CYKB:53

9.7K 432 40
                                    

KAIN basah dilapkan pada badan Ungku Harraz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAIN basah dilapkan pada badan Ungku Harraz. Dari kepala sehinggalah kaki. Tak pernah terlintas di kepalanya untuk menyentuh badan Ungku Harraz yang suam-suam panas itu. Jujur, walau dalam keadaan begitu, Ungku Harraz masih nampak kacak walaupun masih ada kesan calar dan luka besar yang semakin kering di muka dan badannya.

Bibir yang pucat itu, Kamilia Hazel sentuh lembut. Bibir itu pernah mencium pipinya sewaktu malam dia marahkan Ungku Harraz kerana koyakkan gambarnya dengan Raziq. Bila fikir balik, tergamak dia berbuat begitu kepada Ungku Harraz sedangkan terang-terang tindakannya salah.

Tidak sepatutnya dia lihat gambar dia dengan lelaki lain sedangkan dia punya suami.

Rambut lelaki itu diusap perlahan. Matanya ralit melihat setiap inci wajah suaminya yang terbaring kaku.

Sudah sebulan berlalu. Ungku Harraz masih tidak sedarkan diri. Kamilia Hazel sentiasa datang ke hospital semata-mata untuk melawat suaminya. Mereka saling bertukar tempat untuk menjaga Ungku Harraz. Tapi, selalunya memang Kamilia Hazel lah yang beria-ia nak jaga suami sendiri.

Dia mahu tebus kesilapannya kepada Ungku Harraz sebelum ini. Sekali gus, ingin dapatkan kemaafan dari semua orang yang terlibat dengan Ungku Harraz.

Kamilia Hazel pula, kalau sudah diberi peluang untuk jaga suami yang sakit, sehingga tidak sempat ingin ambil peduli makan dan minum sendiri.

Pernah sekali, dia pengsan akibat tak makan seharian. Dah tu, terpaksalah dia tadah telinga dengar Raziq membebel kepadanya.

Orang cakap tak mahu dengar. Ikut sangat keras kepala yang diwarisi oleh uminya itu.

Alhamdulillah, Amelya dan Amanda membesar dengan baik setakat ini walaupun mereka memang kuat meragam lagi-lagi bila waktu malam. Tak cukup tangan dia nak menjaga si kembar. Akhirnya, dia buat keputusan agar Syifa duduk di rumahnya dan jagakan kembar bila dia ke hospital untuk melawat Ungku Harraz.

Nasib menyebelahinya bila Syifa setuju. Si Syifa tu kalau dah berjumpa dengan Amelya dan Amanda, habis digomolnya sehingga dari bau wangi bayi bertukar jadi bau masam. Syifa... Syifa...

Kamilia Hazel menggelengkan kepala tanpa sedar. Sekarang, mesti Syifa sedang menghadap bayi-bayinya yang kuat meragam. Lantak kaulah Syifa. Nak sangat jadi 'Ibu Ifa' kan? Bukan senang tahu nak jaga dua bayi satu masa.

Kamilia Hazel dan Syifa pun memang kerap bergaduh disebabkan jadual mengurus bayi yang tidak teratur. Si Syifa salahkan Kamilia Hazel. Kamilia Hazel salahkan Syifa balik. Kadang-kadang tu sampai bergaduh bawa lari kembar ke rumah masing-masing. Syifa bawa balik Amelya ke rumahnya manakala Amanda, Kamilia Hazel yang jaga. Haru betul!

Itu waktu pertama kali Kamilia Hazel menjaga anak-anaknya. Bukanlah umi dan daddy tak membantu. Mereka siap tawar diri lagi nak jadi babysitter kembar tetapi Kamilia Hazel yang menolak. Katanya mahu belajar berdikari sendiri. Tidak mahu susahkan sesiapa lagi.

Cinta Yang Kau Benci✔️Where stories live. Discover now