BAB 41

796 27 0
                                    

ZARYAN ❤️ QISMINA

Zaryan berlari pantas mendapatkan Qismina yang cuba mengelak dari bertembung dengannya. Dia sendiri tak faham dengan situasi ini.

Setiap kali mata mereka bertembung mesti gadis kesayangannya itu melarikan pandangan. Sejujurnya dia rindu akan renungan redup dan manja milik gadis itu.

Renungan yang dapat menggoncang iman miliknya. Eceh wah.

Apabila Zaryan makin dekat dengan Qismina,dia mula memperlahankan langkahnya hingga mereka sampai di sebuah kolam ikan yang terletak sedikit jauh dari pelajar lain.

Langkahnya yang tadi perlahan serta merta berhenti,hanya matanya sahaja yang bergerak merenung gadis yang berjaya menambat hatinya.

Qismina duduk diatas kerusi batu yang terletak bertentangan dengan kolam ikan itu. Matanya merenung kearah ikan yang sedang berenang itu. Pandangannya sayu sahaja.

"Ikan,kenapa hidup aku tak seceria kau?Kenapa setiap kali aku nak bahagia mesti ada penghalang? Kenapa aku dilahir dari keturunan Mafia? Kenapa? " luah Qismina sayu sahaja. Kepalanya mendongak keatas merenung bintang di langit. Bibirnya mengoyak senyuman manis.

"Ya Allah,cantiknya ciptaan-MU" bisik hati Qismina.

"Ya Allah,kau ampunilah dosa hambamu ini,berikan kekuatan untukku menempuh segala ujian yang kau berikan.Ya Allah sesungguhnya aku begitu sayangkan dia,kau berikan kami sinar kebahagiaan,
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji' rintih Qismina sayu.

Setitik demi setitik air matanya jatuh. Ya Allah aku sayang dia. Mukanya ditekap ke lutut. Badannya yang sedikit bergetar menandakan dia sedang menangis teresak-esak.

Tanpa gadis itu sedar, tindak tanduknya diperhati oleh lelaki itu. Zaryan mula menyusun langkah kerah gadis kesayangannya itu tanpa sebarang bunyi.

"Qis......."panggil Zaryan lembut. Tangannya mengulas lembut bahu Qismina yang berlapik hoodie itu sebaik sahaja sampai dihadapan gadis itu. Qismina tersentak lalu mengangkat kepalanya. Zaryan tersenyum manis.

"Alahai sayang kalaulah kita dah halal,dah lama Zarf gomol muka comel awak" bisik hati nakal Zaryan.

Mana taknya geram si Zaryan tu dengan Qismina. Dengan hidung merah,mata sembab. Boleh buat cik abang Zaryan naik angau lah jawabnya.

"Zarf,awak buat apa dekat sini?" tanya Qismina lalu dengan pantas menyeka air matanya. Walaupun comot but still cute. Ehek.

"Sepatutnya saya yang kena tanya awak soalan tu,awak buat apa dekat sini? Bukan awak cakap tadi nak masuk bilik?" tanya Zaryan lalu melabuhkan punggungnya disebelah Qismina.

"Saya...."Qismina kehilangan kata-kata. Zaryan yang sedar dengan hal itu tersenyum. Bahu Qismina ditarik lembut menghadapnya.

"Qis, please stop asking why? Because Allah is a best Planner, setiap yang terjadi dalam hidup kita ini ada hikmahnya,so stop salahkan takdir,  kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berdoa dan terus berdoa, jangan pernah berputus asa kerana doa adalah senjata orang mukmin,tiada siapa yang sempurna didunia ini,semua orang pernah buat dosa,so always think positive to make your life feel good, ingat!Allah akan sentiasa ada dengan kita, La Tahzan" nasihat Zaryan panjang lebar.

Qismina tersenyum manis. Ni lah salah satu mengapa dia terjatuh cinta dengan Zaryan. Cool je muka dia bila kasi nasihat.

" Zarf nak Qis tahu satu je, Zarf sayang dan cintakan Qis setulus hati Zarf, Zarf langsung tak kesah dengan semua tu,Zarf terima baik buruk Qis, Zarf pernah janji dengan Qis yang Zarf akan bahagiakan awak,mungkin ini takdir yang Allah tetapkan,mana kita tahu kan, Zarf tak nak Qis sedih lagi,so now smile....." luah Zaryan romantik. Qismina tersenyum manis hingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

LAST FOREVERWhere stories live. Discover now