14

575 26 1
                                    

Qaira's pov

Hati aku bagai ditikam-tikam. Aku tak sangka orang yang aku cinta,aku sayang sepenuh hati aku boleh buat aku macam ni. Hancur hati aku.

Baru je aku nak beritahu berita gembira kepada aiden tapi semuanya punah.

"Dah berapa lama korang bercinta?"

"Hampir sebulan"gadis itu menjawab selamba. Langsung tiada rasa kemanusiaan dalam diri dia

"Dah lama kenal?"

"Kitorang kenal dah lama. Maybe em 4 or 5 tahun. Dulu kitorang dah bertunang"

"Oh"

Aku memandang ke bawah. Aku tak kuat. Wajah aiden di depan ku,aku hanya pandang sekilas. Kecewa sangat! Isteri mana yang tak kecewa bila tahu suami dia curang?

"Em kayla,awak boleh balik dulu. Saya nak rest"

"But..emm sayang,boleh tak i nak tinggal sini malam ni? Kan dah malam. Bahaya la kalau i balik sorang sorang"

"Err boleh sayang"

Sekali lagi, hati aku ditikam sampai hancur!

Kenapa kau buat aku macam ni aiden? Kenapa?!

Kayla meloncat gembira. Pantas tangan aiden dia tarik menuju ke atas

"Sayang,yang mana satu bilik you?"

"Yang ni"

Bilik aiden? Bilik aiden!? Bilik aiden tu bilik aku!

Pantas aku masuk ke dalam bilik kami

"Apa korang buat ni?!"

"I nak tidur dalam bilik ni dengan luth."

Wardefak!??!!

"Korang nak buat apa berdua? Ingat sikit yang korang tu belum nikah. Jangan nak bermaksiat pula!!"jerkah ku

"Qaira!! Jangan nak marah kayla macam tu! Kau pergi tidur bilik tetamu!"

Allahuakhbar.

Pantas aku menuju ke bilik tetamu. Badan aku di baringkan ke atas katil. Aku memegang dada aku kemudian tangan ku turun memegang perut ku

"Mama minta maaf,sayang. Mama tak kuat"

Perlahan- lahan air mata membasahi pipi. Bunyi bukaan pintu membuat aku mengalih pandangan menghadap dia

"Sayang.."

Aku tersengih sinis.

Sayang?

Dah berapa perempuan kau panggil sayang?

"Awak nak apa? Dah habis bermaksiat dengan kayla? Ke awak datang sini sebab nak bagi surat cerai?"

Dia memejam rapat matanya.

"Aku minta maaf. Aku tahu aku salah"

"Awak tahu awak salah tapi awak tetap buat? Aiden, mari duduk di sebelah saya"

Dia menurut. Tangan aku naik mengusap pipinya.

"Awak nak kahwin dengan dia?"

Dia angguk

"Awak sayangkan dia?"

Sekali lagi dia angguk

"Awak sayangkan saya?"

Kali ketiga dia mengangguk tanpa sebarang kata

"Jadi lepaskan saya"

Aku dapat lihat wajah terkejut nya. Tangan aku yang tadi mengusap pipi nya kini jatuh di atas paha ku

"Aku takkan lepas kan kau!"

"Aiden, kalau betul awak sayang kan dan cintakan saya,jadi tolong jaga hati saya. Tinggalkan dia. Tapi kalau awak tak sanggup,awak betul-betul sayangkan dia. Jadi tinggalkan saya. Saya tak sanggup dimadukan"

"Sayang...a-..aku tak boleh"

"Bila saya dah buka hati saya untuk awak,tapi awak sia-sia kan saya. Kalau awak betul-betul dah tak nak saya jadi lepaskan saya"

"No! Aku takkan lepaskan kau!aku cintakan kau,aku sayang kau"

"Tapi sayangnya,awak lebih pilih dia berbanding saya. Saya mohon,keluar dan biarkan saya bersendirian"

"Qaira. Sayang..."

