Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba,
Dalam kesempatan yang singkat,
Aku tak tau namamu...
Aku tak tau bagaimana perasaanmu...
Yang kutau hanyalah lembut sapamu,
Cinta.... aku ingin mencarimu..
Semakin aku belum mengenalmu semakin aku ingin mencarimu...
Kalau nantinya memang takdir,
Kita pasti akan dalam kesempatan yang singkat pula...
💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
BIBIR aku mengukir senyuman manis. Sejak pulang selepas melawat Rafique tadi, bibir aku tidak berhenti-henti mengukir senyuman. Bahagia sungguh aku hari ni.
Tangan mula menyusun satu persatu hidangan untuk makan malam. Sempat mata aku mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding. Susah pukul 8 malam. Sekejap nanti, pasti Enrique akan pulang. Sekejap lagi?
Dalam mimpi jela. Enrique mana pernah balik awal. Mungkin sudah bosan asyik tengok muka aku je dekat dalam rumah ni. Entahlah sejak balik tadi, aku tidak nampak batang hidungnya. Lantaklah malas aku nak amik tahu. Makluman, aku kembali tinggal berdua bersama Enrique memandangkan Yusra pulang ke apartment bersama anaknya. Mak Mah pula pulang bercuti ke kampung. Dan adik iparku, bercuti ke luar negara bersama rakan-rakannya."Firqan!!! Bawa Deena dengan Deera sini. Kita makan!" Aku melaung memanggil Firqan.
Tidak menunggu lama, kelihatan Firqan yang berjalan memasuki dapur sambil memimpin Adeena dan Adeera. Mujurlaa si kembar itu sudah pandai berjalan.
Firqan terus membantu mendudukan Adeena dan Adeera di kerusi budak.
"Wah, sedapnya mama macak. Fiqan lapar. Nak makan." Ujar Firqan selepas mengambil tempatnya di antara Adeena dan Adeera. Aku hanya tersenyum sahaja.
"Kalau lapar, Firqan makan dulu. Mama nak suap dekna dan dekra makan dulu." Ucap aku.
Aku mendekatkan kerusi pada Adeena dan Adeera. Mengilai suka si kembar apabila mengetahui aku mahu menyuap mereka makan. Bubur yang suam-suam itu terus aku tiup sebelum disuapkan ke mulut kecil si kembar. Memang inilah rutin kami. Makan tanpa Enrique. Entah, aku sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini.
YOU ARE READING
AKU ISTERI JALANAN| TYARA(COMPLETED)
RandomTYARA ANIQA & ENRIQUE QASHRIN STATUS:COMPLETED Cinta.... kau datang dengan cara yang tiba-tiba, Dalam kesempatan yang singkat, Aku tak tau namamu... Aku tak tau bagaimana perasaanmu... Yang kutau lembut sapamu, Cinta.... aku ingin mencarimu.. Sema...