Part 43

324 42 20
                                    


Note : Sorry ah banyak skip part. Kim takde idea sebenarnya time Junmyeon dalam mahkamah etc. Astu skip setahun dua tahun bla bla. Nampak sangat aku pemalas 😂



Pagi-pagi lagi, Irene sudah pun bangun untuk membersihkan rumahnya. Tak disangka, Taehyung juga sudah berada disana menunggunya, di luar rumah. Irene pada mulanya terkejut, namun dia gagahkan diri menegur lelaki itu.

"Taehyung? Buat apa awal-awal macam ni?" Soalnya. Irene sudah pun siap mandi ditandas awam berdekatan rumahnya.

Taehyung tersengih-sengih memandangnya. Tangannya yang sejuk, dihembus dengan nafasnya sendiri untul memanaskannya.

"Saya datang nak periksa awak. Lagipun bahaya perempuan sorang-sorang," jawabnya. Kening Irene terjongket.

"Habistu tak bahaya kau dengan aku ni?" Soalnya. Wajah Taehyung berubah.

"Awak fikir saya jahat?" Tanya Taehyung. Irene menjongket bahu.

"Kau lelaki."

Wajah Taehyung pucat. Lantas, dia menggeleng laju.

"Aniyo! Saya tak jahat! Sumpah, saya tak akan buat apa-apa yang jahat! Saya bukan lelaki macam tu!" Terangnya, takut sekiranya Irene menjauhinya. Irene tergelak kecil.

"Masuklah. Aku buatkan kopi," ajaknya. Taehyung kembali bersemangat.

"Tapi, Irene. Saya tak minum kopi."

Irene menoleh dan menjelingnya tajam. Orang bagi air pun patut bersyukur.

"Teh. Aku buat teh," Ujarnya. Taehyung mengangguk. Lelaki itu memandang sekeliling. Rumah ini tidaklah seteruk dahulu.

Dindingnya dah ditampal elok dengan kayu hutan. Cuma, perlu bina semula lantai yang sudah pun berubah warna kepada hitam dan sambung bumbung sahaja. Rasanya, dinding pun kena bukak balik sebab dia tak yakin dengan hasil kerja Irene.

Kemudian, dia perlu beli peti sejuk, televisyen, kipas atau penghawa dingin, mangkuk tandas, dapur baru dan sebagainya. Tapi yang lebih utama adalah, pasang elektrik.

"Saya dah bincang dengan halmeoni. Kitorang akan bawa semua perkakasan tu harini juga," maklum Taehyung. Irene menoleh.

"Aku ingatkan korang tak jadi nak bagi."

"Kenapa tak jadi?"

"Kau memang slow eh? Aku bukan keluarga kau. Kenapa korang beria nak tolong ni?"

Taehyung memandang Irene, lama.

"Kau orang kampung ni. Sebab itu kami tolong,"

"Really? Kalau aku ni lelaki, agaknya nenek kau akan bersungguh-sungguh tolong tak?"

Taehyung tak menjawab. Irene menghulurkan air kopi dengan cawan kertas kepada Taehyung.

"Tolong ke tidak?" Soal gadis itu lagi.

"Mestilah! Aku tahu apa yang berlaku pada kau, Rene. Aku tengok berita. Aku bersimpati—" Taehyung cuba untuk memegang tangan Irene namun cepat-cepat Irene mengelak.

"Aku tak balik untuk minta simpati, Kim Taehyung." Tegas Irene. Wajahnya semakin beku.

"Sorry. Aku ikhlas nak bantu."

Irene tersenyum sinis.

"Teruskan guna perkataan aku. Aku tak selesa bila kau bahasakan diri saya. Kita ni beza setahun je, Taehyung."

"Kau senyum macam tu cantik. Macam manalah agaknya kalau kau betul-betul ikhlas senyum ya? Macam bidadari tak?"

"Kalau kau nak tahu, cubalah buat aku senyum."

    Selama tinggal dikampung, Irene dan Taehyung sentiasa melepak bersama. Lelaki itu tak habis-habis dengan lawak bengapnya. Irene yang pada awalnya agak serabut dengan kehadiran Taehyung, kini tak betah pula kalau tak mendengar suara Taehyung.

