24 ☀️

271 35 8
                                    

                                 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                 


Setelah selesai mengemas pakaian, bagasi merah aku letakkan ditepi katil. Hari ini kami akan berpindah ke rumah yang Taehyung beli buat kami berdua. Kondo yang aku diami sebelum ini pula akan dijual nanti.

Aku bergerak ke meja solek lalu menilik diri sendiri. Dress kuning cair paras lutut cukup sesuai dengan tubuh aku yang kecil ini.

Bunyi deringan telefon diatas meja aku capai. Unknown number? Siapa ni ? Nak angkat ke tak? Baru sahaja aku mahu slide ke atas, panggilan sudah dimatikan. Eh? Namun satu mesej pula baru masuk sedikit memeranjatkan aku.

+60111××××××
Aku rindu kau sayang.

Aku telan liur. Siapa ni? Hatiku berdetak laju bagai ada yang mengejar dari belakang. Pantas sahaja aku delete terus mesej tersebut. Risau jika Taehyung terbaca nanti.

"Sayang?" hampir sahaja terlepas telefon ditangan. Dadaku urut sedikit.

"Hey okey tak ni?" soal Taehyung apabila aku tidak menjawabnya tadi. Pantas aku mengangguk.

"Muka awak pucat sayang. Kenapa ni?" aku menggeleng laju.

"T-tak ada apa. Awak dah start enjin kereta dah?" Taehyung mengangguk. Namun wajah aku masih dipandangnya pelik.

"Jom turun bawah. Mummy dengan daddy dah tunggu dekat bawah tu." ajak Taehyung seraya menggapai tanganku. Sebelah tangan lagi menarik bagasi untuk dibawa turun.

Namun fikiranku masih teringat soal tadi. Siapa lelaki tadi?


"Sayang, saya nak keluar kejap jumpa Jungkook dengan Jimin. Awak nak ikut?" soal Taehyung seraya mendekati aku yang sedang mengeluarkan beberapa helai pakaian untuk dimasukkan kedalam wardrobe.

"Tak kut. Saya nak kemaskan pakaian ni. Awak tak pergi lama pun kan?" Taehyung tersenyum manis.

"Ya kejap je. I'll be back before 5 p.m. okey?" aku ketawa kecil lalu mengangguk.

"Alright."

"Bye." pipiku menjadi mangsa ciumannya.

"Bye. Take care." aku hanya pandang kelibat Taehyung yang semakin hilang. Entah kenapa perasaan aku sedikit resah. Ada apa ya?

"Jangan fikir pelik-pelik Hyerin. Positive je okey?" hembusan nafas aku lepaskan perlahan. Pelbagai andaian yang bermain difikiran aku abaikan.


Hari ini aku mahu mencuba resipi baharu memandangkan Taehyung masih belum balik. Ada lagi sejam sebelum dia balik. Sempat lagi ni. Peti ais yang sudah terisi dengan pelbagai bahan basah dan sayuran aku buka sedikit luas.

Beberapa jenis sayuran aku keluarkan bersama seekor ayam yang sudah dibasuh bersih. Tanganku mula mencapai pisau sederhana besar untuk memotong sayur. Namun kedengaran bunyi loceng dihadapan.

Rasanya tak ramai yang tahu kami baru berpindah sini. Takkanlah Taehyung dah balik? Awal lagi ni...

Pisau aku letakkan perlahan-lahan diatas papan pemotong lalu bergerak ke pintu utama.

Buka sahaja pintu, aku memandang sekeliling. Mana orangnya? Pintu pagar yang sedikit terbuka membuatkan aku pelik. Seingat aku Taehyung tutup je gate tadi. Budak-budak ke yang main tekan loceng ni?

Baru sahaja mahu melangkah masuk kedalam semula, kakiku seperti tersepak sesuatu. Kotak apa ni?

Buka dekat dalam je lah. Kotak hitam itu aku bawa masuk kedalam. Aku mengambil tempat di sofa panjang lalu meriba kotak tersebut.

Rebennya aku buka perlahan-lahan sehingga terurai. Dan akhirnya kotak itu terus terlepas ke bawah. Melihat isinya sahaja sudah cukup memualkan aku. Terasa bagai mahu keluar isi perut.

Siapa yang hantar tikus mati yang masih berdarah ini?

Kepalaku mula terasa pening dengan bau yang kurang enak. iPhone diatas meja aku capai lalu nombor Taehyung aku dail pantas. Sesuatu yang bergelojak ditekak aku abaikan. Aku perlu call Taehyung...

Apabila panggilan bersambung, pantas aku menekup sedikit mulut. Bau dari kotak itu semakin kuat.

"T-taehyung, balik cepat... A-ada orang hantar-" panggilan terus terputus. Tidak sempat untuk aku berkata lebih apabila tubuhku sudah jatuh kebawah. Namun dapat aku lihat samar-samar bayangan seseorang yang aku tidak kenali berjalan menghampiri aku. Siapa dia?

Rowoon tersenyum puas. Finally...

"I miss you sayang..." kotak hitam tadi ditendangnya laju entah kemana. Tubuh Hyerin yang sudah pengsan itu dipandangnya lalu didekati rapat. Bibirnya tersenyum sungging.

Wajah gadis itu didekatinya lalu diusap lembut sehingga terhenti dibibir mungil milik Hyerin. Tubuh gadis itu dibawa ke sofa lalu dibaringkan.

Tangannya dibawa ke perut gadis itu lalu diusap perlahan. Matanya memandang tepat ke arah mata yang masih terpejam itu.

"Kau patut mengandungkan anak aku Hyerin. Bukan lelaki tu." bisiknya lembut. Baru sahaja baju gadis itu mahu diselaknya, kedengaran enjin kereta dari luar.

"Tak guna. Lelaki tu dah balik. Tch."

"I'll come again then." sempat bibir gadis itu diciumnya sekilas.

                              

Hshhshs nk unpub boleh tak 😐

[C] Only You ; TaehyungWhere stories live. Discover now