[ Tipu ]

579 20 7
                                    

{ Author POV }

"Betul ke?!"

Firash bertanya dengan nada yang keras, dia cuma cuba tahan sabar je. Kalau tak memang dia dah mengamuk teruk dah.

"Apa yang betul?"

Sherry bertanya kepada Firash, muka acah innocent camtu.

"Betul ke awak marah-marah adik saya?"

"Mana ada sayang, kan saya dah cakap adik awak dengan saya dia memang macam nakal sikit tapi saya cuba bersabar. Saya ada lah nasihat dia, tapi saya tak marah pun. Saya cakap lembut-lembut je."

Sherry membela dirinya dengan panjang lebar.

"Betul eh?"

"Betul sayang, saya takkan sampai hati nak marah budak-budak. Kalau saya ni kejam, saya takkan jadi cikgu. Awak tahu saya suka budak-budakkan."

Sherry membalas dengan suara yang menggoda. Sejujurnya Firash agak tergoda dengan Sherry. Mana ada lelaki yang tak tergoda dengan perempuan seksi dan manja.

"Okay, saya percayakan awak sayang."

"Thank you, sayang~~"

Dengan itu, Firash mempercayai Sherry bulat-bulat. Sherry agak lega bila Firash menyebelahinya. Sedar-sedar je dah sampai depan rumah Sherry.

"Okay, dah sampai. Esok saya ambil awak kita pergi shopping. Okay?"

"Shopping!! Nak! Nak! Esok tau, tapi jangan lah awal sangat. Tengahari camtu okay lah."

Firash hanya mengangguk. Nampak sangat yang Sherry ni nak kikis duit kau, bodoh punya Firash.

Skip~~

"Naura betul ke apa yang kamu cakap tadi tu?"

Puan Faridah bertanya kepada anaknya, sekarang mereka sekeluarga berada di rumah kecuali Firash yang sedang menghantar Sherry pulang ke rumah.

"Betul ataupun tidak, Naura tak sepatutnya cakap depan-depan keluarga Tuan Farid macam tu."

"Haah malulah abang Firash, tapi Baba Rish rasa Naura berani untuk berkata benda yang betul kerana Fia. Betul tak Naura?"

"Haah, Naura jadi berani sebab Naura tahu kalau apa-apa berlaku Kak Fia akan back-up Naura."

Naura membalas dengan bersemangat, percaya betul dia akan Fia.

Dum!!

Tiba-tiba bunyi pintu rumah ditutup dengan kuat kedengaran.

"Abang kau kenapa hentak-hentak pintu?"

Farish bertanya kepada Firash, Firash lah yang telah tutup pintu dengan kuat sekali.

"Naura! Kenapa Naura nak menipu?!"

Tanpa menjawab soalan Farish, Firash terus memarahi Naura.

"Kau apahal bang, balik-balik terus marah Naura?"

Farish bertanya lagi kepada Firash yang sedang mengamuk.

"Kenapa Naura nak tipu?! Kenapa nak reka cerita?! Kak Sherry tak marah pun Naura kan?!"

"Mana ada Naura tipu, Naura cakap betullah."

"Kak Sherry kata dia tak marah Naura pun dia nasihat je kan, takyah lah besar-besarkan cerita. Jangan mengada-ngada boleh tak?"

Firash betul-betul dah hilang kawalan, dia sesuka hati menuduh adiknya hanya kerana dia mempercayai buah hatinya seratus peratus.

"Habistu kau percaya lah cakap pompuan tu bulat-bulat. Aku tak sangka kau ni bodoh bang, bangang betul."

Farish memaki abangnya, hilang hormatnya terhadap Firash apabila Firash lebih berpihak kepada orang luar berbanding keluarganya sendiri.

"Mestilah aku percaya dia, dia orang dewasa dah matang takkan nak menipu. Yang menipu mesti budak ni."