Mereka hampir sepenuhnya siap membina semula rumah lama Korea milik keluarga Bae itu. Yang pasti, ianya nampak hampir serupa seperti keadaan sebelum diserang negara api.

Irene tak membenarkan Taehyung memberikan perkakasan elektrik kerana menurutnya, dia boleh gunakan tempayan sahaja sebagai peti sejuk. Televisyen pun bukan dia tengok pun. Aircond? Nah. Korea dah sejuk. Kecuali kipas, dia ada beli satu yang kecil.

"Kau ni degil kan? Kalau bosan nanti nak tengok apa?"

"Tengok diri sendiri jelah."

"Asal pulak?"

"Sebab diri aku ni dah cukup menarik untuk dipandang. Cerita dalam tv tu semua tak setanding."

Taehyung menunjal kepala Irene sehingga membuatkan Irene hampir terjatuh. Mereka sedang menikmati ramen sekarang diluar rumah diatas pondok kecil.

"Perasan nak mampus!"

"Dengki lah tu." Irene menggulingkan matanya dan tidak mempedulikan Taehyung lagi. Sementara itu, Taehyung membuka telefon untuk memeriksa sosial medianya.

Dia terbeliak saat melihat berita yang pertama sekali terpampang diskrinnya.

"Rene. Kim Junmyeon dah bebas," ujar Taehyung sambil menghalakan telefonnya kepada Irene. Irene tersedak.

"Huh?"

Irene membaca berita tersebut dan terus memandang Taehyung.

"Baguslah kan? Bekas suami kau dah bebas."

Irene diam. Taehyung dan Puan Kim masih belum tahu yang dia dan Junmyeon masih belum bercerai. Irene pun malas nak menjelaskannya.

Irene mengangguk. Tak selesa dengan pandangan Taehyung sekarang.

"Aku harap dia tak minta kau balik pada dia." Ujar Taehyung, tiba-tiba.

"Kenapa?" Irene mengerutkan dahinya.

"Sebab aku tak nak hilang kawan aku."

Entah Irene perasan atau apa, tapi dia rasa yang perkataan kawan yang dimaksudkan oleh Taehyung itu lebih dari sekadar kawan.

...

How Far I'll Go - Alessia Cara

Junmyeon mengepal tangannya saat keretanya memasuki kawasan kampung Irene. Ini kali pertama dia datang ke sini. Tak pernah sekali pun dia datang sewaktu bersama Inna dulu.

Junmyeon berdebar-debar. Matanya sesekali memandang GPS dan melilau-lilau mencari kelibat Irene. Keretanya masuk ke dalam lorong yang agak kecil dan berlumpur. Sampai disatu tahap, keretanya sudah pun tidak dapat melepasi lorong kecil tersebut.

Junmyeon terpaksa keluar dan mengangkat beg bajunya sendiri. Habis kasut mahalnya dikotori dengan lumpur.

Junmyeon tak mengalah. Biarkan beberapa kali dia tergelincir dan terjatuh. Seluruh tubuhnya kini diselaputi lumpur dan daun-daun kering juga melekat menutupi mukanya.

"Sikit je lagi," kata Junmyeon kepada dirinya sendiri. Dia tak faham kenapa waktu-waktu sebegini, lumpur masih ada. Padahal tak hujan pun tadi.

Tapi dia teruskan lagi perjalanan. Macam manalah Irene boleh berjalan sendiri balik ke rumah? Dia tak boleh bayangkan.

Irene ni manusia atau bukan?

Tak lama kemudian, dia ternampak serobong asap yang mengeluarkan asap dihadapannya. Mata Junmyeon bersinar-sinar sekarang. Kakinya melaju kehadapan.

Tibanya dia, dia ternampak sebuah rumah kecil yang comel berdiri kukuh disana. Bunyi seorang gadis ketawa kedengaran.

Namun, ianya terhenti saat gadis itu terpandang Junmyeon. Cawan ditangannya terjatuh.

"Irene—"

"Bigfoot?!"

to be continued

(C)Rich Man, Poor Girl (Vengeance) |Surene|Where stories live. Discover now