Part 26

6.3K 215 16
                                    

"Bukanlah...kenalkan.. Ni Emy.. Dia adik angkat aku..." Aku memperkenalkan Emy kepada rakan-rakan yang ada. Emy tersengih sambil terasa janggal.

"Sejak bila pulak kau pandai berangkat-angkat pulak ni Azamm..?" Zafril menyambung. Kami semua bergelak ketawa. Aku memanggil pengambil pesanan. Pesanan aku dan Emy diambil sebelum kami menyambung perbualan.

"Sejak tadi..? Hahahaha.." Kami sambung gelak. Memang otak aku akan jadi tak betul bila jumpa dengan dia orang ni. Emy disebelah kadang-kadang tersenyum namun dia masih tidak bersuara. Masih segan agaknya.

"Emy Fakulti apa..?" Zafril bertanya kepada Emy. Emy mengangkat kepala sambil buat muka terkejut.

"Ha.. Fakulti Business Administration..." Emy menjawab.

"Lahh... Junior kita la ni... Sep sikit..." Sambung Kamil sambil dihulur tangan untuk di Sep. Emy tak tau nak buat apa.

"Dah-dah... Dia segan sikit... Jangan nak sakat dia dah...Aku saja bawak dia makan sekali dengan kita... Kejap lagi lepas makan aku nak blah dlu tau..." Aku memberitahu kawan-kawan. Emy memandang aku. Aku mengangkat kening.

"Alahh.. Lepak la... Awal lagi..." Sambung Kamil.. Makanan yang kami pesan sudah sampai. Aku melihat jam ditelefon. Betul jugak. Awal lagi. Baru pukul 12.00 tengahari. Sambil makan sambil borak macam-macam benda. Termasuk pasal awek la. Biasalah budak lelaki. Emy menikmati makanan dan perbualan kami tanpa sebarang bunyi. Dia ibarat tiada disitu. Hahaha.

"Korang... Aku gerak dulu la..? Korang lama lagi ke..?" Aku berkata sebaik melihat jam sudah menunjukkan angka 1.30 petang. Emy juga sudah selesai makan.

"Kau nak gi mana..? Kejap lagi kitorang gerak ar... Terus masuk ke kelas..." Jawab Zafril disambut anggukan dari yang lain.

"Adalah.. Aku gerak dulu tau... Jom Emy..." Aku menjawab sebelum mengajak Emy. Emy menyarung beg dan mengikuti aku untuk ke kaunter pembayaran.

"Kau jangan nak buat macam-macam pulak.. Tau la dah dapat daging fresh...Hahaha.." Kamil berkata sebelum disambut tawa oleh rakan lain. Kamil yang memang sejak dari dulu perangai gila-gila ada sahaja benda nak menyakat kami.

"Otak kauu...Dah... Aku gerak dulu tau.. Assalamualaikum..." aku berkata sebelum menyalami rakan-rakan yang ada disitu. Emy membontoti aku.

"Sorry tau.. Dia orang memang suka menyakat..." aku berkata kepada Emy sebaik sampai di parkir motor. Dia diam tidak menjawab. Merajuk ke..? Aduh..Aku menghulur helmet kepadanya sebelum disarung ke kepala. Dia membonceng aku dibelakang. Motor membelah jalan meninggalkan kedai makan.

"Kita nak ke mana..?" aku terdengar suara sayup-sayup dari belakang. Kalau bawa motor memang agak kurang dengar apa yang orang belakang cakap.

"Apa..? Tak dengar la.." aku menjawab. Aku terasa tangannya memeluk pinggang aku saat aku mengambil selekoh.

"Kita nak ke mana..?!!" jawabnya dari belakang dengan agak sedikit kuat.

"Nak pergi masjid... Dah masuk waktu ni..." aku menjawab. Tiada kata jawapan diterima dari belakang. Emy kembali senyap. Aku menuju ke masjid yang berdekatan.

"Nanti hantar saya ke bangunan ICT.. Kelas saya dekat situ..." Kata Emy sebaik turun dari motorsikal. Dia menghulurkan helmet sebelum berlalu meninggalkan aku. Aku menggelengkan kepala. Tak paham dengan perangai dia. Usai solat, seperti yang dia minta. Aku menghantar dia ke bangunan ICT.

"Terima kasih..." Dia berkata sebaik memulangkan helmet aku.

"Sama-sama... Nak balik dengan aku tak nanti..? Aku tunggu dekat sini..." Aku berkata. Helmet tadi diletakkan dibakul.

"Tak nak ar... Nanti abang bawak gi mana-mana lagi..." Dia menjawab. Rambut dibetulkan sedikit.

"Hahahaha... Tak ada lah... Balik terus ni.. Janji.. Tadi aku dah tunaikan janji aku kan..?" aku menyambung. Dia mengetap bibir.

"Tak apalah.. Abang balik je dulu... Tak tau habis pukul berapa... Dah la...Bye.. Assalamualaikum..." Dia menjawab sebelum menyalami tangan aku. Tak pernah-pernah dia salam aku macam ni. Apa dia buang tebiat ke apa..?

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now