POST 8

952 127 87
                                    

ppiyyaa  |  2020

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ppiyyaa  |  2020



_______________________________



Aku genggam kuat tali sling bag yang aku pakai. Sekarang suasana terasa janggal.

Seperti yang dijanjikan, aku dan Jungkook sudah makan tengah hari bersama sebentar tadi. Selesai sahaja kami makan, masih lagi ada berbaki 25 minit.

Kampus dan kafe tempat kami makan pun tak jauh mana pun 5 minit dah sampai.

Jadi disebabkan kami masih ada masa terluang yang agak banyak, Jungkook mengajak aku untuk berjalan - jalan dulu di taman universiti. Katanya dia mahu lebih mengenali aku.

Pada mulanya aku tolak. Malu nak jalan dengan crush oii!

Tapi disebabkan muka macam nak nangis dia tu, aku pun turutkan. Dan sekarang ni kami langsung tak bersuara. Hapak sungguh.

" So macam saya kata, saya nak kenal awak lebih mendalam. Mind to share anything about you? " soalan mengejut daripada Jugkook menyentakkan aku.

" Ha? Pasal saya? " Mata aku sedikit membulat ketika memandang wajahnya.

Jungkook tertawa kecil melihat wajah aku sebelum dia mengangguk perlahan. " Iyalah, pasal awak. "

" Ouh. Okay. " Aku terdiam seketika. Malu.

" Erm, nama saya Kim Adrea. Tahun ni umur saya dah masuk 24 tahun. Bekas pelajar Hwangguk-Dong. Erm, saya anak tunggal. Ayah saya kerja sebagai doktor dan mak saya suri rumah. Erm, tu jelah kot. "

Aku rasa macam nak tampar pipi aku bertalu - talu. Gugup teruk gila!

Ledakan tawa terletus daripada bibir Jungkook. Aku pula yang terkebil - kebil melihatnya. Apa yang lawak? Sebab aku gugup ke tadi?

" Ya Tuhan, awak ni tengah perkenalkan diri dekat tadika ke? Macam budak - budak je lagak dia " ujar Jungkook bersama sisa tawanya.

Aku tersengih sumbing. Sebenarnya aku tak tahu nak cerita pasal apa.

" Apa kata awak tanya je saya soalan apa - apa je yang awak nak tahu pasal saya? Saya tak retilah kalau cakap on the spot ni. " Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal.

Jungkook mengangguk faham. " Patutlah. "

" Apa warna kegemaran awak? "

" Erm, pastel colour maybe. Saya tak ada pendirian yang tetap kalau bab warna ni. Kalau saya nampak cantik, cantiklah. " Aku tersengih.

" Tinggi awak? "

" 165 cm. "

" Berat? "

" Rahsia. "

" Makanan kegemaran? "

" Tangsuyuk. "

" Awak lahir dekat- "

" Jeon Jungkook, stop. " Aku berhenti daripada berjalan.

Tubuh aku dikalihkan menghadap dia yang juga turut terhenti disebelah aku. Jungkook memandang aku bingung.

" Awak kata saya perkenalkan diri macam budak tadika. Yang awak pergi tanya saya soalan biodata sekolah rendah tu kenapa? " Kening aku dijungkitkan.

" Alah, tu kan soalan basic yang saya kena tahu. Tak akan tiba - tiba je saya nak tanya awak ' single ke taken ', ' awak ada berapa orang ex ', ' bila last time awak couple'. Haaa, takkan saya nak tanya macam tu? "

Aku terpempan. Okay. Tak sangka dia pun sama bendul dengan aku.

" Hm, iyalah Jungkook, iyalah. " Aku redha. Perjalanan tadi yang terhenti aku sambung semula. Jungkook di sebelah hanya menuruti.

" Adrea, tadi kan awak ada kata yang awak bekas pelajar Hwangguk - Dong? "

Aku hanya menggumam kecil. Mata masih ralit memandang sekeliling taman.

" Saya pun bekas pelajar dekat situ. Awak tak kenal saya ke? "

" Mestilah kenal. Awak kan dulu hot stuff sekolah. Hampir semua gadis batch kita- oops. " Aku pantas menekup mulut. Seakan baru tersedar aku sudah terlepas kata.

Aku mengerling ke arah Jungkook yang sudah memandang aku pelik. Aduh, bengap punya Adrea!

" Erk, maksud saya- "

" Hari tu awak kata awak kenal saya daripada instagram. "

Jungkook memandang tepat ke arah aku. Wajahnya sukar ditafsir. Dia seperti sedang menuntut jawapan yang aku sendiri tak tahu apa soalannya.

" Erm, saya... saya- eh cantiknya! "

Aku pantas berlari ke arah pohon - pohon yang terdapat di tengah - tengah taman tersebut. Aku tersenyum girang.

Cantik. Cantik sangat.

Alang - alang tu sebenarnya aku mahu larikan diri daripada Jungkook. Mahu mengelak daripada perkara yang tak diduga tadi.

Daripada ekor mata aku nampak dia hanya berdiri tak jauh daripada aku sambil dirinya tak lepas memandang aku. Tangannya disilangkan ke dada.

Malas mahu mengambil endah, aku kembali menghayati suasana sekeliling. Biarlah dulu dia dekat situ.

Nanti kantoi semua rahsia aku.








Liked by kimtae, chiminpark, princejin and others

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Liked by kimtae, chiminpark, princejin and others

j.jungkook    have a walk with her <3

Comments are turn off



_______________________________



malam - malam gini gue hanya tahu menghanat- erm



[ Your support mean everythings <3 ]


[ C ]  Instagram  •  전정국Where stories live. Discover now