MM - 32

153 21 0
                                    

Hari yang ditunggu tunggu telah pon tiba. Sangyeon menanti kehadiran rakan rakannya di hadapan pintu pagar sekolah.

Jam ditangannya dikerling.

"Mana diorang ni?? Kata nak datang awal sebab nak bersiap ambil masa lama" Kata Sangyeon seorang diri sambil menggaru kepalanya.

Guru guru dan tetamu semakin ramai yang hadir tapi batang hidung sorang pon dia tak nampak.

Punya lah lama di terpacak depan pintu tu.

"Dik. Tak nak masuk ke?" Soal pakcik guard dekat situ.

Sesak nafas Sangyeon dibuatnya. Satu sebab terkejut. Satu lagi sebab tragedi malam tu dia tak boleh lupa lagi.

"Tt...tt...tunggu kawan" Kata Sangyeon gagap.

Dalam hati dia dah berdoa supaya kawan kawannya sampai cepat.

Yang guard tu dah pelik je.

Tak lama lepas dia berdoa dalam hati tu, dia nampak kelibat kawan kawan dia datang sambil gelak tak ingat dunia.

"Woi!! Aku tunggu korang punyalah lama. Korang sedap sedap je gelak tanpa aku" Kata Sangyeon geram. Ahli ahli yang lain dah pandang pelik dekat Sangyeon.

"Eeee kitorang datang rumah kau tau tadi" Kata Bangchan. Yang lain turut mengangguk.

"Haah. Kitorang kumpul ramai ramai tau. Taknak ada yang tertinggal. Sanggup tunggu depan rumah diorang ni. Bukan macam hyung. Leader yang lupakan member" Perli Lino selamba.

Bagaikan ada petir menyambar diri Sangyeon. Sentap lah juga. Tapi nak buat macam mana. Dah family dia yang megada nak hantar dia pergi sekolah.

"Ha dah dah. Jom masuk prepare apa yang patut" Arah Bangchan tidak mahu memanjangkan cerita.

Lino tersengih kemenangan di hadapan Sangyeon. Sangyeon tau yang dia dah terkena.

Eii sikit je lagi dia nak tumbuk muka handsome Lino tu. Nasib ada Jacob kat belakang dia. Kalau tak memang habis Lino dekat situ.

"Hah i.n, New, Eric!!" Laung seorang guru kepada mereka bertiga.

"Kenapa cikgu?" Soal New mewakili mereka. Guru tersebut menghulurkan kertas seperti pamplet.

"Kertas ni korang edarkan dekat ibu bapa yang datang...it's more like jadual aktiviti yang akan berlangsung harini. Jadi wajib untuk korang edarkan pada ibu bapa. Saya percayakan kamu bertiga" Kata guru itu. Dia meminta diri untuk melakukan tugas lain selepas mendapat balasan daripada mereka bertiga.

Manakala ahli yang lain sudah bersiap untuk melakukan tugas masing masing.

Semuanya berjalan dengan sempurna seperti yang dirancang.

Guru guru berbangga dengan pembukaan majlis yang ahli StrayBoyz jalankan.

Tidam sia sia semua guru mempercayai mereka.

Seusngguhnya, cikgu sekop- eh s.coup lah yang paling bangga. Kenapa? Dia guru kelas diorang kot.

Sempat lah juga dia bisik dekat orang keliling dia camni-

"Anak murid saya tu"

Dengan riak dan takbur ye dia kata macam tu.

Itu kalau changbin ada kat sebelah, dah lama kena ceramah orang tua tu. Nasib diorang tengah buat persembahan.

Selepas sahaja persembahan, tetamu berdiri dan memberikan tepukan gemuruh.

Belaakang pentas :

"Kenapa aku rasa macam kita ni betul betul artis?" Soal Juyeon.

"Aku pon rasa macam tu" Balas Hyunjin. Maka, berdramalah mereka berdua di situ.

"Hah dah tak payah nak berdrama sangat. Apa kata korang selesaikan apa yang patut and jalankan tugas yang dah diamanahkan oleh cikgu" Kata Sangyeon.

"Hyung ni. Orang baru je nak berangan jadi artis" Kata Hyunjae sambil memuncungkan bibirnya.

Pikir comel lah?

"Tak payah nak berangan. Kita still ada tugas yang belum selesai. Kalau dah selesai nanti, kau nak berangan jadi perdana menteri pon aku tak kisah" Bebel Sangyeon membuatkan mereka semua membuat wajah pasrah.

"Gurau sikit pon tak boleh"

"Simptom orang orang yang dah nak mampos memang macam ni eh?"

"Sabar Eric sabar. Faktor umur. Biasalah"

"Period ke apa?"

"Hormon tak stabil tu"

"Jangan sampai aku masuk ICU and disahkan pekak"

"Huu cair taik telinga aku" Jijik bodo-

"Aku kat mana ni?"

Masing masing kutuk Sangyeon dalam hati. Gila kau nak kutuk depan depan. Mau kena lempang kau dekat situ.








1 chapter more...and then special chapter...boom

Then i will publish hello mr gay2 uwuu

A/n seboleh bolehnya nak update before exam. Tapi tu lh takut tak sempat sebab banyak kerja sekolah hiks.

[C] Match Maker || The Boyz&Stray Kids ✓Where stories live. Discover now