1

224 22 4
                                    

"Sebelum dunia ini diberikan sifat sempurna, lagenda serigala jadian yang sering diperkatakan oleh manusia masih lagi wujud. Mereka terbahagi kepada keluarga masing masing yang dipanggil sebagai 'blood pack'. Menurut lagenda juga, blood pack yang dinamakan sebagai Adel Moon yang terkuat. Mereka dikatakan memiliki keturunan alpha true blood paling banyak dan keistimewaan masing masing."

Kanak kanak yang mengelilingi nenek tua di bangku taman tersebut mempamerkan wajah kurang mengerti.

"Alpha tu apa? True blood tu apa pulak, nek?"

"Alpha sentiasa dirujukkan sebagai jantina lelaki dan manakala omega sebagai perempuan tetapi perkara itu tidak lagi menjadi hal yang besar. Tuhan telah anugerahkan bahawa seorang perempuan juga boleh menjadi alpha dan sebaliknya. Selepas kejadian itu, alpha bermaksud satu sifat di mana dia ingin menguasai dan omega mahu dikuasai oleh sesuatu perkara."

"True blood tu pula, dia memiliki darah istimewa daripada keluarga mereka. Mereka mempunyai kuasa yang tiada pada alpha dan omega lain."

"Alpha ditakdirkan untuk bersama dengan omega. Jika alpha bersama dengan alpha, mereka mungkin terkena sumpahan turun temurun serigala keluarga mereka dan sebaliknya."

Laura yang melepasi nenek tersebut tersenyum kecil. Ternyata masih ada lagi yang bercerita tentang lagenda serigala tersebut.

Tidak salah bagi mereka bercerita, kerana segala yang diceritakan masih lagi wujud dan sahih.

*****

"Laura, kamu dari mana?"tajam mata ibunya memandang, Laura hanya mengendahkannya. Baginya, jika bertekak dengan ibunya pun tidak berguna juga.

"Kalau tak nak jawab pun sudah! Ubat! Kamu makan tak ubat sebelum keluar?"

"Makan."

"TIPU!"dek marah, Puan Han melompat dari kerusi yang didudukinya dan berubah menjadi seekor serigala.

Laura tertelan air liur. Jika ibunya bertukar sebegini, sudah semestinya Puan Han sedang benar benar marah padanya.

"Luna, kenapa bertukar?"ayahnya Tuan Han, mendekati ibunya yang masih lagi mendengus kegeraman dan sesekali mengaum marah.

Ibunya bercakap dalam bahasa serigala namun sebagai seorang serigala juga, Laura memahami apa yang ibunya sampaikan.

"Alpha, lihatlah anakmu itu! Dia langsung tidak mengambil ubat sebelum keluar. Kalau dia terhidu pheromones seorang omega macam mana?!"

Tuan Han memandang tajam ke arah Laura. Seakan- akan mengerti, Laura segera berlari ke arah biliknya.

Huh. Tak dapat dibayangkan jika dia berkeras di hadapan ibunya. Tubuhnya direbahkan pada katil sambil fikirannya terawang- awangan.

Sejak kecil, dia didedahkan bahawa dia seorang werewolf generasi Z dan dia dapat tahu bahawa dia seorang alpha.

Dunia semakin canggih, begitu juga dengan serigala jadian ini. Sejak ribuan tahun dahalu lagi, fakta tentang alpha akan tertarik pada pheromones omega disemat dalam jati diri mereka dan mereka harus berhati hati.

Siapa saja tahu apa yang akan terjadi jika alpha menghidu pheromones omega. Mereka cenderung untuk 'bersama' apabila mereka sama- sama di dalam heat time.

Namun, perubatan membuktikan perkara ini boleh dibendung dengan perubatan moden. Mereka dibekalkan oleh ubat- ubatan yang mampu menghalang pheromones omega dan mengawal kemampuan seorang alpha untuk menghidu pheromones tersebut. Tetapi para doktor mengambil keputusan untuk merahsiakan tentang ini. Mereka tidak mahu dunia menjadi kecoh jika kewujudan serigala ini benar benar wujud.

Namun, Laura tidak mahu mengambil suntikan bagi seorang alpha. Ianya menyakitkan dan memalukan baginya. Efek ubat tersebut akan membuatkan dirinya berasa lemah daripada kebiasaan.

Tetapi, Laura dianugerakan oleh Tuhan sebagai True blood alpha walaupun dia seorang perempuan. Keistimewaannya, dia tidak dapat menghidu sebarang pheromones milik omega lain melainkan omega tersebut jodohnya yang dipanggil mate.

Tetap sahaja keluarganya risaukan Laura. Takdir Tuhan kita tidak dapat aturkan. Mahu dibuatnya Laura hilang kendalian dan menerkam omega jika pheromones seorang omega tersebut terlalu kuat.

"Aku, Han Laura, True blood alpha Adel Moon takkan memalukan blood pack Adel Moon."itu sahaja yang dapat diucapkan untuk menenangkan hatinya.

Yayımlanan bölümlerin sonuna geldiniz.

⏰ Son güncelleme: Jun 07, 2020 ⏰

Yeni bölümlerden haberdar olmak için bu hikayeyi Kütüphanenize ekleyin!

Alpha Mate [J.J.K]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin