TJ - 28

456 48 0
                                    

Now

"SORRY Jae. Aku tak boleh tolong kau. Aku memang kena balik Thailand. Ada kes dekat sana yang perlukan aku. Kalau ada info dari sana aku roger kau."

Jaehyun agak pelik dengan kata-kata Ten. Dia berkerut kening. Ten tersengih. Luggage ditarik merapatinya.

"Kau tahu, mulut aku masin." Bahu Jaehyun ditepuk dua kali sebelum masuk ke dalam balai berlepas.

Jaehyun masih diam dengan kata-kata Ten. Sungguh dia tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Dia cuma mampu berdoa gadis itu selamat. Dan jika ditakdirkan apa yang Ten katakan itu benar-benar terjadi, dengan penuh berharap lelaki itu dapat membantu Jeonghyun.

Sudah seminggu berlalu, namun dia masih tidak menjumpai Jeonghyun. Bagaimana keadaan gadis itu agaknya?

Wajahnya diraup dan mula berjalan keluar dari situ.

-----

"KAU nak bawa aku pergi mana, hah? Lepaslah!" Jeonghyun membentak sambil mencuba untuk melepaskan diri daripada pegangan lelaki yang bertubuh gempal di belakangnya.

"Kau boleh jalan aje tak?" soal lelaki itu lalu menolak Jeonghyun masuk ke dalam trak. Ketika dia duduk, telinganya menangkap satu bunyi seakan ditutup sebelum dia terasa kenderaan yang dinaikinya bergerak.

Tuhan... Apa nasib aku? Jeonghyun mengemam bibir memikirkan nasibnya yang bakal di jual ke negara lain.

"Lepas ni jaga diri, ya? Kalau ayah pukul, adik jerit kuat-kuat biar jiran dengar. Boleh?"

Jeonghyun menangis. Dia kecewa dengan diri sendiri. Dia kecewa kerana tidak mampu menjaga diri sendiri.

Mana abang?

"Sampai masa oppa akan cari adik. Jadi orang berguna, okey?"

Semakin menjadi tangisan Jeonghyun. Kain yang menutup matanya mulai basah. Bibirnya dikemam bagi mengelakkan tangisan.

Dia mungkin tampak kuat selama ini. Tapi itu semua disebabkan oleh Yejin yang sentiasa menjadi penguatnya. Dan juga kenangannya bersama abang angkatnya yang membuatkan dia meneruskan kehidupan. Kerana niatnya, dia mahu menunggu abangnya itu. Dia mahu berjumpa dengan abangnya itu.

Namun setelah terasa bagai semua orang pergi daripada hidupnya, dia lemah. Dia tidak mampu. Yejin pergi hanya kerana satu fitnah. Ayahnya menjualnya akibat berhutang.

Apakah dia patut mati untuk menamatkan semua ini?

Teacher Jung | Jung Jaehyun NCT [COMPLETED]Where stories live. Discover now