12 ☀

338 57 0
                                    

                            

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                            

Jungkook dan Jimin yang baru tiba di cafe itu segera mencari kelibat seseorang.

"Hah tu dia. Jom." mata mereka terpaku ke arah satu meja. Tanpa dipinta kerusi ditarik lalu terus melabuhkan punggung.

"Lambatnya korang berdua ni." kata Taehyung sambil matanya tajam memandang mereka berdua. Sudah lah dua gelas air disedutnya.

"Alaa lambat 20 minit je. Tak payah kecoh." balas Jimin. Jungkook pula hanya tersengih.

"Ada apa panggil kitorang ni Tae?" tanya Jungkook. Jus apple yang baru tiba tadi disedutnya laju.

"Aku dah tak boleh tunggu lagi dah. Aku kena bertindak cepat." Taehyung mula merapatkan kerusi ke meja.

"Apa benda ni Tae? Aku tak faham." ujar Jimin. Pelik dia dengan ayat Taehyung.

"Aku nak korang siasat rakaman CCTV hotel tu. Aku yakin ada orang serang aku haritu. Kalau korang tak nak buat upah lah siapa-siapa pun."

"Serious Tae?" tanya Jungkook pula.

Taehyung mengangguk.

"Aku akan bagi details hari aku kena serang tu. Dan aku nak secepat mungkin."

"Kalau betul kau kena perangkap Tae, apa kau nak buat dengan Hyera?" tanya Jimin. Jungkook juga memandang Taehyung disebelahnya.

"I don't know yet."


"Hyerin..." terus aku menoleh. Aku tersenyum sekilas.

"Marilah minum dulu. Mummy dah buatkan." sofa aku dekati lalu melabuhkan punggung disitu.

"Mummy tak perlu lah nak layan Hyerin macam tetamu. Rasa janggal pula." ujar aku. Yalah mummy layan macam aku ni orang luar pula.

Mummy hanya tersenyum.

"Tak apa lah. Air je pun. Hyerin tak masuk office harini?" aku hanya menggeleng.

"Masuk lewat sikit. Daddy mana mummy? Sejak akhir-akhir ni Hyerin tengok daddy jarang masuk office." Balas mummy.

"Daddy busy dengan kawan dia dari Amerika tu. Ada projek katanya nanti. Entahlah mummy tak ambil tahu sangat."

Aku hanya mengangguk sahaja. Air tadi diteguk seketika.

"Hyerin..." aku terus mengangkat muka.

"Em?"

"Are you really fine? Mummy bukan apa I'm just worrying you sayang." aku hanya melemparkan senyuman sedikit.

"Of course. I'm totally fine mummy. Don't worry okey?"

Jam ditangan ditilik sekilas.

"Eo dah hampir pukul 10 pagi dah. I have to go now." aku memeluk mummy seketika.

"Nanti Rin datang sini lagi jenguk mummy okey?"

Mummy hanya mengangguk.

"Yalah. Hati-hati drive."


Hyera masih menunggu kedatangan seseorang di suatu sudut. Hampir 20 minit juga dia menunggu.

Terasa kerusi dihadapan ditarik. Segera diangkat wajah putih bersihnya.

"Ada apa sampai nak kena jumpa aku?" rengusan kasar lelaki itu sedikit pun tidak dihiraukan.

Hyera menghela nafas.

"I'm pregnant your child."

"So? Good then. Teruskan buat Taehyung percaya yang kau mengandungkan anak dia." mudah sahaja Rowoon berkata.

"And by the way aku dah tahu tempat tinggal Hyerin." sinis dia berkata. Terbuntang mata Hyera mendengarnya.

"Aku dah penat dengan semua ni. Tolong berhenti kacau diorang berdua. Aku tak nak kal-"

"Kau siapa nak halang aku Hyera? Kau pun bukannya baik sangat pun. Tch."

Dipandang jijik wajah lelaki dihadapannya ini.

"Memang aku bukannya baik sangat. Tapi aku tak sekejam kau Rowoon. Jangan dekat dengan Hyerin lagi atau aku...

akan bagitahu Hyerin perkara sebenar." sejurus berkata sebegitu Hyera terus beredar dari situ.

Manakala Rowoon,dia sedikit pun tidak gentar dengan ugutan wanita itu.

"Tch ingat aku takut. Apa yang aku nak mesti dapat. Apatah lagi perempuan macam Hyerin. Heh."

Telefon bimbit milik Taehyung asyik berdering dari tadi. Dia keluar dari bilik air. Tubuhnya yang dibaluti bathrobe itu diketatkan sedikit. Rambut basahnya diraup kasar.

Handphone di atas meja kecil dicapai.

Jimin

"Hello Jimin. Ada info apa-apa tak?"

"Tae aku dah dapat rakaman CCTV yang kau nak. Aku dengan Jungkook tengah tunggu kau. Rumah aku. Datang cepat ." ujar Jimin dihujung talian.

"Okey tunggu aku situ. Aku datang sekarang."

"Alright." Panggilan dimatikan.

T-shirt hitam dicapai lalu disarungkan ke tubuh. Setelah dirinya sudah tampak kemas, Taehyung membuka pintu bilik.

"Taehyung awak nak kemana malam-malam ni? Saya dah siapkan dinn-"

"I'm out for a while. Sorry." pantas sahaja tubuhnya menghilang.

Hyera disitu hanya kaku. Sejak tinggal bersama Taehyung 2 minggu lalu, lelaki itu tidak pernah menjamah langsung hidangannya. Jujur dia agak terasa. Tetapi ini adalah pilihannya sendiri. Jadi dia harus terima jua walaupun perit.



-

On-hold kejap. Nak completekan fanfic Sweet Lies dulu. Thankyou

[C] Only You ; TaehyungWhere stories live. Discover now