BAB 3

3.5K 183 9
                                    




Loceng rehat berdering tiga kali. Anne keluar dari kelas tingkatan 3 Musytari menuju ke arah bilik guru yang terletak di bangunan sebelah. Nasib baik dia ditempatkan di sekolah yang ada bangunan baru dan jenis bersambung dengan setiap bangunan bersebelahan. Tak lah penat nak kena merentas dua tiga blok dan panjat entah berapa puluh anak tangga baru sampai ke satu satu tempat. Memang taubat laa dia takkan pakai heels macam sekarang ni. 

"Hai Anne."

Dia terhenti. Dengar macam suara lelaki yang tak berapa nak familiar. siapa yang tiba-tiba seru nama dia dekat tengah-tengah lorong bengkel RBT yang sememangnya sunyi ni? Hish. Perasaan kau je kut Anne. Dia meneruskan langkah.

"Sombong." Suara itu kedengaran lagi. Kali ini beserta derap tapak kaki yang mendekat dari arah belakang.

Anne memusingkan leher untuk menoleh melihat empunya suara. Seorang pelajar lelaki tinggi lampai dengan rambut undercut yang ternyata menjadi kesalahan oleh seorang pelajar sekolah, tapi budak lelaki berpakaian sekolah tanpa tali leher di depan dia ni tetap maintain selamba menghampiri Anne dengan senyum sumbing di bibirnya.

"Oh. Zakwan. Kenapa ye?" Anne memanggil nama berdasarkan tanda nama yang terletak di poket kiri pelajar lelaki tersebut. Airil Zakwan. Dia memang tak berapa nak kenal pelajar menengah atas dekat sekolah ni sebab dia cuma mengajar dua kelas tingkatan empat untuk subjek Seni dan selebihnya kelas tingkatan 1 hingga 3 sahaja sejak dua tahun kebelakangan ini. Nak kata bekas anak murid beberapa tahun lepas, tapi budak lelaki yang sedang berdiri depan dia sekarang ni, macam tak pernah ada dalam daftar kepala dia pun.

"Janganlah sombong sangat, jalan tu kena tengok kiri kanan jugak."

Anne mengerutkan dahi. Dah kenapa budak ni. Buang tebiat? Dahla tak reti hormat cikgu. Bercakap ikut sesedap rasa dia je. Ingat aku ni kakak sepupu dia gamaknya. Tapi Anne tahu, budak dah besar panjang macam ni tak sama macam budak-budak tingkatan satu dua yang masih kanak-kanak Ribena tu. Mungkin ni spesies terlepas kandang. Bak kata cikgu senior kat sekolah ni waktu dia mula-mula posting dulu, kalau ada yang perangai pelik-pelik atau terlalu pelik tu, kalau tak mampu nak handle, biarkan jelah, jangan dilayan. Maka, Anne ambil keputusan, dia hanya perlu angkat kaki dan jalan.

"Kau ni lawa lah. Body perfect. Tapi sombong."

Anne menghentikan langkah. Terasa menyirap darahnya sampai ke kepala. Biadap! Rasa nak ditampar saja budak lelaki bermulut celupar itu. Baru sahaja dia hendak berpusing menjawab..

"Airil. Dari tadi aku tunggu kau dekat bilik disiplin, kau tak muncul-muncul kan."

Anne menarik nafas lega dengan kemunculan Ustaz Safuan yang muncul yang entah dari mana menyelamatkan keadaan itu. Kalau terlambat tadi mungkin Airil tu dah makan heels 5 inci di kaki Anne ini agaknya.

"Budak tu lain macam sikit. Baru pindah. Mak ayah bercerai, kurang kasih sayang keluarga agaknya." Ustaz Safuan bersuara sedikit rendah selepas Airil berlalu dari tempat mereka berdiri ketika itu.

Anne sekadar mengangguk. Perkataan cerai yang keluar dari mulut ustaz itu membuatkan hatinya pedih tiba-tiba. No wonder... haih.. budak-budak sekarang. Susah nak cakap.

"It's okay. Terima kasih ye Ustaz. Saya jalan dulu." Anne melemparkan senyuman segaris pada ustaz berjambang nipis yang lebih kurang seusia dengannya itu.

"Susah jugak jadi orang cantik ni kan? Anak murid pun berebut."

Langkah Anne terhenti kembali.. Aduhai, bila lah dia boleh nak sampai ke bilik guru dan pergi makan kalau macamni. Anne berpura-pura tak dengar dan angkat kaki untuk berlalu. Puas dia berdoa dalam hati, semoga tak ada manusia lain dekat situ yang dengar apa ustaz Safuan ni cakap. Sekejap lagi datang pulak masalah lain.

CINTA, UNTUK SEKALI LAGI - (SUDAH TERBIT SEBAGAI NOVEL FIZIKAL)Where stories live. Discover now