Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
–––––––––––––––––––––
"Every moment was you... "
Darine mencapai kotak tisu di atas meja. Kenapa sedih sangat cerita ni!
Tok! Tok! Tok!
Tumpuannya sedikit terganggu dengan ketukan itu. Dirajinkan diri untuk bangun dan bergerak ke pintu.
"Yes? "
Costum beruang itu terus masuk ke dalam. Darine kaget seketika.
"Hey, who are you?! Suka hati saja masuk rumah orang! " marahnya apabila costum beruang itu tidak menghiraukannya.
Beruang itu melambai ke arahnya. Bungkusan K Fry dihulurkan pada Darine.
"Tapi saya takde order apa-apa. " Darine mendongak, memandang beruang itu. Keningnya bertaut. Siapa dia ni?
Perlahan-lahan kepala beruang itu ditanggalkan.
"Park Seo Joon?!! " ternganga luas mulut Darine. Matanya terbeliak. Dia menampar mukanya, apakah dia sedang bermimpi?!!
"How can this happen?! " Darine masih tidak percaya dengan apa yang terjadi.
"As your wish, DarineSorfina. " Seo Joon tersenyum, ditayang juga barisan giginya yang putih.
Darine cuba mengingat kembali. Wish?
***
Klik! Klik!
"Seo Joon! Oppa! " berebut-rebut mereka mengelilingi artis popular itu.
Seo Joon hanya menayangkan senyuman sambil melambai ke arah semua orang. 2 orang bodyguard di sisi masih menjalankan tugas mereka.
Darine mengetik camera Canonnya. Dia adalah salah seorang petugas di Majalah SQ, dan tugasnya hari itu adalah membuat laporan untuk update tentang artis Korea.
-
"Awak ni tak pandai buat laporan ke?! Kerja apa yang awak hantar pada saya ni?! Hampeh betul! " ketua editor yang garang itu mencampakkan seluruh laporan yang telah Darine siapkan.
Menitik air mata Darine, dia mengutip kembali kertas-kertas yang bersepah itu.
Salahkah dia meletakkan harapan kecilnya untuk berjumpa dengan Seo Joon berdua?
Dia membelek semula artikel yang ditulisnya.
I hope he will come to my house, with a teddy bear knight costum and foods.
***
Darine menutup mulutnya. Mukanya mula berona merah. Malu. Ya, dia malu!
"How can you know it? "
"Someone send it to my PA. "
Darine tertunduk. Hatinya sedang melompat seperti kanak-kanak riang.
"Oh, you watched my drama. " Seo Joon meninggikan kepalanya untuk melihat skrin televisyen.
Darine menyelak rambutnya.
"Haha, yes! I admire your personality as Lee Young Joon. "
Seo Joon membuka costum itu. Serta merta wangiannya bau semerbak dalam rumah Darine.
"Let's have our dinner. " Seo Joon mengambil tempat di meja makan. Plastik K Fry dibuka. Dia mengeluarkan bungkusan Cheesy Fried Chicken Bumbuk.
Darine duduk berhadapan dengan Seo Joon.
"Wait! Maybe we should eat this with ramen! " kerusi ditolak. Dia mencapai 2 ramen cup instant. Air panas dituang.
"Here oppa! " Darine meletakkan ramen itu di hadapan Seo Joon.
"Thank you. " chopstick dicapai dan mereka memulakan sesi makan malam.
"Auch! " Darine memegang bibirnya yang separa melecur dek kepanasan ramen itu.
Seo Joon segera bangun dan meniup bibir Darine dengan lembut.
Mata mereka bertentang seketika.
Ottokhae! Macam dalam drama!
"Fold like this. It can help you. " Seo Joon melipat penutup ramen membentuk kon kecil.
Darine menongkat dagunya dengan kedua tangan.
Kacaknya dia! I'm gonna die!
Darine cuba teknik yang diajar oleh lelaki itu.
"It works! Thank you oppa! "
Habis sahaja detik-detik makan malam bersama oppa tercinta, tibalah masa untuk dia pulang.