chapter 6

845 109 52
                                    

"hani, hyun ajak kawan hyun sekali boleh tak?"

"ha ajaklah, lagi ramai lagi bagus" hani menjawab soalan aku.

Sampai saja di shopping mall , kami terus ke cafe yg dijanjikan untuk berkumpul. Selepas mengorder dua milkshake , kelibat Taehee dengan sorang perempuan muncul di depan mata.

"Hyun! Kau ingat tak budak perempuan yang tolong kita time hari kantin sekolah dulu ? Ni laa dia , Kim Yerin!!" Taehee mengambil tempat duduk didepan aku, bergitu juga dengan perempuan yang bernama yerin itu.

"oh yaa ingat-ingat! Omg makin lawalah sekarang. Kang Hyunna. Eh salah, Min Hyunna" sapa aku sambil mengulurkan tangan. Dia menyambut tanganku sambil tersenyum.

"ha eloklah kalau korang kenal satu sama lain, takda lah benda jadi awkward nanti hehe" celah Hani.

Kami menikmati makanan sambil berborak-borak. Selesai saja makan di cafe. Kami berpusing satu mall sambil membeli belah pakaian baharu.

Rupanya kekasih Hani , Jeon Jungkook ialah kawan baik kepada suami Yerin, Kim Taehyung. Dengar cerita suami Yerin ialah seorang ceo Syarikat.

Tingg

aku menghidupkan telefon dan mendapat mesej dari yoongi.

'kau kat shopping mall mana?'

Tersenyum aku melihat mesej yang dihantar, dia ingat kat isteri dialah! Segera aku membalas dengan senyuman yang masih dibibir.

'kitaorang dekat shopping mall FRONTVELLY, kenapa? Dah rindu ke? Alololo nanti sayang balik ye jangan rindu-rindu sangat nanti demam rindu. Sebelum kul 8 sayang balik okay'

kita gedik-gedik sikit nak tengok ape reaksi dia.

Tingg

'kepala hotak kau berjambul , aku nak tengok kalau-kalau kau hidup lagi ke tak je. Kalau dah takde senang hidup aku nanti. Takde masanya aku nak rindu kau. Tunggu kat situ , nanti aku sampai kita pergi dinner sama-sama'

sampai hati dia ckp mcm tu, anyway... DIA NAK DINNER?! tak sangka pula dia macam ni. Ingat dia akan jadi macam drama lain. Bila kene kawin pakse je, isteri ajak makan pun taknak.

Haihh yoongi ah jangan buat aku jatuh hati please.

"uit, senyum apa sorang-sorang tu , encik suami cari ke?" tanya Yerin sambil mengangkat keningnya. Bila pula minah ni muncul.

"hehe haah, dia tanya kat mne"

"owhh, so sweet. Tengok Taehyung tu pula, busy kemain. Tak ingat nak cari isteri dia langsung" Yerin muncungkan mulutnya menunjukkan bahawa dia merajuk.

"alololo nanti dia mesejlah tu , nampak je macam tak cari entah-entah 24h you dalam fikiran dia" balas aku sambil mencuit bahunya.

Kitaorng tergelak kecil dan sambung merayau. Tanpa sedar , jam sudah hampir masuk pukul 7.

"dah dekat pukul 7 ni. Jom balik" Hani berkata sambil melihat jamnya.

"Yerin nak tumpang Hani boleh ? Tadi Yerin datang naik grab"

"mestilah boleh, tae hee ? "

"takpe , tae hee nanti abang datang ambil" balas Taehee sambil tersenyum.

"Hyun tunggu sini je sebab nanti Yoongi nak datang" aku mencelah

"ouh okaylaa kalau macam tu. Byebye, nanti kita berkumpul lagi okay " balas hani dan dia berlalu pergi bersama Yerin.

"aku nak minta maaf sebab tak dapat datang majlis kahwin kau dengan Yoongi haritu. Aku kene melawat makcik aku sakit masa tu" jelas Tae hee sambil memegang tangan aku.