"Cukup aiden!! Jangan panggil saya sayang lagi!! Saya dah muak! Perkataan sayang tu terlalu murah bagi awak! Keluar!"

Aku baring membelakangi dia. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Kalau aku tahu semua ni akan terjadi,aku takkan sesekali buka hati aku untuk kau! Aku akan bencikan kau! Aku benci kau aiden. Benci..

___

Pagi yang aku harapkan semalam hanyalah mimpi ternyata punah. Tadi bila aku keluar je dari bilik,aku dah nampak aiden dan kayla sedang bermesraan di meja dapur

Waktu aku berjalan ke dapur untuk minum air, sempat mereka pelawa aku untuk makan breakfast yang kayla buat. Huh! Siap ayat sinis lagi dia bagi kat aku

"Qaira,mari makan sekali"

"Tak apa. Saya dah kenyang"

"Ala qaira mari la makan sekali. I masak sedap-sedap ni. Yelah kan,i tengok luth ni macam makin kurus je. You tak masak ke? Or you tak pandai masak?"

Key!tu tak apa lagi tapi yang lebih menakitkan hati aku bila aiden langsung tak back up aku! Ohh bila aku marah kayla pandai pula dia nak marah maki jerkah aku

"Aiden,saya nak keluar kejap"

Aku membuka pintu utama. Kaki mula melangkah keluar. Haih kena jugak la call grab. Ni yang malas ni

Belum sempat aku pergi jauh lagi,suara aiden mula memanggil aku

"Kau nak pergi mana?"

"Keluar"

"Yela,pergi mana?"

"Tak penting pun untuk tahu"

Dia mencengkam tangan aku. Sakit sial!

"Tak penting? Eh aku ni suami kau la sial! Kau nak pergi mana?! Bagitahu aku!ke kau nak menyundal dengan jantan hah!?"

"Tch, baru sekarang kau sedar kau tu suami aku? Tak sangka pula kau mengaku kau tu suami aku. Eh kalau aku nak pergi menyundal dengan jantan pun tak ada kena mengena dengan kau! Lagipun,kitakan tak lama lagi akan bercerai"

Aku tak tahu dari mana keberanian aku tapi yang penting aku takkan tunjuk yang aku ni lemah! Aku taknak dia anggap aku ni perempuan lemah yang senang dibuli!

"Aku dah kata aku takkan ceraikan kau! Pergi masuk! Aku tak benarkan kau keluar!"

"Aku tak kira. Buat apa aku duduk dalam rumah tu? Ohh yelah kan,kau tak puas tengok aku kena buli dengan bakal madu aku tu. Hei pergi mampos la. Kau nak menyundal dengan betina tu,kau nak nikah dekat thailand or kau nak bawa dia pergi kubur pon aku dah tak kisah!

From now, I do my thing and you do yours.  You chose it all.  I'm just playing with your game. Ini yang kau nak kan? Okay,aku akan cuba menang dalam permainan yang kau cipta ni,aiden."

Aiden terkaku sebentar. Mungkin terkejut dengan setiap ayat yang aku keluarkan

"Sayang...please.."

"Aku pergi dulu. Oh satu lagi. Mungkin aku balik lewat so jangan risau. Korang nak bermaksiat lama mana pun suka hati korang la. But Aku tak suka beribu syaitan duduk dekat situ. Maklumlah,sedap bermaksiat kan"

Aku meninggalkan aiden. Aku yakin yang dia takkan ceraikan aku walau macam mana aku paksa sekalipun. Jadi biar aku buat dia bencikan aku.

Dan jumpa dia di mahkamah.

Kalau dia nak sangat dengan betina tu,okay aku akan izinkan dorang nikah. Huh maybe tanpa izin aku pun dorang akan nikah juga

So aiden, aku akan ikut rentak kau

MY MR PSYCHOWhere stories live. Discover now