17

414 28 3
                                    

"Gembira dapat makan sama-sama dengan appa." kata Umji ceria.


Mereka bertujuh sekarang sedang berada di dalam sebuah restoran yang sangat disukai oleh Minshik.


Gfriend sengaja membawa Minshik makan di sini sebab mereka tahu tempat kesukaan Minshik itu.


"Appa lagi gembira. Tak sangkah korang datang pejabat appa secara mengejut dan bawa makan kat tempat yang appa suka nii." kata Minshik terharu.


"No big deal lah appa. Pengorbanan appa untuk kitaorang tak dapat nak di kira berbanding apa yang appa buat untuk kitaorang ni tau tak." kata Sowon pula.


"Haha. Nampak anak-anak appa nii semua dah besar panjang ye." kata Minshik.


"Tengok lah siapa appa." kata SinB sambil mengangkat-angkat keningnya ke arah unnie-unnienya.


Mereka semua ketawa dengan perbuatan SinB itu. Nasib sahaja mereka menempah tempat tertutup sikit. Jadi bising macam mana pun tercover sikit.


Dalam mereka berketawa dan bergembira sambil makan itu, telefon Minshik berdering meminta diangkat itu.


Mereka semua kembali senyap. Minshik mengangkat telefonnya sementara Gfriend menyambung makan mereka.


"Maafkan appa, appa kena balik awal ke syarikat appa." kata Minshik setelah menamatkan panggilan telefonnya.


"Tidak apa lah appa. Kitaorang ok je. Nanti appa kena ganti semula balik." kata Eunha setelah menelan makanannya.


"Ganti semula? Ganti apa?" soal Minshik tidak faham.


"Nanti bila kitaorang ada cuti sekolah, appa kena bawa kitaorang pergi bercuti dan itu hanya masa kita bertujuh je untuk berseronok." kata Eunha menjelaskan beserta dengan aegyonya itu.


"Betul kata Eunha tu appa." sokong Yuju.


"Haha. Ye, ye. Appa akan cuba. Dan kalau korang berjaya dalam sekolah, appa akan bagi korang lagi besar hadiahnya untuk korang." kata Minshik.


"Yeah." kata Gfriend serentak.


Selepas menghabiskan makanan mereka, Minshik kembali ke syarikatnya. Gfriend pula menyambung rancangan mereka untuk berjalan-jalan sambil bershopping di situ. Kemudian pergi ke taman.


"Jadi sekarang macam mana?" soal Sowon sambil memandang satu persatu muka dongsaeng-dongsaengnya.


"Kata nak shopping, jadi kita shopping lah." kata Yerin.


"Kalau Yuju nak pusing satu mall nii boleh?" soal Yuju.


"Begini lah, kita bahagi lah. Siapa nak beli barang? Macam baju ke, apa ke?" kata Eunha.


Kelihatan Sowon dan SinB mengangkat tangan mereka.


"Eh, pertama kali nampak SinB nak shopping baju sama dengan Sowon unnie." sakat Yerin.


"SinB nak beli baju. Baju lain dah habis koyak bila berlawan dengan Yerin unnie dengan Yuju unnie." kata SinB jujur. Sowon sudah memandang Yerin dan Yuju dengan pandangan tajam. Yerin dan Yuju pula sekadar tersengih.


"Kenapa tak pakai baju keselamatan? Kalau pakai mesti tak koyak pakaian korang. Badan pun takkan luka." kata Sowon serius.


"Alah, unnie bukannya apa pun. Ni SinB masih ok lagi. Kalau SinB tak ok, dah lama SinB bagitau unnie." kata SinB memujuk Sowon.


(COMPLETED) Bad Boys And Bad Girls S1Where stories live. Discover now