E P I L O G U E

1K 113 14
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


✦✧✧ P P I Y Y A A ✧✧✦



---------- [ ✿ ] ----------








Aku tersenyum nipis. Pemandangan pantai Songdo ini sedikit sebanyak menenangkan aku.

Cuti kali ini membawa aku pulang ke kampung halaman aku, Busan. Sedikit sebanyak memori demi memori menerjah ke kotak ingatan.

Bayu sejuk yang menghembus membuatkan aku mengeratkan lagi pelukan di badan sendiri. Padah pakai baju nipis.

Kaki aku mula basah disebabkan badai ombak yang menghempas ke daratan. Dengan aku yang hanya mengenakan selipar jepun.

Pelukan hangat seseorang menyentakkan aku. Pantas aku menoleh ke belakang

" Sorry sayang, saya terlambat. "

Jungkook tersengih tidak bersalah.

Aku mengukirkan senyuman. " Awak pergi mana tadi? "

" Saya ingatkan nak belikan awak aiskrim tadi. Tapi tengok - tengok perisa kegemaran awak dah habis. Yang tinggal hanya aiskrim kacang je. Awakkan tak suka kacang. " Jungkook memuncung.

" Tengah sejuk ni awak nak suruh saya makan aiskrim? Nak suruh saya demam? " Aku menampar lengannya perlahan.

" Kalau awak demam, saya kan ada. " Jungkook tersengih.

Aku menggelengkan kepala perlahan. Ada - ada aje dia ni.

Aku kembali membuang pandangan ke hadapan. Memandang matahari yang mahu terbenam.

Aku melentokkan kepala aku ke dada bidang milik Jungkook. Sama berkongsi rasa hangat.

Siapa sangka hubungan kami sudah sampai jangka 5 tahun. Tanpa sedar, lagi 3 bulan kami akan menjalinkan ikatan kukuh.

Kalau Jungkook tak tegur aku dulu dekat Instagram, tak mulakan langkah dengan mendekati aku di kuliah, mungkin sampai sekarang kami masih berpegang title ' stranger '.

Aku tegur dulu? Memang taklah.

Tahap malu aku macam nak tanam kepala dalam tanah.

" Sayang. "

Aku tersentak daripada lamunan. Pantas aku menggumam kecil.

" Saya sayangkan awak. "

Aku tergelak kecil.

" Saya pun sayangkan awak, Jungkook. "

Moga - moga hubungan kami kekal selamanya.








---------- [ ✿ ] ----------



Dengan gembiranya saya isytiharkan yang buku ini sudah sampai ke penghujungnya ! Huwa lega dia lain macam.

Maaflah kalau penamatnya tidak seperti yang awak semua harapkan. Saya mengaku yang ending ni memang simple gila-

Jutaan terima kasih saya ucapkan buat semua readers yang sudi luangkan masa untuk membaca, vote dan komen book ni. Jujur, korang pembakar semangat saya.

Terima kasih sekali lagi ! Kita berjumpa dekat book yang lain pulak ♡








★彡 I N S T A G R A M 彡★
ıllıllı T H E E N D ıllıllı







[ C ]  Instagram  •  전정국Where stories live. Discover now