Part 29

6.3K 233 27
                                    

Aku membawa Aqil mencari sarapan disekitar kawasan bandar. Usai sarapan, aku dan Aqil mengunjungi pusat membeli belah yang terkenal di Melaka. Memandangkan hari ini cuti. Dan kebetulan Aqil ada dengan aku. Saja aku bawak dia jalan-jalan ke negeri Melaka. Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan menjadi tempat tumpuan kami. Beberapa butik pakaian aku tuju dengan Aqil namun tidak satu helai pun dia pilih untuk diri dia.

"Kau tak nak beli baju ke..? Aku belanja la.." aku bertanya apabila kami keluar dari butik terakhir. Dia menggelengkan kepala.

"Mahal la tempat-tempat macam itu. Tahu la awak tu kaya... Tapi saya tak nak la nampak macam kaki kikis... Kita cari dekat BO atau Padini je..." jawab Aqil. Aku tergelak. Sempat dia perli aku. Bagus dia ni. Boyfriend yang penjimat cermat. Ni yang makin sayang.

"Hahahaha..Ya la... Jom la..." aku mengajak Aqil. Dia terlebih dahulu mengetuai perjalanan. Macam dia lebih arif tentang pusat membeli belah ini. Sesudah sampai di BO.. Dia membelek-belek baju yang ada. Dari satu rak ke satu rak pakaian dia jalan. Namun sehelai pun dia tidak berkenan.

"Amboi.. Lamanya pilih.. Takkan tak ada yang berkenan kot..." aku bertanya. Sejujurnya aku ada sedikit penat mengikut dia ni. Macam orang perempuan dia punya shopping ni.

"Mestilah.. Dah orang nak belanja. Kena la pilih yang cantik-cantik. Pakai pun untuk siapa.? Untuk dia jugak..." Aqil menjawab. Pandai dia berkata-kata. Aku tersengih. Suka hati kau lah Aqil. Asalkan aku seorang je yang kau suka.

"Boss.. Tak cantik la kat sini.. Kita tengok kat Padini pulak eah..?" Aqil berkata. Aku mengeluh lemah...

"Hurmmm... Ye la..." Aqil tersengih bila melihat aku mengeluh. Padini tak jauh pun. Depan tu sikit je..Sesudah sampai di Padini. Seperti biasa, dari satu rak ke satu rak dia belek. Aku nampak beberapa helai baju menjadi pilihan hati dia. Syukur. Kalau tidak. Mampus aku...

"Dah Boss.. Saya gi bayar kejap.." Dia berkata kepada aku. Aku mengekorinya dari belakang. Baju disusun oleh Cashier sebelum harga disebut.

"RM 120 sahaja cik..." kata Cashier dengan senyuman. Belum sempat Aqil mengeluarkan dompetnya, Aku segera mengulurkan kad kredit kepada Cashier. Dia memuncung kepada aku.

"Aku belanja.." kata aku. Cashier memulangkan kad berserta resit sebelum Aqil mengambil bungkusan dan kami meninggalkan kedai.

"Mahal tu Boss.. Biar la saya bayar. Lagipun kan banyak baju saya tu..." kata Aqil. Aku tersenyum.

"Kan dah cakap tadi aku nak belanja.. Aku tak kisah la kalau habis duit untuk kau..." jawab aku. Dia tidak menjawab.

"Dah .. Jom..." aku menyambung. Aku berjalan mendahului dia.

"Kita nak gi mana Boss..?" tanya Aqil sambil mengejar aku.

"Balik la..Apa lagi.. Penat dah ikut kau jalan... Hahahhaa..." jawab aku. Aku tergelak apabila melihat mukanya yang muncung. Tak puas jalan lagi la tu...

******************************

Pantai Klebang di Melaka adalah tempat yang paling sesuai untuk melepak pada waktu petang. Jadi rugi kalau dah sampai melaka tak pergi Pantai Klebang. Aqil teruja apabila melihat kawasan pantai setelah aku memasuki selekoh menuju ke Pantai Klebang. Usai parking kereta ditempat yang agak tidak ramai orang. Aqil terus menuju ke tepi pantai. Aku tersenyum melihat gelagatnya seperti kanak-kanak. Kejap-kejap dia main air.. Kejap kang dia pusing-pusing macam drama hindustan. Aku memandangnya disisi pantai. Penat dia berdrama dekat pantai tu. Dia menghampiri aku.

"Terima kasih Boss sebab bawak gi sini." Kata Aqil. Aku tersenyum. Dia duduk disebelah aku sambil melentokkan kepala dibahu aku. Nafasnya turun naik. Penat mungkin.

"Aqil.. Aku nak mintak satu benda boleh..?" aku berkata. Aqil memandang aku. Dia mengangkat kening menunjukkan isyarat apa dia..

"Stop panggil aku Boss... Tukar dengan Abang boleh..?" aku menyambung.

"Ermmm... Okay... Since kita dah official kan..? Why not..Hehehe" aku tersenyum mendengar jawapan Aqil. Terimbau kenangan lama.

"Abang.. Saya nak tanya la..." Aqil kembali melentokkan kepala dibahu aku. Aku tiba-tiba rasa berdebar.

"Apa dia...?" jawab aku...

"Siapa dalam gambar pagi tadi tu...?"



Bersambungesok... Author nak tidur..Hahahah

Dia Boss Aku.??!!Where stories live. Discover now