∆ BAB 34 ∆

1.7K 95 56
                                    

Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,

Dalam kesempatan yang singkat,

Aku tak tau namamu...


Aku tak tau bagaimana perasaanmu...

Yang kutau hanyalah lembut sapamu,


Cinta.... aku ingin mencarimu..


Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...


Kalau nantinya memang takdir,

Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔

























AKU terus menidurkan Adeena dan Adeera di dalam bilik tetamu. Aku tidak pasti kemana abang Enrique pergi sehingga jam lewat malam begini pon, wajah dia masih tidak kelihatan. Mak Minah juga sudah lama aku tidak nampak. Rumah agam ini betul-betul terasa sunyi. Yusra pula sudah tinggal di apartment bersama Tuan Malique dan anak mereka.

Melihat Adeena yang mula merengek itu terus aku tepuk perlahan punggung dia. Sudah seminggu aku terkandas di rumah agam ini. Nasib aku sudah memaklumkan pada abang Andika yang buat masa ini aku tidak dapat pulang ke istana.

Walaupun, aku masih terasa hati dengan Enrique, tapi aku tidak sampai hati untuk meninggalkan Adeena dan Adeera di rumah ini. Aku tidaklah terlalu kejam. Mereka tidak bersalah.

Aku memandang wajah polos Adeena dan Adeera yang lena itu. Bibir aku mengutum senyuman. Aku tidak dapat menahan tangan aku sendiri daripada mengelus pipi mereka yang kemerahan. Sesekali, aku mengucup perlahan.

"Kalau Dayang dah takde nanti, Tyara tolong jaga abang Enrique dengan anak-anak Dayang..."

Kata-kata Dayang kembali bergema di cuping telinga aku. Mampu ke aku jadi seorang mama yang baik kepada mereka? Dan, abang Enrique izin ke aku mahu menjaga anak-anak dia?

Satu masalah lagi apabila abang Rafique mula mengetahui rahsia yang aku simpan selama ini. Bukan main marah lagi abang Rafique waktu itu. Dia juga memaksa aku untuk menjalani rawatan segera memandangkan kanser rahim aku sudah berada di tahap 3.

Aku memandang ke wajah Adeena dan Adeera. Kalau dulu, aku sudah berputus asa untuk meneruskan kehidupan apabila anak yang aku kandung telah pergi meninggalkan aku. Tapi, kini aku sudah mempunyai alasan yang kukuh untuk meneruskan hidup. Demi Adeena dan Adeera. Walaupun mereka bukan dari darah daging aku, tapi aku tetap akan menyanyangi mereka seperti anak kandung aku sendiri.

AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)Where stories live. Discover now