"Terima kasih untuk masanya. Jika saya ada masa kita berborak lagi. Tapi ada meeting yang saya perlu hadiri..."pamit Azzalea pada Aaron sebelum masuk ke dalam kereta.
Aaron dan Luna beri tunduk hormat sedikit menghantar Azzalea pergi.
Setelah kereta wanita itu jauh dari situ, Luna terus tampar dada Aaron tanpa amaran.
PAP!
"Auw."aduh Aaron sambil pegang dada dengan kening mencerun.
"Did you lost your mind!"bentak Luna sejurus itu. "Marry with you?Memang tak la saya nak setuju. Awak tahu tak apa yang akan berlaku sekiranya ada yang tahu mengenai latar belakang saya nanti!"marah Luna sekuat hati di depan muka Aaron. Lelaki ni tak fikir after effect sekiranya mereka berdua berkahwin. Bukan saja nama baik Aaron akan terjejas, Aaron akan ditimpa masalah kerana libatkan diri dengan Azzalea.
"Kenapa tak boleh pulak?"tanya Aaron bingung-bingung.
"Sebab saya tak nak ada kaitan dengan awak la!"deram Luna dengan bengang.
Aaron relaks je. Dia sikit pun tak terkejut atau terasa. Malah tersenyum suka lagi tu bila nampak Luna naik angin macam tu.
"Awak tak nak.. Tapi saya nak....lagipun bukan ke ini yang awak nak masa kita dekat kolej dulu?"
Luna lepaskan dengusan tak percaya dengan soalan itu.
"We done okay. Saya dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan awak lagi!"luah Luna.
Aaron cekak pinggang sebelah kiri sambil dekati Luna. "Dah tu kenapa awak setuju dari awal tadi?"
Luna pandang Aaron dengan kening mencerlung tak puas hati. Tak pasal-pasal rosak pula rancangan dia nanti. Lagipun dia nak buatkan Azzalea terima dia dan gunakan kepercayaan Azzalea. Sebab itu dia setuju depan mama tirinya. Nak cipta imej yang dia seorang anak yang baik.
Tapi sekarang ni, dia nak Aaron sendiri yang batalkannya supaya imej baik yang dia cipta takkan terjejas.
"Just cancel it. Apa saja rancangan awak tu, saya nak awak batalkannya!"Luna tunjal dada Aaron dengan jari telunjuk kuat-kuat. "Saya tak nak berkahwin dengan awak apa lagi bersama dengan awak!Titik!"
Aaron pegang pergelangan tangan Luna lalu di bawa turun ke sisi Luna,sakit ditunjal macam tu. "Why you hated me so much?Where my old Luna...my bubbly and happy lover?"soal Aaron dengan perlahan.
Luna terus tepis tangan Aaron jauh dari lengan dia bila perutnya memulas taktala bersentuhan.
"She dead five year ago!"desis Luna depan muka Aaron sebelum berpaling hendak masuk semula ke dalam.
Aaron pandang belakang Luna masa wanita itu naik tangga untuk ke pintu masuk rumah agam tersebut.
"Kalau awak tak nak terima lamaran ni, saya tak boleh bantu selamatkan syarikat ayah awak, Luna."maklum Aaron dengan nada seriusnya.
Langkah Luna terhenti serta merta, dengan teragak-agak, dia pun berpaling. "Apa awak kata?"dia pandang Aaron dengan kening berkerut.
Aaron lepaskan keluhan panjang sewaktu berdiri tegak menghadap Luna. Tapi tidak mendekat."Mama awak minta pertolongan saya untuk pinjamkan dia 10 juta bagi bantu syarikat papa awak yang sedang alami krisis sekarang ni."
Mulut Luna terbuka sedikit kerana terkejut.
"Mama saya jual saya pada awak hanya kerana sejumlah wang?Itu maksud awak?"soal dia dengan nada tak percaya.
"Bukan, dia tak pernah tawarkan awak, tapi ianya permintaan saya sendiri. Saya akan bantu syarikat ayah awak sekiranya dia izinkan saya berkahwin dengan awak..."
Rasa macam nak maki hamun je sekarang ni! "Yang awak cadangkan macam tu dah kenapa!Awak ingat saya ni apa!"marah Luna sekuat hati. Tak cukup ke dengan apa yang Aaron dah buat dekat dia. Jangan la ditambahkan lagi.
Aaron kepal penumbuk keberangan. Dia tak tahan diperlakukan macam ni dengan Luna. Bukan salah dia semua ni menimpa Luna!"Awak tak boleh marahkan saya Luna...awak sendiri yang tak beri saya peluangkan untuk jelaskan semuanya dari awal...saya tak pernah tinggalkan awak...apa lagi lupakan awak..!" Aaron pula yang meninggikan suara
Kening Luna mencerun marah.
"Peluang apa lagi?Peluang awak tu lama dah tiada sejak awak biarkan saya dalam penjara macam tu je!Sekali pun tak pernah lawat saya! Apa lagi bela nasib saya!"bentak Luna pula.
Enough!Dia tak tahan di persalahkan lagi.Dengan renungan marah Aaron cerunkan keningnya."Itu sebab mama awak larang saya lawat awak ke penjara Luna. Dia siap buat surat mahkamah yang mana melarang saya jenguk awak apa lagi bantu keluarkan awak dari situ. Lima tahun Luna...lima tahun saya bersungguh untuk berjumpa dengan awak!" luah Aaron dengan seberangnya. Hinggakan urat lehernya tegang dan nafasnya naik turun kencang.
Luna terpempan.
Apa?!
Terkedu dia dekat situ. Mata dia perlahan-lahan mula mengumpulkan air mata di kelopak. Azzalea punca semua ni?
Kenapa nenek sihir tu tak henti-henti hendak rampas semua orang yang dia sayang dari hidupnya?
Aaron pandang penuh kecewa akan Luna.
"Bukan awak seorang je yang sakit...saya pun sama."ucap Aaron dengan nada terkilan. "Sama ada awak setuju ataupun tidak, perkahwinan ni tetap akan berlangsung. Sebab apa yang saya buat adalah hanya untuk tuntut semula hak saya yang telah dirampas sejak lima tahun lepas."Aaron kemudiannya berpaling ke arah kereta dan masuk ke dalam perut kereta tanpa pandang Luna buat kali terakhir.
Luna hanya berdiri dekat situ sehinggala kereta Aaron gerak pergi dari laman tu.
Dia pandang kereta tu menjauh bersama linangan air mata di pipi.

ESTÁS LEYENDO
13. Luna Alana
Ficción GeneralDalam cerita dongeng Snow White diberi epal beracun oleh ibu tirinya yang cemburu akan kecantikan dia dan mahukan kematian dia untuk menjadi yang tercantik. Tapi Luna Alana beri 'epal beracun' kepada ibu tirinya kerana mahu balas semula akan kejahat...