38

3.8K 221 0
                                    



KEDINGINAN terasa sehingga mencucuk tulang. Meskipun gebar tebal sudah menyelubungi tubuh, kedinginannya masih jelas terasa. Aku cuba mencelikkan mata. Keadaan di luar masih gelap.

Jam dinding yang tergantung di hadapanku kukerling sekilas. Lagi lima belas minit azan subuh akan berkumandnag. Aku cuba menukar posisi pembaringan. Namun gagal apabila berasakan ada tangan kasar melingkari pinggang.

Apabila tersedar sepenuhnya, mataku terbuntang luas. Automatik peristiwa malam semalam terlayar di ruang fikiran. Darah merah mula menyerbu wajah. Aku memberanikan diri meneliti wajah yang terhampar di ruang mataku kini.

Wajah putih kemerahan bak buah jambu air masak ranum itu ditatap. Rambutnya yang menutup dahi kuselitkan ke belakang telinga dengan berhati-hati. Kening yang terletak elok di atas birai mata diusap perlahan-lahan. Bulu keningnya terbentuk kemas seakan disisirkan.

Segenap wajahnya kuperhatikan. Pernah di fikiran terlintas, produk apakah yang digunakan olehnya? Tiada sebarang cela dan jerawat pun kelihatan pada wajahnya. Kulit mukanya juga terasa mulus dan tegang.

Perlahan-lahan jariku meleret ke hidung mancungnya. Akhirnya, jariku mendarat ke celah rekahan bibirnya. Bibir separa tipis berwarna kemerahan itu menandakan tiada sebatang rokok pun pernah dilayutkan di situ. Bibir merah itu membuat jantungku berkocak hebat. Hatiku mendesak supaya aku terus mengusapnya lembut. Dari jarak ini, desahan nafasnya jelas terasa membelai pipi. Kehangatan badan seakan dikongsi bersama.

Aku mengucup bibir merahnya dengan berhati-hati. Setelah itu, aku cepat-cepat menjauhkan wajah dari wajahnya. Bibir menguntum senyum kecil apabila desah nafas Danial tenang sekali pada ketika ini.

Pada mulanya, tatkala mata dibuka wajah lelaki itu sudah pun terhampar luas di ruang mata. Mujur sahaja aku tidak menjerit.

"Dah puas usap bibir aku?"

Sekonyong-konyong, suara parau serta gemersik itu menyentakkanku. Namun, matanya masih terkatup rapat. Cepat-cepat aku mengalihkan tangan dari wajahnya. Tetapi, tindakan lelaki itu lagi pantas. Tanpa sempat aku mengalihkan tangan, dia sudah pun menyambar jari jemariku lalu dipegang dengan kejap.

Sekali lagi, jantungku menerima tekanan yang mengejut. Kini, kedua belah matanya tepat-tepat menjamah wajahku yang terkulat-kulat pada waktu ini.

"Hey budak kecik, aku tanya ni..." tanya Aiman Danial bernada meleret. Jari jemariku kini dilekapkan pada dadanya yang agak terdedah.

"Err... Tak tak... Eh dah!"

Tergagap-gagap aku pada waktu itu kerana otakku sudah tidak mampu berfikir apa-apa lagi. Kelenjar adrenal menghantar hormon adrenalina dengan baik sekali. Mana tidaknya, peluh sudah pun berasak-asak mahu meloloskan diri dari liang-liang roma.

Dengan pergerakan yang perlahan, tangannya yang sebelah lagi merangkul pinggangku erat. Kini, aku sudah pun tersembam di dalam pelukan gagahnya. Bau maskulinnya membuatku berasa selamat dan dilindungi.

"Kasahamnida."(terima kasih)

Ucapan penghargaan yang meluncur dari bibirnya amat ikhlas kedengaran di telingaku. Ubun-ubunku dikucup olehnya.

"For what?"

"Kesudian kau jadi isteri aku."

Seketika, daguku ditolak memandang wajahnya. Dahi kami bertemu. Aku terkesima dengan tindakan drastiknya.

"Zara, promise with me..." Kata-katanya terhenti seketika. Pandangan matanya sudah pun berubah rentak. Bukan pandangan menggoda ataupun pandangan mengejek pada kebiasaannya. Ia seperti pandangan yang penuh emosi.

Mr. VS Miss Designer (C)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن