5

44 1 0
                                    

MALAM ITU aku tersangatlah lapar sehingga aku tidak tahan untuk tunggu esok pagi. Aku keluar dari bilik dan meluru ke dapur untuk mencari makanan walaupun aku tahu Kak Mel akan halau aku.

"haa kau buat apa sini? Nak mencuri?" fitnah Kak Mel. Kan betul aku cakap. Aku pura-pura tidak mendengar terus mencapai  2 bun berinti butter di atas meja makan itu.

"Eh kau ambik apa tu?" Kak Mel menghalang jalan aku. Aku segera melanggar bahu kanannya untuk ke bilik aku. Dia tergamam sebentar.

"Oi budak kurang ajar nanti kau siap aku kerjakan!!" Kak Mel menjerit dari luar pintu bilik aku yang dikunci oleh aku tadi. Puas hati, jangan pandai nak memijak orang yang lemah sister!

Ting! Ting! Ting!

"Siapa spam chat kat aku tu astagahh nak makan pun susah" bebel aku sendiri lalu mencapai telefonku di atas katil.

+60 13-854 xxxx

Oi
Oi
Nurin

Siapa ini?

Shahensem

Oh, kenapa Shah? Ada apa-apa ke?

Aku rindu kau hahaha

Sewel kau ni

Esok kitarang dah balik,
nak jemput tak?

Aku rasa tak kot Shah,
tak ada transportlah

Kak Mel?

Malas

Esok dating jom hahaha
jom jom

Tak kuasa!
Mana dapat nombor aku ni?

Tak penting sayang
Yang penting dah dapat chat

Yelah tu

Save haa number aku
Shahensem

Yelaa..

Sayang, dah makan ke?

Tak makan. Diet huhu

Orang kurus macam
kau pun diet?

Ye.. Kalau tak ada apa-apa
aku off lu, esok sekolah

Eh lupa alamakk
Baru nak oncall

Lain kali. Bye

Selamat malam sayang

Perbualan antara aku dan Shahrul terhenti di situ apabila ku rasakan mataku tiba-tiba mengantuk. Ku simpan roti tadi ke dalam satu container untukku simpan stok makanan senyap-senyap. Selepas itu aku terus lelap dalam mimpi.

***

NURIN mempamit untuk tidur selepas itu. Entah mengapa aku rasakan yang sesuatu berlaku di sana. Segera aku buang perasaan itu jauh-jauh.

"Shah, kau dari tadi termenung je aku nampak pakaian kau dah susun ke?" tanya Irfan. Attacker dalam pasukan GARUDA FC. Alhamdullilah, rezeki tidak salah alamat pasukan kami dapat mengalahi pasukan lawan semalam walaupun hanya friendly match. Syukur kepada Tuhan!

"Eh aku dah simpan lamanya dari semalam lagi" jawab aku. Irfan hanya menggelengkan kepala melihat perlakuanku itu.

"Shah, kau tak tidur lagi ke?" tanya Nabil menyergah aku dari depan. Nampan gaya macam dia baru habis mandi malam

"Belum ngantuk do Bel" jawab aku singkat. Nabil mengambil tempat disebelah aku sebelum berbicara.

"Kau ada benda nak bagitahu aku ka?" tanya Nabil tiba-tiba. Hati aku dah dupdap dupdap kat sini.

"erk tak adalah Bel, kenapa?" tanya aku lagi kepada Nabil. Kali ini dia menarik nafas panjang sebelum berkata.

"Aku nak nasihatkan kau je, kalau kau betul-betul ikhlaskan suka adik aku buat cara ikhlas tau. Aku tak suka kalau kau suka dia tapi at the same time, kau suka orang lain" kali ini aku tersenyum lebar dalam hati. Adakah Nabil merestui hubungan aku dengan adik dia?

"Ye Nabil. Aku ingat"

"Dia tu keras hati tau Shah, kau mesti try hard nak hati dia. Dia masih budak tu, SPM pun tak lama lagi dia ambil. Jangan menyesal sudah" kata Nabil kepada aku. Selepas itu, dia pergi kembali ke biliknya untuk menyusun baju untuk esok hari.

.

Tbc..

DEMI DIAWhere stories live. Discover now