10

637 25 1
                                    

"Baby sayang.."

"Erm.."

"Baby sayang.."

"Sayang jangan la"

Aku ketawa lucu. Aiden masih lagi tidur berpulas. Ei macam baby!

"Baby sayang.."

"Iye sayangggggg" panjang meleret dia panggil aku sayang

Disebabkan dia baru bangun tidur,suara kedengarana agak seksi. Aduh tabah la hati!

"Awak...saya bosan la!asyik terperap je dalam rumah. Awak tak nak bawa saya jalan-jalan?"

"Tak nak"

"Kalau macam tu,biar saya yang keluar sendiri"

"Tak boleh!"

"Alaaaa saya bosan. Nak keluar. Nak tengok tasik. Nak tengok orang lain. Ni tak,kalau duk dalam rumah ni saya pandang tv and tv pandang saya. Telefon pun saya tak ada. Kalau awak ada lainla,saya boleh menggedik dengan awak tapi masalahnya sekarang ni awak selalu busy. Awak ni memang lagi sayangkan kerja dari sa-..."

Bibir aku berhenti membebel. Aku memegang bibir aku yang baru tadi dijamah oleh bibir aiden. Eh budak ni!gatal!

"Awak!!"

Orang tengah marah boleh pula dia ketawa! Dah la curi,kalau nak minta la jangan curi!eh apa aku merepek ni!?

Kau pun sama je Qaira. Gatal!miang!

"Sayang ni membebel je. Jangan la anak kita nanti kuat bebel macam sayang juga kalau tak bernanah telinga aku ni"

Dasar!

Aku mencubit perutnya berkali-kali. Kalau tak buat aku geram sehari memang tak sah kan!

"Awak ni!!huh malas saya nak layan awak! Baik saya pergi layan oppa"

Aku terus berdiri tegak mahu keluar dari bilik. Sekarang ni patutnya ada drama korea. Cerita Descendant of the sun. Ahhhh tak sabar nya nak tengok muka cute song joong ki!

Arghh!!

Pantas aku menekan pin nombor 392. Hah!betullah! Omaigosh cair aku tengok wajah tampan jejaka kesayangan para gadis ni

Nampak innocent je joongki ni!

"Kenapa sayang tengok lelaki tu macam nak terkam?"

Aku menoleh ke belakang dan pantas memandang semula kaca tv. Taknak terlepas satu pun scan sweet mereka

"Hey aku tanya ni"

"Hish! Sayang tengok dia la sebab dia ni handsome sangat! Dah la cute! Arghhh kalaulah sayang boleh jumpa dia memang sayang peluk dia kuat kuat!"

"Mana boleh!!"

Aku memandang aiden. Yang nak jerit tu kenapa?takkan cemburu kot

"Asal lak tak boleh?"

"Sayang tu kan isteri aku. Mana boleh peluk laku lain! Baik peluk aku ni ha. Dapat sikit pahala tu"

Aku mencebik. Eleh nak cakap pasal pahala suami isteri pula. Cemburu cakap je la cemburu

"Awak,jom la keluar"

"Malas la"

"Jom la"

"Tak nak"

"Awak..!!!!"

"Aku nak pergi pejabat la lepas ni"

"Nak ikut!"

"Tak boleh!!"

"Nak ikut"

"No!"

Aku mencebik bibir. Semua tak boleh!tu tak boleh,ni tak boleh

"Nak jugak!"

"Tak boleh,sayang!"

___

Aku mendengar keluhan di bibir aiden. Huehuehue

Padan muka!

Aku meneroka bilik pejabat aiden. Fuh!luas kemain!

"Lepas ni aku ada meeting. Kau duduk sini jangan keluar. Kalau aku tahu kau keluar,siap aku kerjakan!"

Aku mengangguk laju. Seriau pula tengok muka garang aiden

"Kalau lapar or haus,kau cakap je dekat nina. Nanti dia bawakan. Kalau bosan,kau tengok tv or baca la buku-buku di rak tu. Novel pun ada. Kalau letih,pergi rehat dalam bilik rehat aku. Kalau nak ke toilet,tak payah pergi toilet luar. Dalam ni pun dah ada dua toilet."

Alahai aiden. Apa yang nak risau sangat. Bukan ada orang nak cukik aku pun

"Okay hubby. Dah pergi meeting sana. Shuh shuh"

Dia menjegil mata pada aku. Eleh ingat orang takut ke

"Halau kemain eh kau. Before i go,boleh belanja kiss kat sini tak?" Aiden menunjuk ke arah pipi nya. Eh dekat office pun gatal merenyam!

"Tak ada. Dah pergi sana"

Dia mencebik kan bibirnya. Kemudian meninggalkan aku seorang. Tanpa membuang masa,aku mengambil novel yang tesusun rapi di atas rak. Pelik benor husband aku ni. Kalau di rumah,paling anti kalau ada novel. Tapi dekat office ni,hampir berpuluh-puluh dah novel dia.

"Nak baca cerita apa ni?kenapa
la banyak sangat novel ni. Kang dah susah aku nak pilih"

Lama aku berfikir untuk memilih novel. Last-last aku decide nak baca novel yang bertajuk Abang Sayang Adik Manis. Heh mesti best ni!

30 minit kemudian,batang hidung aiden pun aku tak nampak. Aku menutup novel dan letak dia atas meja. Aku membuka tv dan menukar channel 411. Fuh!!!twilight!cerita fav aku ni!

Baru saja aku ingin membetulkan kedudukan ku,pintu pejabat ini terbuka dari luar

"Arsya-...Qaira?!"

MY MR PSYCHOWo Geschichten leben. Entdecke jetzt