"ouh, takpelaa, kau busykan. Nanti ada masa kita kumpul ramai-ramai lagi dengan Yoongi sekali"

"okay. Eh abang aku dah sampai ni , aku pergi dulu ea. Byebye apa-apa nanti bagitahu" Tae hee cium pipi aku dan berlalu pergi.

Tingg

'aku tunggu kau kat Cafe Rose'

'okay , saya otw ke sana' balas aku dan terus bergerak mencari kedai tersebut.

Cafe itu muncul di depan mata dan aku mempercepatkan langkahku.

"Hyunna!"

Aku menoleh sebaik saja mendengar orang memanggil namaku. Seorang lelaki datang dekat dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Namjoon?"

"haa awak ingat saya?"

"mestilah saya ingat, awaklah satu-satunya orang yang tolong saya time saya terlincir kat kedai buku hari tu. Terima kasih tauu" ucap aku malu-malu.

Siapa je tak malu, jatuh depan orang ramai kot. Takde siapa tolong aku time tu kecuali dia. Maklumlah , hobi aku kan memang suka malukan diri sendiri.

"haha takde apelaa, hal kecik je. Awak buat ape kat sini, jom dinne-"

"hey sayang. Lamanya sayang kat luar, penat saya tunggu kat dalam"

Suara yoongi membuat bahu aku terhenjut. Oh my, aku lupa yang aku kene jumpa yoongi dalam cafe ni.

"eh Yoongi, hyun lupa yoon ada dekat dalam. Aaa ni Namjoon, kawan hyun. Namjoon, ni Yoongi..suami saya"

"ouh hai bro, selamat berkenalan" Namjoon menghulur tangannya .

Yoongi menyambut tangannya sambil tangan kirinya merangkul pinggangku. Tak cukup dengan itu , dia mengucup tepi kepala aku juga. Mamat ni dah kenapa?

Aku merasakan sesuatu didalam perut, pipi aku pun mula rasa bahang dengan tingkah laku dia.

"em okaylah Hyunna, saya kene gerak sekarang. Jumpa awak lagi , ape-ape kita mesej okay. Byebye" lalu Namjoon beredar.

Aku dan Yoongi hanya perhatikan dia sehingga dia hilang dari penglihatan.

"dah jom masuk. Aku lapar ni , tunggu kau masuk sampai ke tua aku kebulur" Yoongi melepaskan pelukkan dan menarik tanganku masuk ke dalam cafe.

Selesai order semua, kesunyian mula menyelubungi kami. Yoongi leka termenung, ape yang difikirkan pun aku tak tahu.

"dia siapa?"

"kawan" aku menjawab soalan yoongi yang secara tiba-tiba itu.

"aku taknak kau jumpa dia lagi" Dia membalas.

"eh kenapa pula? Dia kawan hyunlah, lagipun dia baik dengan hyun. Takkan hyum nak ignore dia macam tu je"

"kau isteri aku, mana boleh layan lelaki lain. Cara dia pandang kau pun aku tahu dia nak lebih dari berkawan dengan kau. So kau takyah nak ngada-ngada layan dia. Nanti makin menjadi-jadi pula"

Dia terus menikmati makanan setelah pelayan hidangkan makanan di
meja kami. Hati aku rasa berbunga-bunga bila melihat dia cemburu. Comel dia tidak boleh bawa bincang.

Aku hanya mendiamkan diri dan terus makan.

"dengar ke tidak ?" Yoongi tanya dengan nada yang sabar. Bagi aku nada itu amat menyeramkan.

"ye hyun dengar. Yoon cemburu ke?" aku mengetap bibir.

"cemburu apanya. Nanti kalau mommy tahu kau layan lelaki lain macam mana? Aku taknak kene bebel dengan mommy" yoongi menjawab tanpa memandang wajahku.

"yeye je tu. Ntah-ntah cembur tapi taknak mengaku. Elehh mengaku jelah yang yoon cemburu tengok hyun rapat dengan namjoon kan? Mengaku jelah tungi" aku memberi senyuman sini terhadapnya.

"kau ni degillah" yoongi menjentik dahiku. Aku hanya mengaduh perlahan sambil mengosok-gosok dahiku yang dijentik tadi.

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now