Part 19

330 40 17
                                    

Irene dan Junmyeon keluar berbelanja seperti yang dijanjikan kepada Aeri

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Irene dan Junmyeon keluar berbelanja seperti yang dijanjikan kepada Aeri. Mereka membelikan apa sahaja yang diinginkan oleh anak gadis itu.

Irene seronok melayan telatah Aeri sementara Junmyeon memerhati sahaja. Bodyguard disekeliling mereka.

Ada ramai orang yang mengambil foto mereka secara senyap. Mungkin kerana mereka sudah terkenal sekarang.

"Aeri, nanti jaga mainan ni elok-elok ya? Kalau omma nak bagi balik pun, jangan dengar. Cakap yang ini unnie dengan ahjussi yang hadiahkan." ujar Irene.

Aeri yang sedang menilik mainan barbie menoleh seraya mengangguk.

"Unnie bila nak bagi adik pada Aeri?" soal Aeri, tiba-tiba.

Irene terkejut. Petah pula budak ni bercakap. Dia tersenyum kekok.

"Aeri tahu ahjussi dengan unnie tu dah kahwin. Sebab tu korang tidur sebilik. Sebab tu Aeri tanya," jelasnya.

Aeri memegang pipi Irene yang ketika ini sedang mencangkung. Ianya diusap-usap lembut oleh tangan kecilnya.

"Kalau ada adik, mesti unnie tak payah rindukan Aeri lagi dah. Omma cakap, bila ada bayi lahir, dia akan disayang sepenuhnya oleh ibu bapanya macam Aeri. Bayi tu pelengkap kepada sesuatu hubungan.."

Irene tercengang. Anak Jongdae ni betul ke berumur enam tahun? Macam tak logik dek akal saja.

"Aeri tak suka tengok unnie dengan ahjussi tak mesra macam ni. Aeri dah besar sebab tu Aeri tegur."

Dia kembali menilik mainan yang diinginkannya. Irene pula terkedu. Kenapa budak-budak sepertinya lebih matang darinya?

Tapi, Aeri tak faham akan hubungan mereka. Aeri tak pernah tahu kenapa Junmyeon dan Irene boleh berkahwin. Aeri dan semua orang tak pernah tahu.

Dan tak akan tahu.

...

"Penat sangat tu sampai tertidur.." ujar Junmyeon kepada Aeri yang sedang tidur didalam dakapan Irene.

Irene menepuk-nepuk belakang Aeri dengan senyuman pendek. Kata-kata Aeri masih tergiang-ngiang difikirannya.

Whenever you ready
Whenever you ready
Can we? Can we, surrender?

Lagu yang bermain diradio mengalihkan perhatian Irene. Irene kembali teringat akan janji kepada kakaknya untuk membalas dendam.

Tapi dah lama ianya berlaku, masih belum ada langkah pertama daripada Irene.

Satu mesej memasuki telefonnya. Irene membuka mesej tersebut dan ianya dihantar daripada Chanyeol.

'Kami perlu jumpa puan a.s.a.p'

'penting!'

Junmyeon mengambil Aeri daripada Irene sehingga membuatkan gadis itu terkejut. Dia tercengang saat melihat bagaimana Junmyeon mendodoikan Aeri semula.

Irene mengelamun seketika. Tak mungkin lah dia dah jatuh hati dengan sikap Junmyeon sedangkan selama setahun lebih dia mengabaikan lelaki itu.

Ya. Tapi setahun itu tanpa bersemuka kerana Irene memilih untuk tinggal dirumah yang berasingan. Sehinggalah sekarang, baru mereka boleh bersama. Bersenggang mata. Melihat sesama sendiri. Kenal satu sama lain.

'How can I surrender now when you're the one that broke me, Jun.. I won't surrender first. No matter how much I like you, it won't change the fact that you killed my sister.. which is sucks..'

'How i which it's never happened..'

"Kenapa, Rene?" tanya Junmyeon saat Irene sibuk merenungnya.

Gadis itu menggeleng perlahan dan mengalihkan pandangan. Dia merenung jalan raya yang kini basah dengan air hujan. Matanya dipejam.

Irene membuka matanya saat terasa sesuatu melindungi badannya. Jaket milik Junmyeon kini berada padanya.

"Aku tak nak kau sejuk.."

Sejujurnya, Irene malu untuk mengakuinya sekarang. Hatinya dah sedikit luluh buat Junmyeon.

She's a loser. Bad loser. Bad bad loser.

Irene melentokkan kepalanya pada bahu Junmyeon. dia terbuai dengan suasana sejuk yang membuatnya mengantuk.
Junmyeon mengalihkan tangannya dan menarik Irene ke dalam pelukannya. Dia tersenyum pendek.

...

Sehun dan Sooyoung tak bercakap selama beberapa hari sebaik sahaja pulang dari majlis di syarikat O2 Group. Makanan yang dimasak oleh Sooyoung pun Sehun tak jamah.

Lelaki itu hanya pulang ke rumah untuk mandi dan kembali keluar. Tak menyapa Sooyoung langsung. Rumah ini seolah-olah hotel sekarang.

Itu membuatkan Sooyoung sedih. Dia rasa bersalah sekarang. Dia patut jujur dengan Sehun dari awal lagi.

Sooyoung menangis. Teresak-esak sehinggakan boleh didengari diseluruh pelusuk rumah. Sayangnya, tak ada siapa yang boleh menenangkannya sekarang.

Sooyoung memeluk lututnya dan membenamkan wajahnya ke situ. Tolonglah sesiapa datang kepadanya sekarang. Dia perlukan seseorang.

Sementara itu, Sehun masih lagi di pejabat. Tak ada tanda-tanda dia akan pulang ke rumah buat masa sekarang. Dia masih tersinggung dengan Sooyoung.

Dia tak tahu kenapa dia bersikap begini seolah-olah telah ditipu oleh kekasih. Yang pasti, dia tak mahu bersemuka dengan gadis penipu itu.

Satu mesej masuk. Mesej yang tidak penting. Ianya menghidupkan telefon Sehun sehingga menampakkan background telefon lelaki itu.

Ianya gambar Sooyoung yang sedang memasak didapur. Sehun merenungnya, lama.

Kilat sambar-menyambar. Hujan mulai turun. Sehun melempar telefonnya ke dalam laci dan meneruskan kerjanya.

Mengabaikan Sooyoung yang berkemungkinan sedang ketakutan dirumah.

to be continued

(C)Rich Man, Poor Girl (Vengeance) |Surene|Onde histórias criam vida. Descubra agora