Hanna Shauqina 4

100 8 0
                                    

Part 1

P.O.V (Hanna Shauqina)

Segalanya mengejut. Aku bagaikan tidak percaya, bertukar status di musim Perintah Kawalan Pergerakan dan bulan ramadhan pula tu! Eyi, ini semua sebab Tuan Qhafel, huh! Tak payahlah bertuan tuan bagai. Lelaki itu betul-betul tidak berkompromi dengan aku. Beberapa kali aku cuba untuk mengubah keputusannya agar tidak meneruskan niatnya bernikah pada masa terdekat ini tapi langsung tidak di layan. Malah semua hal dia aturkan semua, aku cuma tinggal tanda tangan apa-apa borang dan tunggu jadi pengantin. Qhafel Mateen selamat bergelar suami aku selepas solat maghrib tadi. Tetamu yang datang setakat mencukupkan syarat nikah. Atau lebih tepat tiada tetamu luar melainkan yang terlibat dengn pernikahan aku dengan Qhafel. Atas izin Walid, aku berwalikan wali hakim asbab kawalan pergerakan dan Walid yang tinggal jauh nun di kedah tidak dapat menjadi waliku.

Aku sedih. Puas aku video call dengan Walid sebelum akad, sebak di dada hanya Allah yang tahu. Banyak pesan yang dititipkan Walid, apa yang aku tak boleh lupa bila dia memangil namaku dengan lembut kemudian menyatakan dia sangat sayang pada aku. Allah, tidak pernah terbayang di minda aku untuk bernikah dalam keadaan sebegini. Aku sedikit terkilan bila bukan Walid yang 'menyerahkan' aku kepada lelaki lain.

Walidlah segalanya bagi aku, sejak Ummi meninggal dunia ketika aku berumur 19 tahun, Walidlah yang menjaga aku dan Hariz dengan caranya. Berkerja siang malam untuk mencari wang agar aku dapat melanjutkan pelajaran dan peroleh kerja yang baik. Sungguh besar jasa Walid, malah sehingga kini aku sudah berkerja, ada ketika dia akan bertanyakan sekiranya aku masih ada duit atau tidak. Sama seperti waktu aku berada di university.

Setiap bulan aku, tidak lupa untuk memberikan wang pada Walid meskipun sering di tolak oleh Walid, tapi aku kata, simpan untuk Hariz. Sepatutnya cuti sekolah pada bulan Mac lalu, aku sudah mengambil cuti agak panjang untuk pulang ke kampung halaman tapi tidak sangka pula kesan daripada pendemic Covid-19 ini semakin serius sehingga Perdana Menteri mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakkan.

Bunyi pintu bilik di kuak membuatkan mata aku teralih kearah bunyi. Encik Bos masuk bilik yang aku huni sejak minggu lalu. Aku memandangnya dengan kening berkerut. Bukankah dia kata, tidak akan tinggal dengan aku sepanjang PKP ini? Tapi kenapa bos boleh ada di bilik yang sama dengan aku, aku taulah bilik yang aku tinggal ini asalnya bilik dia, tapi hal ini sudah di bincangkan minggu lalu. Kan?

" Bos buat apa dekat sini?" soalku, seperti biasa bibir aku ni memang tiada sekatan. Apa yang aku fikir memang akan terus keluar di mulut. Susah untuk aku kawal. Hanna, Hanna. Desisku.

Qhafel pandang aku dengan muka bekunya. Aku pula masih mengekspresikan riak tanda tanya besar di kepala.

" Dah malam saya malas nak drive balik rumah." Ujarnya selamba kemudian berlalu menuju ke bilik air meninggalkan aku terkesima. Malas?! Jauh sangat ke rumah bos? Soalku dalam hati.

Tiba-tiba bulu roma aku mencanak sebaik sedar yang Encik Bos akan tinggal sebilik dengan aku malam ini! Argh, Tidakk!! Aku memang cintakan Qhalef tapi tidak adalah sedrastik ini perubahan hubungan kami. Entah-entah bos tak suka aku pun. Ini realiti tau, bukan seperti novel-novel kawin paksa yang aku pernah baca. Berkenal pun atas dasar status bos dan pekerja apatah lagi bercinta. Tak sempat bercinta tup-tup nikah macamni. Boleh gila aku kalau terus fikir.

Aku sudah tidak senang duduk, sekejap ke hulu sekejap ke hilir. Sekejap duduk di sofa yang memang ada di dalam bilik, kemudian sekejap lagi duduk di birai katil. Ish! Tak sanggup aku sebilik dengan bos, segan. Walidd~ rengekku dalam hati.

Bunyi pintu bilik air terbuka, cukup buat kaki aku lemah. Aku terus pandang Encik Bos, eh Encik Suami yang keluar dengan hanya bertuala separas pinggang!

" Opocot!" latahku sebaik mata menjamah pemandangan 'baik punye' di depan mata. Segera aku tekup mata dengan kedua telapak tangan. Apa yang kuat di ingatan aku ialah six pack Qhafel. Terasa melayang-layang di matanya. Aduh! Susah begini.

" Bos, bos tidur tempat lain lah. Sa.. saya tak biasa sebilik dengan lelaki." Ujarku berani tapi masih dengan mata tertutup. Sempat aku tergagap. Aku menanti respon dari Qhafel tapi krik-krik! Yang aku dengar bunyi orang salin pakaian sahaja.

Aku dengar derap langkah semakin mendekat kearah aku, pantas aku menujuk ke sofa tanpa mengangkat wajah. Sampai di sofa aku duduk kemudian memandang Qhafel dengan muka innocent. Qhafel? Memandang aku sambil mengosok rambut basahnya dengan tuala kecil.

" Hanna cakap apa tadi? Tak dengar." Soal Qhafel dengan muka selamba. Aku sudah membuat muka. Geram! Penat-penat kumpul kekuatan untuk bersuara tadi alih-alih boleh dia kata tak dengar.

" Saya taknak stay sebilik dengan bos, tak biasa. Lagipun boskan dah janji nak stay tempat lain sepanjang PKP ni." Kataku kemudian mengungkit kembali perbincangan kami minggu lalu. Ialah, manatau Qhafel ni jenis pelupa. Atau buat-buat lupa!

" Ow, start esok. Malam ni saya penat. Jadi saya nak stay kat sini." Sekali lagi Qhafel menjawab selamba. Seolah-olah tidak faham ketidak selesaan aku. Eyii, geram.

" Tak nak laaa, kan dah janji." Aku separuh merengek bila Qhafel sudah melabuhkan punggung di birai katil. Bos ni biar betul. Muka masam aku pamer, siap memeluk tubuh sengaja tunjuk protes. Serius aku tak selesa, aku rasa tadi macam kawin main-main je.

Tiba-tiba Qhafel berdiri menuju kearah aku, spontan aku berdiri tegak bersedia melarikan diri. Kenalah bersedia, Qhafelkan lelaki, nanti dia nak buat macam-macam dengan aku boleh aku cabut dulu. Aku tak sedia lagi untuk 'di apa-apakan'!

Muka masam aku sudah berubah muka cuak. Gerun tengok Qhafel yang memandang aku seperti hendak telan orang. Kosong tapi sangat tajam. Aku tidak tunggu lama, dek rasa terancam segera mencari ruang untuk menjauhi. Belum sempat aku pergi jauh aku rasa ada tangan melingkar di perut aku.

Saat itu ku sudah rasa jantung aku hendak gugur, nak menangis pun ada. 




Kisah Hati KitaWhere stories live. Discover now