Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
--------------------
2019
Motosikal milik Amna meluncur di atas jalan. Perlahan-lahan dia mengeluh kepenatan, banyak sungguh haiwan yang perlu dirawatnya hari ini. Akhirnya, dia dapat pulang ke rumah dengan senang hati.
Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba matanya tertumpu pada satu figura yang sedang terlentang di tepi jalan. Dengan segera motosikal diberhentikan.
"Eh, encik kenapa ni?! " terbuntang matanya melihat baju lelaki itu dipenuhi darah pekat.
"Tolong... " lelaki itu bersuara lemah. Amna cuba mengangkat tubuh lelaki itu dengan segala kudratnya.
"Pegang kuat-kuat encik! "
-
Amna segera membuka lampu kedai haiwannya. Lelaki itu dibaringkan ke atas sofa. Mukanya berkerut menahan sakit.
"Tolong bertahan, saya akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan encik! " jarum suntik dicapai. Memandangkan tusukan pisau agak dalam, luka itu terpaksa dijahit.
Setelah penat dia bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa lelaki itu, akhirnya keadaannya kembali stabil. Amna mengesat dahinya yang sedikit berpeluh. Dia tersenyum layu.
Barang-barang perubatan dikemaskan, baru sahaja dia hendak bangun...
"Stay with me. " lelaki itu menggenggam lemah lengannya.
Amna tersenyum tipis. Dia duduk kembali, menemani lelaki itu.
***
2020
Amna termenung jauh. Otaknya masih ligat memikirkan tentang pengikut baharunya itu. Siapa dia? Kenapa wajah lelaki itu sering bermain-main di dalam benak fikirannya?
Kling! Kling!
"Welcome to Vet Paradise! " dia segera menyambut tetamu yang masuk.
"Amna Camelia? " lelaki bersut hitam itu mendekatinya.
Mata mereka bertentangan seketika.
"Ya, saya? Ada apa ya? " wajahnya polos bertanya.
Lelaki itu tiba-tiba sahaja mencempung tubuh kecilnya. Terkejut dia dengan tindakan gila itu!
"Lepaskan saya! Encik ni sudah gila ke?! "
Lelaki itu masih berdegil, dia membawa Amna keluar dari klinik itu.
Amna mula meronta-ronta kasar. Dia ada juga menjerit meminta tolong, malang sekali tiada sesiapa yang membantunya! Pelik, mengapa tiada siapa yang memandangnya?!
Lelaki itu menyumbatnya ke dalam perut kereta. Perlahan-lahan kereta itu meluncur menuju ke sesuatu tempat.
***
"Apa tujuan encik bawa saya jauh-jauh ni? " hatinya masih tertanya-tanya, apa motif lelaki ini?
"Did you remember me, Amna? " lelaki itu mula bersuara.
Amna terdiam seketika. Otaknya mula bergerak, memikirkan apa maksud lelaki itu.
Sekejap!
"Encik yang request saya semalam ke?! " baru dia sedar muka lelaki itu serupa dengan profil semalam.
Amna memetik jarinya.
"Encik juga yang saya rawat masa itu bukan?! " Amna mula mengingati kembali kejadian lalu. Malang sekali, tatkala dia terbangun, jasad lelaki itu sudah lesap dari pandangannya!
"Ada satu lagi benda yang awak tak ingat. "
"Maksud awak? " keningnya terangkat sebelah.
Lelaki itu mula bernyanyi kecil.
Di hari ini kau kucintai Mogakan selamanya abadi sejati Di hari ini aku lelaki Di samping wanita yang kugelar isteri...
Kotak memorinya mula melayarkan kenangan dahulu. Tanpa disedari, air matanya mula jatuh perlahan.
"Danny?! "
Amna menutup mulutnya. Air matanya mula mengalir dengan deras.
"Amna rindukan Danny! "
Teringat kembali pertemuannya dengan Danny di rumah anak yatim suatu ketika dahulu, mereka terpaksa berpisah kerana Danny berjaya mendapatkan keluarga angkat baharu.
"Maaf, Amna lambat sedar! " Amna mengesat air matanya.
"Jangan nangis lagi, nanti tak comel. " Danny tergelak melihat hidung Amna yang bertukar merah. Amna mencebik, Danny langsung tidak berubah!
Amna tersenyum, terima kasih Allah kerana telah mempertemukan kami kembali.