Bab 25

5.3K 339 35
                                    

Sambungan Chap 24 :

Benar bagai dijangka, pulang ke rumah, sudah ada satu mesej dari Li di telefonnya.

Abang Li >> Tak sudi tengok Abang Li ya?

Piah >> ...............

Abang Li >> Nak taip mesej pun tak sudi dah?

Piah >> ...........................

Abang Li >> Tak apa lah. Biar Abang Li translate sendiri bahasa dot dot dot Piah tu.

Piah tersenyum seorang. Bahasa dot dot dot?Ada saja akal Li untuk membalas. Kali ini Piah tidak dapat menahan diri. Terus dihantar balasan.

Piah >> Apa hasilnya?

Abang Li >> Setelah dialih bahasa, ayatnya berbunyi macam ni. PIAH RINDU NAK TENGOK ABANG LI, TAPI PIAH MALU. ESOK BARU PIAH NAK TENGOK PUAS-PUAS.

Piah jelir lidah. Membuat gaya hendak termuntah. Li memang tidak tahu malu!

Piah >> Yang lelaki mana boleh ikut rombongan meminang.

Abang Li >> Abang Li tak ikut rombongan tu. Abang Li datang kemudian naik motor. Nak ambil satu gambar dengan Piah.

Piah >> Tak payahlah!

Abang Li >> Eh, perlulah Piah. Nanti Abang Li nak hantar bagi bomoh untuk guna-gunakan Piah.

Piah >> Abang Li ni gila ya?

Abang Li >> Abang Li nak minta bomoh tu buat supaya Piah gilakan Abang Li sama macam mana Abang Li gilakan Piah.

Piah >> Lawaklah sangat!

Abang Li >> Kalau tak lawak, kenapa Piah senyum sorang-sorang?

Bibir Piah yang sedang tersenyum terus kaku. Ditoleh kepala ke sekeliling bilik. Ada kamera tersembunyikah di dalam biliknya?

Abang Li >> Abang Li boleh nampak Piah dengan mata hati.

Ceh! Ada saja ayat romantik tak menjadi dari Li!

Piah >> Buang sikit perangai merapu tu. Piah tak mahu kahwin dengan orang mereng!

Abang Li >> Mereng Abang Li hanya boleh hilang lepas kita kahwin je Piah.

Kali ini Piah biarkan saja mesej Li tidak berbalas. Sebabnya, Piah sudah malu sendiri. Panahan cinta Li menusuk-nusuk hatinya. Membuatkan Piah nanar seketika.

Abang Li >> Jumpa esok Sayangku Sufi =)

Piah cuma membalas di dalam hati.

Jumpa esok Sayangku Ramadhan..

.

SEMASA menyarung cincin, Cik Yah menarik Piah masuk ke dalam pelukannya. Terus tergantung niat Piah mahu menyalam tangan bakal mertuanya itu.

"Terima kasih sudi terima anak Cik Yah."

Terkebil mata Piah mendengarnya. Bukankah Piah yang sepatutnya mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima Piah yang serba serbi kurang ini.

"Piah yang patut ucap terima kasih," ujar Piah perlahan semasa berlaga pandang dengan Cik Yah.

"Li kata, nanti dia menyusul lepas kami semua balik. Dia pesan jangan tukar baju dulu. Nak bergambar."

Bibir Piah automatik mencebir. Habis dicanang ke satu dunia tentang hajatnya mahu bergambar bersama Piah. Tebiat agaknya!

"Piah tunggu ya? Cik Yah pun nak tengok juga gambar kamu berdua."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ramadhan Tiba (✔)Where stories live. Discover now