CYKB:50

9.4K 446 163
                                    

RUANG balkoni sentiasa menjadi tempat dia meraung, menangis, termenung dan berangan sejak hari dia ditolak mentah-mentah oleh Raziq

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

RUANG balkoni sentiasa menjadi tempat dia meraung, menangis, termenung dan berangan sejak hari dia ditolak mentah-mentah oleh Raziq. Setiap hari dia berfikir di mana kurangnya dia.

Tak cantik? Aku comel apa, cantik pun cantik. Muka bersih dari segala jenis jerawat dan jeragat. Jahat? Aku baiklah! Baik ke? Dirinya menyoal kembali.

Perut yang semakin membesar diusap. Dalam fikirannya hanya Raziq. Nama Raziq. Muka Raziq. Perangai Raziq. Kenangannya dulu bersama Raziq. Segalanya tentang abang Raziq.

Tanpa sedar, air matanya mengalir deras. Sejak peristiwa keramat itu, dia langsung tak keluar bilik. Makan pun tidak. Mandi, jarang sekali. Sudah masuk 3 hari dia tak isi perut dengan makanan. Seleranya hilang. Dia mahukan Raziq datang memujuk tapi, lelaki itu langsung tak datang macam masa dulu-dulu.

Teringat pula pada waktu dia dimarahi oleh uminya kerana keluar rumah waktu sedang hujan lebat. Waktu itu jugalah, Raziq datang memujuk bersama cokelat di tangan. Itulah sifat Raziq, pandai mencairkan hati perempuannya dengan senyuman, pujukan dan kata-kata manis.

Perempuan mana aje tak suka bila dilayan sebegitu rupa? 99% perempuan akan jatuh cinta. Selebihnya, mungkin perempuan itu tiada hati dan perasaan.

Kamilia Hazel pandai pilih lelaki tetapi kenapa bila pilihannya sudah terbaik, dihalang pula oleh orang lain. Dipaksa untuk mencintai lelaki yang dibenci. Bala sungguh kenal dengan Ungku Harraz!

"Hazel... buka pintu ni. Hazel dah dua hari tak makan. Daddy risaulah macam ni." Suara Dato Kusyairi yang lembut bersama ketukan dipintu mematikan lamunan Kamilia Hazel.

Pintu biliknya dipandang sekilas sebelum sambung menangis. Dia tak mahu jumpa sesiapa.

Beberapa ketukan berbunyi lagi dan dia sudah bingit. Dah kalau orang tak nak tu, janganlah paksa! Baru saja dia mahu menengking, orang yang mengetuk pintu bersuara memujuk.

Macam kenal suara tu.

"Hazel... bukalah pintu ni. Aku datang ni," ujar si dia yang bersuara lembut.

"Uncle cakap kau dah dua hari tak makan. Kau kenapa? Baru kena reject ke apa? Ceritalah dekat aku," sambung suara itu lagi.

Kamilia Hazel berjalan pantas menuju ke pintu biliknya. Dia membuka pintu lalu memeluk tubuh kawan baiknya itu.

"Syifa!" Terhambur tangisannya yang semakin menjadi-jadi.

Tak sangka Syifa akan datang. Ya, dia memang perlukan seorang sahabat untuk kongsikan cerita. Syifa mengusap belakang Kamilia Hazel sebelum menolak bahu gadis itu memandang wajahnya.

"Apa hal kau ni? Ya Allah, dengan mata bengkak. Hingus meleleh. Apa dah jadi dengan kau ni?"  Syifa risau melihatkan keadaan Kamilia Hazel yang tidak terurus.

Dirinya sendiri tidak pasti apa sudah jadi dengan Kamilia Hazel. Apa yang umi dan daddy beritahunya adalah selepas hari ambil keputusan SPM hari itu, Kamilia Hazel balik dan terus kurungkan diri di dalam bilik.

Cinta Yang Kau Benci✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora