BAB 23

382 17 7
                                    

" Macam awak tak tahu Ahwas tu macam mana. Kalau boleh saya pun tak nak main game ni. Cuba dengar sura dia menjerit bagi semangat. Berat juga eh awak ni." ujar Ammar sambil berlari menggendong Nayla.

Suasana pada masa itu cukup meriah dan Ammar hanya ingin cepat-cepat menamatkan permainan ini.

----------------------------------------

Sehelai demi sehelai kertas diselak oleh Puan Susila. Berkerut dahinya seperti kain yang kusut dek membaca tulisan anak muridnya. Dia terpaksa meneka-neka apa yang ditulis oleh anak muridnya kerana bentuk tulisan yang seperti cakar ayam. Walaupun emosinya terpancing akibat kesulitan memeriksa hasil kerja anak muridnya, dia tetap membacanya dengan teliti. Tidak sempat karangan yang ditulis anak muridnya itu dibaca kepalanya sudah berpusing pening. Bayangkan seorang guru yang sudah berumur membaca tulisan yang bentuknya menyerupai garisan tanpa bentuk .Masih berbentuk lagi tulisan jawi jika dibandingkan. Sakit kepala dibuatnya.

Ting! Bunyi tanda masuknya mesej. Puan Susila terus membaca isi kandungan mesej tersebut.

Kak Faridah.
Su, kak nak datang
rumah boleh??
Kalau boleh akak
sampai rumah Su
lagi dua jam.

Susila (Anda)
Boleh kak marilah
datang. Pintu tu
terbuka je untuk
kakak.


Selepas membaca mesej tersebut Puan Susila segera ke dapur. Segala bahan-bahan untuk membuat bihun sup dan kek coklat disediakan dengan bantuan Mak Jah pembantu rumahnya. Pada masa yang sama  Nayla muncul di dapur.

" Siapa yang nak datang ni ma?? " Tanya Nayla sambil mengambil gelas di kabinet dapur. Lalu air putih sejuk di tuangnya ke dalam gelas.

"Aunty Faridah nak datang bertamu ke rumah. Tolong mama beli buah tembikai dekat market boleh tak Nayla. Mama tak sempat nak ke sana" jawab Puan Susila sambil tangannya ligat memotong bawang merah.

" Lah aunty Faridah nak datang." Kata Nayla. Dia menyambung lagi ayatnya yang belum habis. "Nayla sikit lagi nak keluar jalan-jalan dengan Diana dan Ahwas. Bolehlah Nayla belikan tembikai untuk mama tapi lambat sikitlah."

"Amboi,nak dating dengan Ammar lah tu. Kannnnn.... Ingat mama ni tak tahu, Diana dengan Ahwas tu pengalihan topik je." 

" Eh, tak ada ya. Abang Ammar tak ikut. Nayla dengan anak dia je." Bela Nayla.

" Dah naik pangkat jadi abang yaaaaa... Amboi something fishy lah you all ni." Usik Puan Susila.

Muka Nayla merah memanas. Puan Susila hanya ketawa melihat reaksi anaknya. Mana kan tidak, sejak hari sukan sekolah Diana dan Ahwas beberapa bulan yang lalu, Nayla sering berjumpa dengan Ammar dan anak-anaknya. Seminggu sekali mesti bertemu. Kalau tidak mau merajuk si Ahwas.

"Dah lah ma. Sembang dengan mama memang tak kan habis Nayla pergi dulu. Assalamualaikum. Bye Ma, Mak Jah. Nayla gerak dulu." Ujar Nayla meminta diri.

-------

Tangan kiri kecil milik Ahwas dipegang Nayla. Manakala Diana pula sibuk memilih buku dari penulis kegemarannya.

"Aunty jom pergi sebelah sana." Pinta Ahwas sambil menunjuk arah ke tempat yang ingin dia pergi.

"Sabar ya. Tunggu kakak sekejap okay." Jawab Nayla dengan lembut.

"Tak apa aunty. Aunty pergilah sana dengan Ahwas sebab Diana lama lagi ni. Nanti Diana ke sana kalau dah jumpa buku yang Diana cari."

"Betul ni, Diana jangan merayau tempat lain tau. Jangan buat aunty risau. " Nayla merenung kedua anak mata Diana dengan penuh makna menunggu jawapan. Diana hanya mengangguk memberi tanda yang dia tidak akan pergi kemana-mana.

Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now