5-Side

1.9K 312 161
                                    

Aku dari tadi renung siling bilik.

Aku tak tahu apa plan Taeyong dan berapa lama aku kena stay sini tapi kalau Jaehyun ada plan sesuatu juga...Habislah segalanya akan hancur.

Aku mungkin tak percaya Taeyong tapi kalau aku kacau dia punya plan,aku tahu ia lebih berbahaya.

"Bukan aku seorang je tahu pasal portal tu"

Aku tersentak.

Aku pandang tepi katil dan nampak Winwin.

Aku terbangun dari baring aku dengan mata terbeliak.

"Macam mana kau masuk sini?"

"Teleport"

Aku mengeluh.

Aku lupa banyak benda dari komik ni haih...

"Kenapa sesuka hati kau je masuk...Lain k-"

"Aku,Mark dan Hansol tahu portal tu sebab waktu kami jumpa Lee Soo Man dulu kami nampak portal tu dari dunia sebenar...Waktu kau terjumpa portal tu buat pertama kali,aku tahu...Itu sebabnya waktu Taeyong hampir nak jumpa kau dekat almari tu kau kembali semula dekat dunia komik sebab aku yang buat kau masuk balik...Sebelum kau masuk tu kami hampir membeku sepenuhnya tapi aku cuba juga walaupun susah-"

Aku tutup mulut Winwin.

"Taeyong boleh dengar perbualan kita..kau lupa?"

Winwin lepaskan tangan aku dari mulut dia.

"Aku tak kesah sebab aku pasti plan Jaehyun lebih baik dari dia"

"Kenapa kau pasti sangat?"

Aku tersentak.

Aku pusing belakang dan nampak Taeyong dekat sebelah katil aku.

Winwin dekatkan diri dengan Taeyong.

"Kau dah bagi kuasa dekat Jaehyun...Jangan lupa,dia pun ada manusia dalam diri dia"

Taeyong ketawa sinis.

"Yakinnya kau"

Taeyong tepuk bahu Winwin.

"Tak apa...kita tengok je"

Winwin menolak tangan Taeyong.Dia keluar dari bilik aku.

Aku pandang Taeyong.

"Please bagitahu aku apa plan kau"

Taeyong menggeleng.

"Aku tak akan percaya sesiapa termasuklah kau"

Aku berjalan mendekati Taeyong.

"Aku dah buat keputusan betul-betul....Aku akan pilih kau"

-----------------

Dorang dah tak ada misi macam dulu...Dah tak ada membunuh mahupun selamatkan orang.

Lagipun Taeyong kata dia tak akan publish komik yang ni....

Taeil duduk di depan aku.Dia bagi aku susu madu yang aku minta dia ambilkan manakala Jungwoo duduk sebelah aku.

"Muka kau nampak lesu semacam...kau okay?"

Aku hanya mengangguk.

"Mana Donghyuck?" Aku tanya.

"Dia tengah main arcade dengan member lain"

Aku belek kotak susu aku.

"Kalau korang dapat pilihan untuk pilih Taeyong atau Jaehyun...Siapa yang korang akan pilih?" Aku pandang Jungwoo dan Taeil bersilih ganti.

"Aku tak akan pilih sesiapa sebab mereka berdua selfish" Taeil menjawab.

Jungwoo mengangguk setuju.

"Tapi aku akan pilih apa yang kau pilih" Jungwoo cakap.

Aku buka kotak susu aku.

"Kalau aku pilih dua-dua?"

Kening mereka berdua terangkat.

"Macam m-"

"Aku kata kalau je" aku ketawa.

Aku minum susu.

"Bagi aku,asalkan kita orang tak membeku pun dah cukup"

Aku mengeluh.

Aku rasa Jaehyun dan Taeyong keduanya tak akan tolong dorang...

"Aku nak pergi bilik aku kejap...rasa tak sedap badan" Aku cakap sambil bangun.

Mereka berdua mengangguk.

Aku pergi ke tingkat 5.

Aku tak masuk bilik aku...

Aku pergi ke tempat nctzen.

Aku berdiri depan pintu tu.Aku cuba buka..

Baru sikit aku buka,badan aku ditarik masuk.

Aku terjatuh atas lantai.

Badan aku rasa sakit tapi aku cuba tahan.

"Biar aku tolong" Taeyong tiba-tiba muncul sambil hulurkan tangan dia.

Aku cuba capai tangan dia.

Sebaik sahaja tangan kami bersentuhan,aku terus cuba bangun.

"Ah!" Aku menjerit.

Taeyong tepuk bahu aku dengan perlahan untuk buang debu.

"So apa dia?" Taeyong sandarkan badan pada dinding.

"Dorang kata selagi dorang tak beku pun dah cukup...jadi kalau kau nak dorang ambil side kau,kau kena bagi masa komik ni sentiasa berjalan"

Taeyong lipat tangan dia.

"Manusia mana pula aku nak letak?"

Aku mengeluh.

"Kau yang cipta komik ni...cuba lah buat sesuatu"

Taeyong diam sekejap.

"Kalau macam tu,kau lah yang kena stay sini"

Mata aku terbeliak.

"Kenapa pula a-"

"Kau sayang sangat kan dengan dorang"

Aku pandang Taeyong dengan tak puas hati.

"Kau kata kau nak dorang ambil side kau...Ni je lah yang kita mampu buat...Aku lagi sanggup duduk dunia sebenar lah daripada duduk kat sini selama-lamanya.Kau gila ke?"

Taeyong ketawa.

"Makcik Hayoung dah start membebel"

Dia fikir ni lawak ke?

Rasa nak tumbuk je dia ni.

"Tipu je lah dulu dekat dorang yang aku akan buat masa komik ni berjalan tanpa manusia...nanti aku akan cari cara"

Aku menjeling.

Taeyong ketawa lagi.Dia sentuh muka aku.

"Aku tak akan biar kau stay sini...Bila segalanya dah siap...Aku akan jaga kau macam emas"

Comic 4 | NCT√Where stories live. Discover now