8-Mirae

1.8K 297 43
                                    

Jaehyun acukan pistol pada seorang perempuan yang tiba-tiba muncul di depan pintu gudang yang dia jaga.

"Kau siapa?" Jaehyun menanya dengan pandangan tajam

Perempuan tersebut menggeleng laju.

"A-aku tak tahu macam mana aku boleh ada dekat sini"

"Jangan bagi alasan!"

Seorang lelaki tiba-tiba tolak Jaehyun kebelakang.

Tangan Jaehyun yang sedang pegang pistol diturunkan oleh lelaki tadi.

Tak lain tak bukan,Lee Taeyong.

"Kau siapa?!" Jaehyun menjerit.

Taeyong tahan Jaehyun.

"Kau siapa?"

Perempuan tu menelan air liur sebelum menjawab.

"J-Ji Mirae"

Taeyong menyengetkan kepala.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini?"

"A-aku tak tahu"

"Banyak lah alasan kau!Ni tempat ter-" sekali lagi Taeyong tahan Jaehyun.

"Jangan tanya macam tu...dia takut"

Jaehyun terdiam.

"Aku Serious tak tahu macam mana aku ada dekat sini...Aku jumpa satu komik atas meja lepas tu tib-"

"Tak apa...Apa kata kau stay dengan kita orang?Lagi pun kau tak tahu kau kat mana kan sekarang?"

Mirae terdiam sebentar.

"Kau gila ke?" Jaehyun membisik tapi Taeyong endahkan Jaehyun.Dia masih menunggu jawapan keluar dari mulut Mirae.

Perlahan-lahan Mirae mengangguk.

"Tapi boleh ke aku percaya korang?"

Taeyong tersenyum.

"Ia pilihan kau untuk stay atau pergi"

Mirae menundukkan kepala.

"Lagipun dekat sini bukan ada kita orang berdua je...kami ada lebih ramai daripada apa yang kau sangka"

Mirae pandang Taeyong semula.

Taeyong hulurkan tangan dia.

"So...kau nak stay ke tak?"

Mirae mengangguk perlahan.Dia tak sambut pun tangan Taeyong.

Taeyong tarik semula tangan dia.

"Ikut aku" Taeyong berjalan kearah lif.

Mirae terus berlari ke belakang Taeyong memandangkan dia masih takut dengan Jaehyun.

Mereka pergi ke tingkat 5.

Sampai di bilik hujung sekali,Taeyong keluarkan pisau.

Mirae agak terkejut tapi bila nampak Taeyong tarik tangan dia,dia tak dapat lawan.

"A-apa kau nak b-"

"Tahan"

Taeyong toreh ibu jari Mirae.

C...Welcome to Neo Culture Technology Mrs Mirae

Mata Mirae terbeliak.Dia pandang sekeliling untuk cari dari mana suara tu datang.

Taeyong scan kan jari Mirae pada scan pintu depan mereka dan pintu bilik tu terbuka.

Warna pink terserlah.

"Ni bilik kau" Taeyong memberitahu.

Perlahan-lahan Mirae jejakkan kaki kedalam bilik tu.

"Kau rehat lah dulu" Taeyong menutup semula pintu bilik.

Aku tengok muka surat sebelah.

Kosong.

Sebelah lagi

Kosong.

Hampir satu buku tu kosong sampai lah muka surat 77.

"Shit" Taeyong bangun dari duduk dia.

Dia pandang ke arah hologram dengan cemas.

Terus dia keluar dari bilik.Pintu lif yang terbuka luas tanpa orang di dalam terus dia terjah.

Taeyong menutup pintu lif dengan laju.

Dia pergi ke tingkat G.

Kelihatan semua orang tengah bergelak ketawa dengan Mirae namun mereka semua berhenti bila nampak Taeyong terjah mereka dengan laju.

"Taeyong,kita orang baru je nak panggil kau t-"

Ayat Mirae terhenti bila Taeyong tiba-tiba acukan pistol ke Mirae.

Ahli yang lain pun dah terkejut.

"Taeyong apa kau buat?" Jaehyun menanya.

"Kau bukan dia" Taeyong dekatkan pistol dengan Mirae.

"Apa maksud kau?" Mirae menanya dengan suara menggigil.

Ahli yang lain turut sama ketakutan.Mereka makin lama makin jauhkan diri.

"Kau bukan perempuan tu!" Taeyong menjerit dengan kuat.

"P-perempuan siapa?Aku tak faham...tolong turunkan pistol,Taeyong"

"Kau pengacau!Kau tak patut hidup!"

Mirae cuba capai tangan Taeyong yang sedang pegang pistol.

"Aku bukan nak kau...Kenapa kau yang dapat komik tu?"

Mirae genggam tangan Taeyong.

"Dari mana kau dapat komik tu?!" Taeyong menanya.

Dia acukan pistol tu pada dahi Mirae menyebabkan Mirae membatu tak bergerak.

"A-aku ambil dari meja budak kelas sebelah waktu kelas dorang tengah PE!" Mirae menjawab.

Taeyong mengetap bibirnya.

"Apa nama sebenar budak tu?"

Mirae menangis.

"Jawab!"

Mirae masih tak dapat jawab kerana ketakutan.

"Aku akan bunuh kau kalau kau tak jawab dalam masa 3 saat" Taeyong membisik.

Tangisan Mirae makin deras.

"1" Taeyong mula kira.

Mirae masih tak jawab.

"2"

Tangan Taeyong cuba tarik picu.

"A-aku tak tahu dia siapa!"

Bang!

Badan Mirae rebah atas lantai.

Ahli yang lain pandang dengan muka terkejut.

"Tak guna.." Taeyong bisik ke dirinya sendiri.

-the end-

Aku tutup buku tu dengan muka terpinga-pinga.

Ji Mirae...Dia budak kelas sebelah aku waktu aku masih junior dekat high school....

Aku tak pernah borak dengan dia tapi memang betul...muka kami hampir serupa...

Yang bezanya bentuk muka dan kening kami...

Kening aku lebih tebal berbanding Mirae dan muka aku lebih bulat berbanding Mirae.

tapi...Aku tak pernah tengok dia ada problem pun...Dia wujud lagi...hidup sihat lagi....

Betul ke apa yang Jaehyun cakap kalau kena tembak pada kepala kita akan lupa ingatan....

Dia masih ingat pasal komik-komik sebelum ni ke?

Tapi yang boleh buat semua tu hanya Taeyong....

Kalau macam tu....

Mustahil Jaehyun boleh kalahkan Yuta dan Taeyong...

Comic 4 | NCT√Where stories live. Discover now