22

390 26 5
                                    

"Wow, korang berkongsi-kongsi kenderaan ye." ujar cikgu Song setelah melihat keempat-empat kumpulan itu keluar dari kenderaan mereka masing-masing.

"Ya. Sebab kitaorang tinggal serumah." kata Namjoon dan mendapat anggukan dari yang lain.

"Tinggal serumah? Jadi korang kira berkumpulan lah nii?" keempat-empat kumpulan itu pada masa kini berat sangat mahu bercakap jadi mereka hanya mengangguk mengiyakan kata cikgu Song yang pagi itu kelihatan ceria semacam je.

"Apa nama kumpulan korang?" soal cikgu Song sambil memandang Blackpink yang berdiri disebelah kanannya masih dengan wajah cerianya. Mungkin dia tengah buat keadaan supaya tidak nampak kekok pada pagi itu kut.


"Blackpink." jawab Jisoo tiada mood. Malas.


"BTS." jawab Namjoon apabila cikgu Song mengalihkan pandangannya pada BTS.


"Nampaknya hanya korang je kumpulan lelaki yang terlibat, kan." kata cikgu Song masih tidak mengubah riak cerianya.


"Kenapa? Ada nampak kumpulan lelaki lain lagi ke?" soal Suga menyampah.


Cikgu Song hanya tersenyum kecil. 'Ish, geram pula aku dengan korang nii.' bicara cikgu Song dalam hatinya.


"Cikgu kami kumpulan Twice." kata Nayeon cuba menarik perhatian cikgu Song pada mereka.


"Ah? Apa dia?" soal cikgu Song dengan senyuman cerianya memandang ke arah Twice.


"Twice nama kumpulan kami." kata Jihyo.


"Gfriend." jawab Sowon setelah cikgu Song memandang kumpulan mereka.


"Baiklah, semua ada sudah di sini?" soal seorang cikgu Im yang datang sambil membawa kertas untuk melihat kehadiran keempat-empat kumpulan itu.


"Sudah cikgu. Kami semua berkumpul di sini dengan sangat senang hati." kata cikgu Song masih dengan cerianya itu.


"Cikgu Song je yang senang hati. Kitaorang tak." kata SinB dengan menyampah. Yang lain tanpa sedar mengangguk setuju.


"Baiklah, cikgu nak beritahu bahawa korang tidak boleh balik ke rumah korang masing selagi waktu selama lima hari berlangsungnya perkhemahan korang berakhir di sana. Cikgu Song akan selalu memberitahu saya tentang kehadiran korang. Jadi kalau saya dapat tahu ada orang yang tiada nama, saya akan gugurkan kalian dari sekolah ini dengan serta merta. Faham." dengan malas keempat-empat kumpulan mengangguk akur dan pasrah.


"Baiklah cikgu Song, saya serahkan mereka semua pada awak. Saya nak kembali kelas dahulu." cikgu Song sekadar mengangguk mengiyakan.


Pemergian cikgu Im hanya dihantar dengan pandangan mereka yang ada di situ.


"Baiklah, saya nak beritahu terdapat tiga orang pembatu saya yang akan ikut bersama kita. Jadi sebelum kita pergi, jagalah diri kalian selagi mampu." kata cikgu Song dengan senyuman menyeramkannya. Tapi senyumannya itu tidak dipedulikan oleh keempat-empat kumpulan yang memang menyampah dan malas itu.


Mereka semua pun menaiki kereta masing-masing. Tidak lama kenderaan mereka mula bergerak di atas jalan raya itu. Kereta yang dinaiki cikgu Song yang paling hadapan, diikuti kereta Gfriend yang dipandu oleh Sowon. Kereta Twice yang dipandu oleh Nayeon. Kereta BTS yang dipandu oleh Jin. Kereta Blackpink yang dipandu oleh Jisoo. Dan kereta terakhir iaitu kereta pembantu cikgu Song itu.


Semakin lama, mereka semakin memasuki kawasan yang agak berhutan dan memang gelap kawasan sekelilingnya.


"Unnie biar betul kita akan berkhemah kat sini?" soal Rose yang berada di sebelah Jisoo yang sedang memandu itu.


(COMPLETED) Bad Boys And Bad Girls S1Where stories live. Discover now