Bab 1

3 0 0
                                    

Selepas terbongkar segala kisah keluarganya.

Puan Sri Wahidah membuat keputusan agar Aisyah duduk dirumahnya.Dan sudah pasti dia membenarkan Aisyah melawat keluarga sebelah sana.Puan Sri Wahidah mahu mengenal anaknya yang seorang itu dengan lebih rapat.

Hubungan Aisyah dan Alisya semakin rapat memandangkan mereka sama-sama menghidap penyakit jantung dan mendapatkan rawatan bersama-sama.

4 tahun kemudian

Alisya sudah memeluk tubuh.Barangkali geram dengan sikap kakak kembarnya.

"Aisyah Humairah binti Tan Sri Hisyam."Alisya sudah bercekak pinggang melihat kembarnya yang masih sibuk menghadap komputer riba dengan 'ear pod' masih ditelinganya.

Aisyah mendegus.'ear pod' ditelinga dia cabut "Sya nak apa sebenarnya?"

"Boleh tak Aisy bersiap lawa lawa.Lepas tu kita turun okay.Aisy jangan buat hal ya!Tahun ni dah lah first time kita buat birthday party sama-sama.Siap okay!Sya tunggu tau.Kalau dalam 20 minit Aisy tak siap.Sya sendiri heret Aisy keluar."

"Yaaaaa!!!!!Jap lagi Aisy siaplah."dia menolak Alisya dari biliknya belum sempat dia menutup,pintu Alisya menahan.

"Aisy....jangan nak lari okay.Kalau tak,sya akan hancurkan projek Boufe~ aisy."Sempat lagi dia mengugut kembarnya itu.

"Ya..dah..keluar.keluar."nasib baiklah adik aku,kalau tak.huh!!

Hari ini merupakan pertama kali dia menyambut ulang tahunnya bersama Alisya secara besar-besaran.Sudah berkali-kali kedua orang tuanya ingin memperkenalkannya kepada kawan-kawan mereka.Namun dia menolak,dia tidak mahu hal ini dibesar-besarkan kerana dia masih belum sedia.Nampaknya tahun ini dia tiada pilihan lain,sampai bila dia mahu bersembunyi.

...............

Malam itu meriah sekali.Aisyah mengenakan gaun kembang ala ala Ariel,dikenakan pula dengan shawl labuh warna turqoise lembut.Mukanya di make up nipis.Ini pon dia pakai setelah dipaksa Alisya.Kalau ikutkan hatinya dia ingin memakai baju kurung sahaja.

"Wow,lawanya Aisy Along ni."
'Kalau Aisy bukan adik along.dah lama along try aisy.Along pon dah lama .....'sambung Hanif dalam hati  kemudian dia sibuk membelek tubuh adiknya itu.

"Mendelah Along merepek ni.Mana Zara?"anak saudaranya yang sorang itu dicari.Itulah satu-satunya anak Hanif setelah kematian isterinya.

"ada kat atas.Bibik tengah siapkan."

"Aisy nak gi tengok Zara jap."laju sahaja dia memanjat tangga menuju ke bilik anak saudara kesayangannya itu.

"Wei Naseem.Lama gila tak jumpa kau.Bila kau balik,tak bagitau pon."
Hadif memeluk Naseem.Sepupu kesayangannya.Maklumlah Naseem ini sama tua dengannya dan merupakan sepupu tunggal lelaki belah mummynya.Adik beradik Naseem juga ketiga-tiganya perempuan.Macam terbalik pula dengan keluarganya.Tapi,itu dulu.Sekarang tidak lagi kerana mereka sudah mempunyai ahli baru.

"3 hari lepas.Sahaja nak buat suprise kat korang.Birthday girl nya mana?nak jugak aku tengok si kecik tu.Lima tahun kot tak jumpa."
Naseem memang suka memanjakan Alisya seperti adik dan kakak perempuannya.

"Ada kat dalam.Busy lah dia tu.Tak sabar nak tunjuk suprise."kata Hadif penuh makna.Tidak tahulah apa reaksi Naseem selepas melihat 'suprise' yang dimaksudkan itu.

Kehadiran Naseem di dalam rumah itu mendapat perhatian ramai.Lagi-lagi dikalangan wanita.Tidak lepas mata mereka memandangnya,seolah-olah melihat berlian di depan mata.Sangat menyilau.

"weyh Sya!sapa tu?Ada lagi mamat handsome selain abang-abang kau ye."Alisya yang sibuk menghubungi kembarnya yang lari dari sesi perkenalan ringkas tu terus berpaling.

My Lovely Stone HeartWhere stories live. Discover now