eleven👼

565 4 1
                                    

"Sayang! buat apa tuuu" pinggang suaminya dicuit.

"Tengah tanam bae ni, tak nampak ke?" sinis jawapan Luthfan. Mencebik Aaira jadinya.

Terletus tawa. "Tengah siram pokok ni baeee" Luthfan meleret mahu memujuk.

"Kenapa you suka pokok bunga eh?" Aaira soal masih mencebik. Luthfan menjaga tanaman-tanamannya penuh kasih sayang. Prihatin walau sibuk dengan kerja macam mana sekalipun. Tapi tulah kadang-kadang isteri pun terabai.

"Sebab I suka beautiful creation. I suka tengok benda cantik. Macam you"
Luthfan bercia.

Terletus tawa Aaira. Tak jadi merajuk. "Tak cia la sayanggg!" Pipi suaminya ditampar lembut. Ceh padahal muka dah merah dah.

"Tapi sayang, tenang kan dekat sini? Tenang macam tengok you" Aaira mengenyit mata. Luthfan pula terletus tawa. Comel betul isterinya ini.
Dah main pickupline pula.

"Aduh!" Luthfan mengadu. Badannya dibongkok ke bawah. Muka beriak sakit.

"Kenapa ni sayangg" Aaira sudah risau.

"Nak panjat hati you tadi tapi terjatuhh" Luthfan membuat muka masam.

"Eee tak guna tipu orangg" Aaira menepuk lembut bahu Luthfan.

"Tapi kan bae, dulu masa first time I nampak you dekat rumah, Muka you macam familiar" Luthfan beriak serius kali ini.

"Macam siapa?" Aaira tanya penuh curious.

"Macam bidadari jatuh dari langit" hehe . Laju langkah Luthfan tutup pili air setelah tinggalkan kucupan pada pipi isterinya. Terletus tawa. Comel betul muka isteri dia bila kena usik macam tu.

××××××××××××××××♡××××××××××××××××

Sebulan berlalu. Kelibat Laila kini tidak lagi menerpa bayangan pada Luthfan.

Simptom mengandung itu sungguh mengganggu hidup Aaira.
Kereta dipandu sendiri ke klinik.

"Tahniah, Puan dah mengandung 3 minggu" Terkejut Aaira.
Biar betul mengandung! Impiannya.

Selama sebulan lebih mereka melayari bahtera perkahwinan yang sungguh bahagia ini. Bertambah lagi gembiranya apabila dikhabarkan mempunyai cahaya mata. Sungguh diimpikan setiap keluarga.

Diharapkan kembar! Comel sangat bila dapat anak kembar.
Telefon dikerling. Laju Luthfan mengangkat telefonnya apabila nama isterinya muncul.

"Hello Assalamualaikum sayang" Aaira berkata lembut.

"Waalaikumussalam bae, ada apa? rindu keee?" Laju Luthfan bertanya. Tangannya masih ralit di atas fail. Masih membuat kerja officenya yang tidak pernah habis.

"I've got surprise for you! Balik awal tau sayang" Senyuman terukir di hujung panggilan.

"Alaaaaaa apa ni surprise-surprise! Nak tahuuuuu" Meleret Luthfan. Manja! Suami siapa lah ni.

"Home first, sayangg" Sengaja Aaira meleret kata. Terus ditekan punat end call.

Ishh isteri ni! Memasam muka Luthfan sebaik sahaja panggilan dimatikan.

PA-nya yang sudah tercongok di depan pintu tergelak melihat reaksi Luthfan. Sungguh bossnya memang kebudak-budakan. Bila dengan isteri, manja lain macam.

Susuk tubuh PA-nya yang berbadan dua yang sudah berusia dua bulan itu ditangkap retina.
Berdehem Luthfan mengawal 'macho' nya.

"Yes Ira? Anything?" Tersengih-sengih Ira masuk.

Satu persatu appointment dia sampaikan detail.

"Make me a cup of coffee please. Pagi tadi dah habis" Luthfan meminta. Matanya masih memandang fail kerja yang berlambak itu. Semenjak mengambil alih syarikat ayahnya dan Aaira itu. Dia semakin sibuk. Yelah, takkan nak malas-malas. Alamatnya lingkuplah.

"Orait boss" Ira menjawab. Setiap pagi pasti dia akan bancuhkan air untuk bossnya sebelum bossnya masuk ke dalam pejabat. Kaffein membantu bossnya.
Persediaan sekiranya dia sibuk di luar.

.
.

Rumahnya yang gelap gelita itu mengundang rasa pelik dalam fikiran. Takkan elektrik tak ada?
Perlahan pintu dikuak dari luar.
Cahaya dari lilin menangkap matanya. Isterinya yang membelakanginya berbaju tidur seksi itu dipandang membulat. Gulp!
Pinggang itu dirangkul kemas.

"Sayaaang, not now" Tangan suaminya dikucup perlahan.
"Mandi dulu, busuk" Hidung dikepitnya dengan jari.

"Wangi laaaaa bau bae" Pipi gebu itu dikucup.

"Tapi you busuk. So, mandi dulu and then you pakai handsome-handsome" Jarinya menari di atas dada bidang suaminya.
Dirangkul jari itu dengan tangan suaminya. Dikucup perlahan.

"Yelaaaa, I je busuk" Luthfan mencebik. Langkah kaki terus ke atas menuju bilik tidur. Dah kenapa Luthfan sejak jadi suami ni manja dia lain macam betull.

.
.

Tangan Aaira berlingkar memeluk tubuh suami di sebelah.

"Terima kasih bae, pregnant our baby" Dahi isterinya dikucup perlahan.
Hanya senyuman Aaira membalas.
Sekali sekala tangan Luthfan mengusap perutnya.

"I harap kehadiran junior Luthfan kukuhkan lagi rumah tangga kita. Terima kasih jadi imam I " Tubuh suaminya dipeluk. Tertitis air matanya. Sebak.
Bersyukur dengan kehadiran bayi itu.

"I hope so, baby..Nanti nak apa-apa bagitahu je kat I. Check up semua I teman okay?" Syukur rasanya. Bilangan makmum akan bertambah! Bukan madu ye tapi anak.

"Orait" Perlahan matanya tertutup. Senang. Gembira. Syukur. Terharu.

Segala perasaan berselubung dalam dirinya. Nikmat Tuhan bagi mana-mana pasangan suami isteri.

Perlahan mata mereka terlelap. Tidur di atas katil empuk itu dengan pelukan suami.

Ameerul Luthfan Where stories live. Discover now