Firash berkata sambil menunding jari ke arah Naura. Tuan Naim dan Puan Farida dari tadi hanya mendiamkan diri. Sebenarnya Tuan Naim dah nak meletop tetapi Puan Farida menenangkannya. Puan Farida tahu apa akan terjadi kalau Tuan Naim melenting. Sebabtu kenapa Puan Farida serahkan kepada Farish untuk uruskan. Dia tahu Farish boleh kawal situasi sekarang.

"Ummi naik atas dulu lah bawak Baba kamu."

Puan Farida berkata kepada yang lain sambil bangun daripada sofa bersama Tuan Naim.

"Farish, Baba serahkan kepada kamu untuk uruskan masalah ni. Baba malas nak masuk campur, abang kamu tu dah gila agaknya."

Tuan Naim sempat berkata kepada Farish sebelum mengikut langkah Puan Farida ke tingkat atas. Kepala dia pening sekarang ni.

"Abang, kita tak pernah gaduh seteruk ni dan kau tak pernah marah Naura seteruk ni. Hanya sebab seorang perempuan kau berpaling daripada keluarga kau sendiri. Kau nampak tak sekarang ni siapa yang bagi aura negatif kepada kau sebenarnya. Pompuan tu buat kau hancurkan keluarga kau sendiri bang. Aku malas nak gaduh dengan kau."

Farish berkata dengan nada yang jelas kecewa. Naura pulak sudah mengangis teresak-esak di sebelah Farish.

"Aku bukan nak hancurkan kebahagiaan kau bang, tapi aku syorkan kau fikirlah masak-masak nak kahwin dengan perempuan tu ke tidak."

Farish berkata lagi.

"Apa yang kau cuba cakapkan ni? Aku takkan pernah cancelkan majlis perkahwinan aku. Aku sayang dia, aku cintakan dia dan aku tahu dia seorang je yang boleh bahagiakan aku."

"Kahwin lah kau dengan dia tapi aku syorkan lepas je kau kahwin kau keluar daripada rumah ni. Jangan kau cuba terfikir nak bawak dia tinggalkan rumah ni, aku menyampah tengok muka dia."

Bukk!!

Bunyi tumbukan yang kuat kedengaran di seluruh rumah.

"Kau jangan kurang ajar, kau takde hak nak halau aku dari rumah ni. Ni rumah aku jugak, dan kau jangan sesekali hilang hormat dekat orang yang aku cinta."

Firash berkata dengan nafas yang tercungap-cungap, menahan marah. Naura yang saksikan semuanya daripada pergaduhan mulut sampailah pergaduhan bertumbuk berasa amat takut dan sedih.

Dia tak pernah tengok Firash dan Farish bergaduh teruk sampai macam ni. Selalunya hanya bergaduh manja. Farish yang terbaring di atas lantai itu memegang kesan tumbukan Firash tadi sambil tersengih sinis.

"Kau tengok sebab dia kau tumbuk adik kau sendiri?"

"Kalau kau tak kurang ajar nak halau aku daripada rumah ni aku takkan tumbuk kau lah!!"

Firash berkata, geram dengan Farish yang tersenyum sinis bagai tidak sakit tumbukan tadi itu.

"Lantak kau lah!! Jangan sampai aku yang keluar dari rumah ni."

Farish berkata dan terus mendukung Naura, naik ke atas. Firash terus terduduk di sofa dan meraup mukanya kasar. Dia memicit kepalanya, pening kepalanya, dia tak tahu yang mana patut dia pilih keluarga atau cinta? Dia sayang keluarganya dan dia cintakan Sherry sangat-sangat. Yang mana patut dia pilih untuk percaya?

Naura? Adiknya yang paling dia sayang.

Atau

Sherry? Perempuan yang paling dia cinta.

Fikirannya bercelaru. Kepalanya serabut. Keluarga atau Cinta?















Tbc~~

Adakah Firash seorang yang bodoh?

Atau

Sherry yang memperbodohkan Firash?

Vote
   +
Komen

Isteri Ekspress Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang