22.

1.5K 108 3
                                    

"Oh my goodness...you came!"seru Mama Aaron dengan gembira sebaik lihat pasangan muda yang berjalan masuk ke dalam ruang tamunya.

Tanpa berlengah parent Aaron bangun dari duduk mereka untuk sambut dua orang tersebut.

"Luna...akhirnya. Dapat juga bertemu dengan kamu."sapa Papa Aaron sewaktu mendekat.

Luna beri anggukan hormat pada sapaan itu dengan senyuman nipis di bibir. Ya...lama sampai dia sendiri rasa malu nak berhadapan dengan mereka. Sudah la dirinya ini bekas banduan.

Aaron dekat sebelah tersenyum senang, dia pegang belakang badan Luna untuk dorong Luna ke depan sewaktu mereka jalan mendekati ibubapanya.

Mama Aaron depakan tangan sewaktu dekat dengan Luna dan tarik tubuh itu dengar erat ke badannya."Oh honey...i miss you so much." sebutnya dengan sebak.

Terpejam mata Luna sebaik tubuh dia di peluk buat kali pertama sejak dia keluar dari penjara. Ini la kali pertama dia rasa perasaan hangat yang sangat menenangkan buat ke sekian kalinya.

"Mama dah dengar semuanya dari Aaron sejak berita kamu masuk penjara tersebar...maafkan kami sebab gagal bantu kamu..."luah mama Aaron dengan sedih.

Papa Aaron gosok belakang isterinya dengan senyuman sedih. "Betul tu Luna...Aaron dan kami cuba hendak keluarkan kamu tapi mama tiri kamu lebih berpengaruh dari kami jadi kami tak mampu hendak lakukan apa-apa selain menunggu."

Luna angkat tangan lalu membalas pelukan itu. "It's okay...Luna tak apa-apa. Lagipun semuanya dah selesai."pujuk dia.

Mama Aaron pun lepaskan pelukan. Dia jarakkan diri dari Luna sambil seka air mata. "Lepas mama dengar dari Aaron, mama minta dia untuk bawa kamu ke sini...mama tahu kamu tak buat semua tu...jadi jangan risau. Kami tetap terima kamu jadi ahli keluarga kami."

Luna dan parents Aaron sama-sama rapat sejak Luna bersama dengan Aaron. Malah mereka sudah menganggap Luna seperti keluarga sendiri. Kerana itu mereka gelarkan diri mereka secara casual dengan Luna.

"Terima kasih..."senyum Luna dengan dada yang sebu. Ikutkan hati mahu je dia menangis dan meraung pada mama Aaron mengadu segala yang dia simpan selama ni seperti anak kecil tapi dikawal sebaiknya. Dia bukan Luna yang cengeng seperti dulu."Luna malu dengan mama dan papa sebab dalam keadaan macam ni mama dengan papa still tak lupakan Luna."dia tak nak nampak lemah atau kasihan depan mereka. Untuk itu dia terpaksa telan semua tu bulat-bulat walaupun sakit.

Mama Aaron capai tangan kanan Luna lalu dipegangnya dengan kedua-dua tangan. "Tak ada apa yang kamu nak malukan. Kami kenal kamu lebih dari orang lain. Baik buruk kamu kami kenal. Lagipun tak lama lagi kita akan jadi keluarga sebenar....dan untuk itu mama ada sediakan jamuan kecil untuk kamu sempena pembebasan kamu dan juga perkahwinan kamu dengan Aaron.."maklum Mama Aaron sambil tersenyum lebar.

"Betul tu Luna....kenapa kamu lambat?"soal Papa Aaron sambil pandang anak lelaki dia. "Bukan ke papa ingat kamu jemput Luna ke sini terus?"

"Ha'ah. .kamu berdua keluar dating dulu ke?" tanya Mama Aaron pada Luna pula.

Sambil menggerutu dalam hati Luna tarik senyuman manis di bibir. "Aaron bawa saya pergi fitting wedding dress dengan cincin itu yang lambat."jawabnya.

Mama Aaron serta merta buat muka tak faham sewaktu pandang ke Aaron.

Sementara Aaron dekat sebelah Luna dah geleng kepala laju halang mama dia dari bercakap.

Mama Aaron kembali memandang Luna. Tidak menghiraukan isyarat yang diberikan oleh Aaron."Setahu mama wedding dress dan cincin kamu sudah pun selesai di tempah dan di uruskan...untuk apa lagi Aaron bawa kamu ke situ?"soal Mama Aaron dengan kening berkerut.

Luna yang dengar terus tersentak membuka mata luas.

Excuse me?

What?

Seriously?

Ke dia salah dengar ni?

"Aaron...kamu sakat Luna ya?"deram papa Aaron setelah menyedari apa yang sedang berlaku.

Luna jeling geram ke Aaron. Lelaki ni kan! Memang nak kena jawabnya nanti. "Betul ke apa mama awak cakapkan tadi?"soal Luna di balik ketapan gigi.

Aaron palingkan muka ke arah lain sebelum gerak pergi dari situ cepat-cepat. "Ahh...laparnya. Mama masak apa ya?"dalih dia.

Papa Aaron ketawa kecil melihat kerenah anak lelakinya itu. "Ada-ada je la Aaron. Maaf la  ya Luna.."

Mama Aaron rangkul lengan Luna lalu pimpin Luna untuk gerak ke ruang makan. "Ahahah...hiraukan Aaron...baik kamu lepak dengan mama je."

Masih berasa jengkel, Luna perhatikan saja belakang badan Aaron yang sudah jauh di depan. Berani betul!Habis tu siang tadi dia habiskan masa berjam lamanya tak ada fungsi la. Si Aaron tu saja nak membuang masa dia satu hari ni!

Grrrrr!

13. Luna AlanaWo Geschichten leben. Entdecke jetzt