9

3.8K 258 0
                                    

APABILA lelaki itu memusingkan sahaja tubuhnya ke arah kami, anak matanya yang berwarna emerald green lantas tertombak ke dalam anak mataku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

APABILA lelaki itu memusingkan sahaja tubuhnya ke arah kami, anak matanya yang berwarna emerald green lantas tertombak ke dalam anak mataku. Aku juga terperanjat kerana tidak menyangka yang kami akan berjumpa lagi pada hari ini. Dan dia juga jelas kelihatan terkejut. Mungkin kaget kerana aku telah menyaksikan adegan mesra dia dan Amber sebentar tadi. Ataupun dia tidak menjangka kehadiranku ke rumah teman wanitanya pada petang ini.

Mataku jelas menangkap wajah lelaki itu sudah pun pucat. Jikalau ditoreh menggunakan pisau pasti tiada darah. Kemudian, lengannya dipaut oleh Amber. Mereka mengatur langkah menuju ke arah kerusi yang diduduki oleh aku dan Ayuni.

Senyuman segaris kuhadiahkan buat pasangan sejoli di hadapanku ini.

"Dear, kenalkan ni Izara Sofea and ni Ayuni," ucap Amber ramah. Tangannya diunjukkan kepada aku dan Ayuni.

Aku dan Ayuni membalasnya dengan mengangguk dan tersenyum.

Dari ekor mata, lelaki itu masih lagi diam tidak berkutik. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Reaksinya itu mengundang geli hatiku.

"Farrel Alexander," getusku seraya tersenyum.

Sepasang mata milik Ayuni dan Amber lantas terarah kepadaku apabila nama yang terdiri daripada dua aksara itu menyapa gegendang telinga mereka.

"Kenal ke?" tanya Amber dengan kerutan di dahi.

Dalam hati, aku sudah mengagak bahawa Amber pasti mengesyaki bahawa aku dan lelaki bermata hijau di hadapanku ini mempunyai hubungan.

Maaflah Amber, Farrel bukan taste saya, bisik hatiku.

"Kenal. Kami pernah berjumpa semasa di kampus. So, Izara Sofea, welcome to our house. Amber is my beloved sister," ucap Farrel seraya mememautkan tangannya ke bahu Amber. Kemudian kedua-dua mereka tertawa kecil.

"Huh, sister. Really?" kini giliran Ayuni pula yang bertanya.

"Yes, adik saya." Kemudian, dia sudah pun melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengan kerusi yang diduduki oleh aku dan Ayuni.

"Awak muslim ke, Farrel?" soalku berhati-hati apabila melihat lelaki itu kemas berkopiah dan berkurta.

"Ya, Farrel muslim. But I'm non-muslim. Saya ateisme, takde pegangan. But lately, saya ada belajar sikit-sikit mengenai Islam dengan Ayuni. And honestly, saya rasa senang dengan ajaran Islam," terang Amber. Seusai menuturkan kata tersebut, tangannya ditarik ke dalam genggaman Farrel. Senyum manis dihadiahkan buat lelaki yang berada di sisinya.

Aku dan Ayuni cuba mencerna matlumat yang baru kami dengar pada ketika ini. Farrel agamanya Islam, adiknya ateisme. Agaknya ibu bapa mereka beragama apa ya?

Seketika, aku dan Ayuni tersentak apabila kedua beradik di hadapan kami menghamburkan tawa.

"I think, there has a misunderstanding at here," ucap Taylor dengan tawa yang tersisa.

Mr. VS Miss Designer (C)Where stories live. Discover now