25

397 25 8
                                    

Seperti yang dirancangkan Eunha yang mahu pergi ke rumah tersebut, kini dia berada di bahagian belakang rumah itu. Nasib juga tiada sesiapa yang menjaga kawasan belakang rumah.

Dengan berhati-hati. Huh, memang berhati-hati dari tadi lagi pun.

Eunha berjalan mengelilingi kawasan luar rumah itu dengan mendekatkan belakang badannya pada dinding luar rumah tersebut.

Matanya tidak henti meliar memerhatikan sekeliling. Melihat kalau-kalau ada musuh.

"Mana saja korang berdua nii? Dari semalam tak datang sini? Takkan disebabkan korang mencari budak-budak hingusan tu sampai tak ingat balik. Ke korang dah rasmi budak-budak perempuan tu?" kata Hyoji lantang.

Eunha dapat melihat wajah marah Hyoji. Manakala dua lagi lelaki di hadapan Hyoji menunduk diam.

"Kami tak buat apa-apa pun kat mereka semua. Tapi diorang yang belasah kami." akhirnya salah seorang dari mereka bersuara.

"Huh, belasah korang? Korang kan ada senapang, kenapa tak gunakan untuk menggertak diorang?" kata Hyoji.

"Sudah. Tapi mereka masih juga membelasah kitaorang. Diorang bukan budak sekolah yang biasa. Sebab diorang sangat hebat berlawan." mendengar pujian yang dikatakan oleh seorang lagi lelaki itu menyebabkan Eunha tersenyum bangga.

"HAHAHA!" terhenti senyuman Eunha mendengar suara ketawa Hyoji yang bagi Eunha suara menjengkelkan.

'Apa hal perempuan nii? Ada penyakit akal ke?' gumam Eunha dalam hatinya.

"Boss." ketiga-tiga mereka termasuk Eunha memandang ke arah lelaki yang baru datang bersama dua orang lagi kawannya dan empat orang yang Eunha sangat kenal.

'Umji-ah.' kata Eunha dalam hati. Panas hatinya melihat Umji yang sedikit kusut rambutnya dan mukanya yang comot serta tangannya yang dipegang kasar oleh lelaki yang paling hadapan itu. Tidak lupa juga dengan Sana yang tidak jauh bezanya dengan keadaan Umji yang juga dipegang oleh lelaki yang sama memegang Umji.

Dibelakang mereka kelihatan Suga seperti tidak bermaya dipegang kuat oleh seorang lelaki dan sebelahnya Namjoon juga dipegang oleh seorang lelaki lagi.

'Jadi yang kena tembak tu Suga oppa.' Eunha buat penyataan dalam hatinya.

Mereka semua mula berjalan masuk ke dalam rumah. Eunha berpatah balik kemudian berjalan mendekati tingkap yang ada di situ lalu melihat ke dalam. Menampakkan bahagian ruang tamu tapi tidak semua bahagian ruang tamu kelihatan sebab tertutup oleh sebahagian dapur.

"Unnie." kedengaran suara Umji dari earpiece.

Eunha dapat melihat Hyoji menaiki tangga ke tingkat atas. Manakala terdapat seorang lelaki yang ada di situ. Entah apa yang dia buat pun Eunha tidak tahu.

Dia tahu tinggal seorang lelaki di situ sebab empat orang yang selebihnya telah berjalan keluar dari rumah itu.

"Umji-ah, wae?" kedengaran suara Sowon bercakap.

"Suga oppa dia cedera." luah Umji. Eunha dapat melihat Umji menangis. Air matanya mengalir. Tapi tiada esak kedengaran. Cuma suara lirihnya yang kedengaran. Tapi Eunha tahu, Umji menahan esakannya. Sebab Eunha nampak.

Ya, mereka tahu macam mana keadaan Sowon kalau Sowon tahu dongsaeng-dongsaengnya itu menangis, Sowon akan jadi raksasa paling kejam sekali.

"Kenapa? Bahagian mana yang dia cedera?" soal Yerin pula. Eunha melihat lagi Umji menahan esakan tangisnya. Umji masih muda. Dia terkenang kembali masa silam mereka sebelum mereka selamat di ambil oleh Minshik. Keganasan yang mereka lihat dan terima, semuanya berlaku pada usia Umji masih budak lagi. Masih kecil lagi. Memori itu pun masih segar kembali dalam ingatannya.

(COMPLETED) Bad Boys And Bad Girls S1Donde viven las historias. Descúbrelo ahora