18-Wedding

2.2K 318 416
                                    

"Semua tu bayangan awak lah Mirae...Awak mana pernah ada abang!" Puan Ji menjerit melihat tingkah anaknya yang dah serupa macam orang gila.

"Eomma tak faham....Dia memang wujud!Macam mana ni?!Dah 3 minggu dia tak jumpa Mirae!!!!MANA OPPA!!!" Mirae terjatuh atas lantai sambil mencengkam rambutnya sendiri.

"Puan..." seorang pembantu rumah memanggil.

Puan Ji pandang pembantu rumah tersebut dengan muka tak puas hati.

"Ada invitation perkahwinan dari seseorang" pembantu tersebut memberi sampul bewarna hijau neon yang dihias dengan cantik.

Di depan sampul tersebut tertulis 'YOU ARE WELCOMED TO THE WEDDING OF LEE TAEYONG AND PARK HAYOUNG'

Muka Puan Ji berkerut.

"Tak pernah pula saya kenal dengan sesiapa nama hayoung atau taeyong"

Pembantu tersebut mengangguk.

"Tapi yang bagi tadi macam bodyguard...Rasanya orang ternama lah mereka tu"

Puan Ji cuba ingat jikalau dia ada kawan yang bernama sedemikian.

"Ahhhhhhh!!!!!!!!!!" Mirae tiba-tiba jerit.

Puan Ji memegang dadanya kerana terkejut.

"Rasanya yang nak kahwin ni kawan Mirae...tapi tengok lah keadaan Mirae ni..Dah gila...macam mana nak pergi" Puan Ji mengeluh.

"Maafkan saya puan tapi saya rasa...ada baiknya kalau puan hantar dia ke hospital untuk check masalah mental dia"

Agak sakit hati Puan Ji dengar ayat pembantu rumahnya tapi betul juga...dia risau dengan keadaan anak dia yang selalu berimaginasi seolah-olah dia pernah ada abang.

"Saya akan bincang dengan suami saya dulu"

------------------

'Jutawan muda Korea yang memiliki bisnes dari waris ayahnya,Lee Taeyong anak kepada Lee Sooman telah pun mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin dengan wanita kesayangannya.Berita ini telah menggemparkan ramai orang memandangkan Lee Taeyong kelihatan tidak teragak-agak untuk menikah pada umur 24 tahun'

'Bagi saya sejujurnya perkara ini tidak lah begitu mengejutkan.Beliau mempunyai banyak aset pada umur sebegitu jadi masa depan beliau sudah pastinya cerah.'

'Yang pastinya,Taeyong pasti amat sayang bakal isterinya.Kami dari MF News mengucapkan tahniah kepada Lee Taeyong dan bakal isterinya.Semoga bahagia!'

Aku tersenyum.

Suara dari tv je yang mampu aku dengar buat masa sekarang ni memandangkan aku tengah make up sekarang.

"Gosh!Tak sabarnya aku tengok kawan aku ni dekat luar nanti!" Donghyuck melompat-lompat gembira.

"Dah siap!" Stylist make up tersenyum tengok aku.

"Cepat!Cepat!Tinggal baju je!" Donghyuck angkat aku supaya aku bangun.

Stylist yang uruskan baju terus ambil gaun aku yang panjang.

-----------------

Appa aku tersenyum tengok aku.

"Cantiknya anak appa"

Aku ketawa.

"Appa ni macam nak nangis je"

Appa aku lap air mata dia yang bertakung.

"Tak ada lah!Hari ni hari bahagia jadi appa tak akan menangis depan kamu!"

Aku tersenyum.

"Lagi 5 saat!" Pengawal berlari kearah pintu di depan aku.

Comic 4 | NCT√Where stories live. Discover now