampir mengena tepat pada pin dan...

"Strike!!" Jerit mereka. Hyunjin menayangkan wajahnya riak. Badannya secara automatik terus menari untuk mengejek Seungmin. Seungmin hampir kalah. Ini tak boleh jadi.

"Korang ni tengah berlawan ke?" Soal Sunwoo. Hyunjin dan Seungmin memandang ke arah Sunwoo.

"Takde lah" Kata Hyunjin. Seungmin mengangguk.

"Kitorang saja je. Nak tengok siapa lagi hebat main bowling" Kata Seungmin. Sunwoo hanya meng-ouh-kan sahaja.

Seungmin mengambil bola bowling yang berwarna hitam. Bola itu dilap dahulu. Dia mengambil langkah dan terus membaling bowling itu mengena pada sasaran.

Masing masing fokus pada bola bowling tersebut. Hanya tinggal satu pin sahaja. Hyunjin tersengih sinis.

"Strike!!" Jerit mereka. Seungmin tersenyum. Hyunjin kelihatan terkejut.

"Bb..bwo?!!" Segera Hyunjin melihat pin yang kini sudah terjatuh. Rupa rupanya satu pin bergolek dan terkena pin yang tidak terjatuh. Hyunjin terlepas pandang.

"Andwae!!" Jerit Hyunjin lalu berpura pura menangis. Dia yakin pasti dia akan kalah. Dia melihat markahnya dan Seungmin lalu tersengih. Jauh lagi. Mereka masih lagi berbaki dua pusingan. Hyunjin terus mengambil bola bowling yang baru sahaja bergolek ke tempatnya.

Dia terus mengambil langkah lalu membaling bola tersebut. Terus jatuh melutut Hyunjin dibuatnya apabila hanya tinggal satu sahaja pin yang belum jatuh. Seungmin kelihatan gugup. Dia mengambil bola bowling dan membuat perkara yang sama. Langkah di ambil dan bola bowling di baling.

"Awwwww!!" Mereka semua menjerit kecewa. Tiga pin tidak terjatuh. Dia melihat markahnya dan Hyunjin. Markah Hyunjin hampir mencecah 300. Tetapi dia masih lagi 200 lebih.  Masih lagi berada di bawah Hyunjin. Sukar untuk dia mendapatkan spare kerana pin berada di tempat yang berbeza. Pasrah Seungmin dibuatnya.

"Nak mengaku kalah ke?" Soal Hyunjin sinis. Seungmin menjeling Hyunjin.

"Ani. Aku takkan mengaku kalah" Kata Seungmin. Bola bowling diambil. Kalini dia perlu menyusun strategi agar mendapat spare. Seungmin tersengih. Dia dah dapat.

Langkah diambil dan bola dibaling. Hyunjin menggenggam kedua tangannya. Berharap strategi Seungmin tidak berjaya.

Bola bowling itu bergolek ke arah 2 pin yang berasingan. Ianya mengena pada sasaran dan bowling itu bergerak ke tepi di mana satu lagi pin berada.

"Yeayy!!!" Jerit Seungmin sambil melompat riang.  Strateginya menjadi. Hyunjin menayangkan wajah pasrah. Q mendekati Hyunjin lalu menepuk bahu Hyunjin berkali kali.

"Sabar kawanku. Perjalananmu masih jauh" Kata Q dengan penuh dramatik. Hyunjin menjeling Q. Dasar tak membantu.

"Arghh!! Ini tak boleh jadi" Jerit Hyunjin. Dasar budak drama. Bola bowling di ambil dengan penuh bersemangat. Dia perlu menang. Mana mungkin dia ingin kalah dengan budak yang baru sahaja bermain bowling. Bertahun dia bermain bowling. Dia tidak akan senang senang membiarkan Seungmin menang.

✡TBC

Hohoho lamanya tak update cerita ni

[C] Match Maker || The Boyz&Stray Kids ✓Where stories live. Discover now