chapter 10

846 109 69
                                    

Okay semua makanan dah siap. Tinggal air manis je. Aku terus ke peti ais dan mengambil jus oren yang disimpan di dalam jug dan tuangkan ke dalam botol. Aku menyimpankan botol tersebut dan bekas makanan didalam beg lalu pergi mengambil beg tangan dan kunci kereta.

Harini aku berniat nak lunch dengan Yoongi kat pejabat dia. Dia taktahu yang aku nak datang. Disebabkan itu, aku keluar awal supaya dia tak sempat keluar pergi lunch lagi.

Enjin kereta aku dihidupkan dan aku keluar dari kawasan rumah. Aku menaiki kereta yang dihadiahkan Yoongi. Baikkan dia? Tiba-tiba je bagi aku kereta.

Jadi kereta lama aku aku bagi kat mak. Nasib kereta tu tak nazak lagi.

Selepas 30 minit memandu, akhirnya aku sampai di sebuah bangunan besar milik Syarikat Whitesuga.

Selesai parking kereta, Aku keluar dari kereta dan terus pergi ke kaunter pertanyaan. Maklumlah baru first time datang sini. Tandas pun aku tak tahu kat mana sebab besar sangat tempat ni.

"tumpang tanya, pejabat... Tuan Yoongi kat mana?" aku bertanya pada wanita berusia yang duduk di kaunter itu.

"cik ade buat temu janji ke dengan Tuan Yoongi ke?" dia tanya aku balik.

"saya isteri dia" aku jawab sambil tersenyum.

"ouh maafkan saya puan, biliknya ditingkat 40 ya" dia bangun dan menunduk ke arah aku.

Aku berterima kasih dan menunduk padanya lalu menuju ke lift dan naik ke tingkat 40. Macam biasa bila jumpa duduk dalam lift memang aku guna cermin dia sebaik mungkin. Ni lah masanya untuk aku berkenalan dengan jerawat baru kat dahi aku.

Dingg

Pintu lift terbuka dan seorang pekerja masuk sambil memamparkan wajah yang pelik. Aku bercakap dengan jerawat je pun, bukan menari tarian chicken noodle soup.

Segera aku keluar dan menuju ke meja yang terletak di sebelah pintu yang menunjukkan papan tanda bernama Yoongi.

"hai, saya nak masuk boleh?"

"ouh puan! Akhirnya dapat juga saya jumpa puan. Selalu tengok puan dalam gambar je, rupanya depan-depan puan lagi lawa" perempuan dimeja tersebut bangun dan menunduk kearah aku.

Gambar mana pula dia tengok ni. Dia ada follow instagram aku ke?

Dia hanya tergelak melihat respond aku yang hanya berkerutkan kening.

"silakan masuk puan. Tuan Yoongi tiada didalam kerana dia ke tandas"

"ouh okay terima kasih tapi dia tak marah ke saya main masuk je ni?"

Haritu aku masuk bilik pejabat dia kat rumah sebab nak kemas-kemas, dia punya marah macam aku masuk time dia tengah membuang pula. Bukan aku buang alas kaki kucing yang tunjuk f*ck dia tu pun. Poyo je lebih mamat ni.

Perempuan itu hanya mengeleng sambil tersengih. Dengan itu, aku masuk ke dalam pejabat Yoongi dan berterima kasih kepadanya sekali lagi.

Mulut aku terlopong melihat pejabatnya. Ni pejabat ke bilik dance practice bighit? Besar dia lain macam. Aku meronda satu pejabat dia sambil memandang sekeliling. Wah, ade dinding kaca besar yang boleh tengok pemandangan luarlah. Rasa-rasa dia pernah usha perempuan kat bawah tak?

Langkah aku terhenti apabila aku sampai di mejanya. Disitu ade sebuah frame hitam. Aku mengambil frame itu untuk melihat dengan lebih jelas. Gambar yang terletak dalam frame ialah gambar kahwin aku dengan dia. Senyuman terus terukir di wajahku.

"ha menceroboh! Aku call polis"

"eh janganlah, isteri sendiri pun nak report polis" balas aku sambil memuncungkan bibir.

[C] Wife Mr Min | minyoongiWhere stories live. Discover now