Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
MEDIA=
UNGKU RAFIQUE UWAISHTYARA membuka matanya. Uwarghhh!!! Sekali lagi dia berada di hospital. Bosan juga. Tyara cuba untuk bangkit tapi sakit di kepalanya menghentikan perbuatannya. Matanya terpejam. Tangan naik mengurut pelipis. Dia cuba untuk mengingat apa yang terjadi.
Mata dia terbuntang saat peristiwa di majlis Furqan segar di ingatannya. Mata pantas memandang ke arah perutnya. Tangan naik menekap di situ. Pelbagai persoalan yang menghantui fikirannya.
"Kau dah jaga? Kenapa pegang perut? Takut anak haram kau tu mati?" Soalan yang bertalu itu berdesing di telinganya.
Tyara pantas memandang ke arah figura yang duduk di sofa sambil memcerlung tajam ke arahnya. Lelaki itu? Enrique Qashrin, suami atas kertasnya.
"Anak I macam mana? Dia selamatkan?" Soal Tyara tanpa mengedahkan ayat pedas yang keluar daripada bibir lelaki itu.
"Nyawa anak kau tu panjang lagi. Tak perlu risau. Masih hidup." Sinis.
Tyara memarik nafas lega. Sekurang-kurangnya anaknya itu masih selamat. Air mata yang hampir jatuh pantas disekatnya dengan jari. Kecewa dengan tingkah laku Furqan. Terkilan. Kalau dia tahu hanya sakit hati yang dia dapat, dia tidak akan datang ke majlis itu. Furqan memang sengaja. Kalau sebelum ini dia kecewa apabila Furqan meninggalkannya, kini tidak lagi. Walaupun sukar, dia akan cuba untuk melupakan Furqan.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
RandomTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...