Part 36

386 50 52
                                    

"Unnie dah bangun?" Soal Wendy selepas melihat Irene yang sudah pun tersedar dari pengsannya

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Unnie dah bangun?" Soal Wendy selepas melihat Irene yang sudah pun tersedar dari pengsannya. Gadis itu nampak bingung. Wendy terus menerpa dan duduk ditepi katil.

Dia menarik tangan Irene dan meletakkan pek pemanas didalam tangan Irene. Tak semena-mena, tubir mata Irene bergenang lagi.

"Wen.. aku.."

"Unnie.. Wendy dah tahu."

Irene tak dapat menahan dirinya lagi. Dia terus menangis. Kerana kesian, Wendy terus memeluk Irene. Tak semena-mena, Wendy pun turut sama menangis. Dia tak boleh bila tengok ada orang menangis. Dia sensitif.

"Wen.. aku nak jumpa Junmyeon. Aku nak minta maaf. Wen.. tolonglah.." Rayu Irene. Baju Wendy digenggam kuat. Wendy mengangguk-angguk laju.

"Ye. Wendy tolong. Unnie jangan nangis lagi ya?"

Wendy mengelap air mata Irene dengan ibu jarinya. Walaupun Irene agak menjengkelkan pada awalnya, tapi Irene dah serupa kakak kandung bagi Wendy. Irene sebenarnya seorang yang penyayang. Cuma, tak ada orang yang nak menyayangi dia.

"Sekarang. Unnie pergi mandi dulu. Seulgi dah siapkan sarapan." Ujar Wendy. Irene mengerutkan dahinya.

"Dah berapa lama aku tidur, Wen?"

"Dah-dua hari.."

Irene tak nampak terkejut. Lagipun, berita yang dia terima itu terlalu berat buatnya. Wendy bangun dan menutup semula pintu bilik Irene.

Saat dia berpaling, Chanyeol sudah pun berada dibelakangnya, lengkap berpakaian uniform polis. Terus Wendy pergi dan menyembamkan wajahnya ke dada Chanyeol.

"Dia akan okey." Pujuk Chanyeol sambil mengelus rambut Wendy.

Seulgi yang berada didapur menjeling sambil tersenyum. Dia selesai menghidangkan pinggan dan makanan keatas meja. Kemudian, satu mesej daripada telefonnya berbunyi.

From : Jongin
Seul, masih marah aku?😿

To : Jongin
Bila je aku tak marah dengan kau?

Pabo namchin

...

Jiah melangkah masuk ke dalam bilik Junmyeon. Saat ini, lelaki itu sedang berdiri ditepi tingkap, memandang pemandangan Seoul setelah lamanya tidak kembali ke sini.

Junmyeon kacak orangnya. Jiah tak nafikan. Bahkan dia sebenarnya menyimpan perasaan pada lelaki ini. Lelaki yang telah menjadi sahabat baiknya buat sepuluh tahun lamanya. Sebab itu, dia bengang bila dapat tahu apa yang Irene buat.

Kalau dia lah, dia tak akan jadi degil dan dengar penjelasan Junmyeon dahulu supaya tak jadi bodoh. Tapi, mana dia faham.

(C)Rich Man, Poor Girl (Vengeance) |Surene|Donde viven las historias. Descúbrelo ahora