💔Bab 1🖤

233 40 64
                                    

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


🖤

Milo disisip sedikit dari hujung cawan kerana masih panas.Roti bakar digigit sambil mata aku leka membaca surat khabar.

"Omma,selamat pagi!"

Ucapan selamat pagi diucapkan kepada omma yang sedang berjalan menuju ke meja makan.

Belum sempat omma melabuhkan punggung di kerusi,aku bingkas bangun daripada kerusi dan terus memeluk omma.

"Omma,Yoongi rindukan omma sangat-sangat.Dah dua bulan kita tak jumpa.Omma rindu Yoongi tak?"ujarku sambil merehatkan kepala di bahu omma.

Fikirku,omma akan memeluk aku semula.Jangkaan aku meleset nampaknya.

Omma tidak memeluk aku kembali.Dia malah menolak badan aku kasar.

"Jangan sentuh aku dengan tangan malang kau.Aku tak suka kau peluk aku.Aku jijik."

Omma menjeling aku sekilas lalu dia mengatur langkahnya kembali ke meja makan.

Hati aku terluka yang mendengar kata-kata sinis omma dibiarkan sahaja.Aku dah terbiasa dengan kata-kata omma sebegini.

"Omma,macam mana dengan misi ketenteraan omma di Amerika Syarikat dua bulan lalu?Okay?"soalku mengambil berat.

Bunyi cawan diletak kuat ke meja jelas menandakan omma sedang marah pada aku.

"Siapa suruh kau duduk semeja dengan aku?Nanti tak pasal-pasal malang kau melekat pada aku pulak."

Tidak sempat aku mahu berkata apa-apa,omma terlebih dahulu beredar dari meja makan.

Air mata yang menanti masa untuk jatuh dikesat.Aku tak boleh lemah.

Aku kena kuatkan hati untuk buat omma dapat terima aku.

"Tak apa,Yoongi.Aku tahu kita boleh buat ni.Hari ni mungkin kau tak berjaya nak ambil hati omma.Tapi hari esok masih ada.Fighting dearself!"tekadku penuh keazaman.

💔🖤

"Daechwita daechwita ja ullyeora daechwita.Daechwita daechwit-"

Nyanyian sumbang aku terhenti tatkala mata aku menyaksikan adegan buli membuli di hadapan aku.

Seorang pelajar perempuan dengan tag nama Min Yoonji ditolak kasar ke lokar besi pelajar.

Beberapa pelajar perempuan yang lain menarik rambutnya lalu menghentak kepalanya ke lokar.

"Woi!"

Jerkahan aku mengalihkan perhatian pembuli-pembuli itu kepada aku.Yoonji yang teruk dipukul turut memandang aku.

"Kau siapa?Kenapa?Kau nak tolong betina tak guna ni?Jangan masuk campur kalau kau tak nak aku pecahkan muka kau."ugut pelajar perempuan dengan tag nama Chunseo itu.

[OG] Love Virus | MYGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang