━・❪ 10 ❫ ・━

279 65 169
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


────── 〔✿〕──────

Taehyung mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala kecil. Sambil-sambil tu, dia duduk di hadapan kipas angin untuk mengeringkan rambut. Automatik bibirnya mengukir senyum bila teringatkan kejadian petang tadi.

"Taehyung apa yang awak---argh!"

"Nuha!!---ARGH!"

Splash! Tubuh mereka terlentang di atas lubang yang penuh dengan lumpur itu. Taehyung memejamkan matanya apabila merasakan wajahnya terkena percikan lumpur akibat daripada kesan jatuhan tadi.

Perlahan-lahan dia membuka mata dan menoleh ke arah Nuha yang sudah terkebil-kebil matanya melihat Taehyung. Keadaan mereka berdua tidak ubah seperti pisang mentah yang disalut dengan 'tepung' likat. Habis kotor kesemuanya.

Beberapa saat kemudian, mereka berkongsi ketawa.

"Hahahah! Lawaknya muka kau macam bedak air!" Ejek Taehyung seraya menepuk-nepuk perutnya apabila melihat wajah Nuha yang tidak berupa manusia itu.

"Bedak air apanya?! Badaklah! Hey muka awak pun apa kurangnya? Dah macam rupa Homi saya tengok!" Balas Nuha tidak mahu mengalah.

Taehyung menjelir lidahnya ke luar. Tidak habis lagi dengan tu, tangannya mencalit segenggam lumpur tadi lalu dihumban ke pipi Nuha. Membulat mata gadis itu bila diperlakukan sedemikian. Taehyung tergelak sambil mengucap kata maaf.

Tangannya ingin naik ke wajah Nuha; ingin membersihkan kesan lumpur tadi. Namun, Taehyung langsung tersedar bahawa tingkah lakunya ini sudah di luar batasan. Tubuhnya segera menjauhi Nuha.

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Where stories live. Discover now