━・❪ 11 ❫ ・━

325 61 260
                                    

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

────── 〔✿〕──────

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

────── 〔✿〕──────


SELESAI sudah tugas Adzhar, Taehyung dan Irsyad yang sejak pagi lagi bekerjasama mengagihkan bantuan makanan kepada orang kampung yang lebih memerlukan. Taehyung mengelap bahagian dahinya menggunakan belakang tapak tangan.

Taehyung menghela nafas lega. Bibirnya menguntum senyum manis. Dia gembira kerana Adzhar memberikan peluang untuk dia menyertai amalan bersedekah ini. Banyak faedah yang dia pelajari.

"Kamu tolong abah kemas dewan ni, ya? Abah nak ke surau kejap, tengok-tengokkan keadaan ummi dengan Nuha kat sana. Entah apalah kejadian bila abah tak pantau diaorang tu."

Taehyung tergelak kecil. Kepalanya di angguk-angguk tanda faham. "Abah, kat surau tu ada buah kurma,tak?" Soalnya sambil mengelap meja yang digunakan untuk keperluan agihan makanan tadi. Wajahnya masih setia memandang Adzhar.

"Kamu ni tiba-tiba tanya pasal kurma, kenapa? Mengidam?" Adzhar menyoal dengan usikkan.

Taehyung tersengih. "Tae teringinlah nak makan. Ummi kata kelazatan buah kurma tu dari timur tengah dan keenakkan buah tu tiada bandingannya. Betul ke, abah?" Matanya terkebil-kebil menunggu jawapan.

"Ummi kamu ni mesti dah hafal skrip iklan kurma kat TV tu. Aduhai, yelah-yelah nanti abah tanya jemaah surau kat sana. Tapi kalau dah habis, terpaksalah kamu beli kat pekan sendiri sebab yelah, bulan Ramadhan belum tiba lagi,selalu kalau berbuka puasa haa barulah kurma tu disediakan untuk orang kampung." Balas Adzhar.

"Ouhhhh, Tae faham.... Takpelah kalau takde, nanti Tae beli sendiri. Oh ya, bila abah jumpa ummi kat sana nanti, cakap kat dia yang Tae rindu ummi tau." Sekali lagi lelaki itu menyengih dengan menampakkan barisan giginya yang cantik. Mengada lah dia ni!

"Manja betul! Yelah nanti abah sampaikan, jangan lupa kemas apa yang patut. Abah pergi dulu, jaga diri ya." Kepergian Adzhar dihantar dengan pandangan Taehyung dari jauh sehinggalah kelibat itu hilang.

Taehyung menggeleng kepala dengan gelakan halus lalu kembali menyambung kerjanya. Irsyad yang sejak tadi menyusun kerusi di satu sudut itu sekadar mendiamkan diri. Langsung tidak mengeluarkan apa-apa perkataan kecuali mengumam kecil dan mengangguk sahaja responnya bila orang bersoal tanya.

Dia Utusan Tuhan •HIATUS•Where stories live. Discover now