9

511 69 1
                                    

Lisa dan Jungkook hanya diam sejak dari pagi. Tiada siapa ingin bersuara dulu. Mereka berdua kini diatas satu bot nelayan yang akan terus membawa mereka ke Gyeongju.

Jungkook baru sahaja dapat arahan dari Komander Woo Bin supaya bergerak ke Gyeongju. Mengikut maklumat informer, Virote dan kuncu  kuncunya kini berada disana.

Lisa hanya menundukkan wajahnya sejak berada di atas bot. Dia kerap kali memegang kepala kerana dia mabuk laut. Jungkook yang perasan akan kelakuan Lisa, menoleh ke arah pembawa bot itu.

"Lama lagi ke nak sampai Gyeongju?", tanya Jungkook pada lelaki itu

"Lagi 1 jam tuan",balas lelaki itu.

Jungkook mengangguk faham dan berjalan menghampiri Lisa. Lisa tidak perasan akan kehadiran Jungkook kerana dia terlalu mual.

"Kau okay tak?", Jungkook memulakan perbualan

Lisa sekadar menggeleng. Dia baring di atas bot tanpa menghiraukan Jungkook dan lelaki nelayan itu.

"Aku rasa nak muntah. Dah sampai kejutkan ..aku", Lisa menahan dirinya dari memuntahkan makanan yang dimakannya pagi tadi

Jungkook balas dengan anggukan. Dia menikmati pemandangan lautan yang indah. Sempat dia mengelir mata ke arah lelaki nelayan itu.

Kelakuannya mencurigakan. Jungkook berjalan perlahan lahan ke arah lelaki itu. "Dah lama ke jadi nelayan?", tanya Jungkook

"Lama la jugak tuan. Dari dulu sampai sekarang", balas lelaki itu

Jungkook ternampak tatu naga pada lengan kiri lelaki itu. Dia teringat akan lambang kumpulan Red B yang terdapat pada maklumat kes Virote.

"Ke..kenapa tuan pandang saya macam tu?", tanya lelaki itu.

Jungkook menyilang kuat tangan lelaki itu. "Tak payah nak berpura pura sangat la!", tengking Jungkook

Lelaki itu melepaskan diri dari Jungkook. Dia menolak Jungkook dan terus terjun ke dalam air tanpa menghiraukan keselamatan nyawanya.

Jungkook cepat cepat bangun dan melepaskan beberapa das tembakan. Kena atau tidak, dia tidak pasti.

"Uwekk!!", Lisa termuntah bila terdengar bunyi das tembakan dilepaskan.  Nasib dia sempat muntahkan ke luar bot.

Jungkook menghampiri Lisa bila Lisa betul betul okay. "Kita ada masalah"

Dahi Lisa berkerut. Tidak faham apa yang dimaksudkan Jungkook. "Aku mabuk. Aku nak balik", Lisa menggenggam erat jaket Jungkook

"Macam mana nak balik kalau aku sendiri tak tau kita kat mana sekarang ni?!", balas Jungkook.

Lisa terkejut. Dia melepaskan jaket Jungkook dan menundukkan muka ke luar bot lagi. Jungkook hanya membuat muka jijik.

Bot yang dinaiki mereka bergerak tanpa hala tuju. Jungkook cepat cepat mengambil alih.

"Mana nelayan tadi?", tanya Lisa bila merasakan dirinya sekarang ok sikit.

"Dia orang Virote. Belum sempat aku buat ape ape,dia terjun dalam air. Tak tau la kalau dia mati ke tak", balas Jungkook acuh tak acuh

"Huh?", Lisa ingin meninjau tapi dihalang Jungkook. "Kau jangan menyusahkan aku lagi la", rengus Jungkook

Lisa tidak membalas apa apa. Dia kembali baring di atas lantai bot yang sejuk itu.

Tiba tiba enjin bot itu mati. Jungkook cuba menghidupkan beberapa kali tapi tidak boleh dihidupkan semula. Dia menghentak kuat bot itu.

"Sial!!", carutnya

Jungkook mengeluarkan telefonnya tapi tiada talian. Dia cuba menenangkan diri walaupun kepala dia rasa serabut.

Lisa bangun lalu menyandarkan badannya pada tepi bot. Dia dah rasa okay sikit. "We're stuck?", suara Lisa perlahan je

"Tak la. Bot ni penat. Dia nak rehat jap", balas Jungkook memerli

Lisa menggulingkan matanya. Dari jauh dia nampak satu bot bergerak laju ke arah bot yang dinaiki mereka. "Jungkook!", panggil Lisa lalu menunjuk ke arah bot itu

Jungkook pandang lama bot itu. "Ka..kawan kau ke?", tanya Lisa kerana bot itu seperti bot penyelamat.

Jungkool geleng. Dua orang lelaki dari bot itu menarik picu pistol dan menembak ke arah mereka. Jungkook menarik Lisa dan menolaknya ke dalam air. Begitu juga dengan dia.

"Mana diaorang?!", salah seorang lelaki dari bot itu menyoal.

Mereka tertinjau tinjau ke dalam air. "Tu dia!!", jerit seorang lagi bila nampak bayangan Jungkook

Mereka melepaskan das tembakan beberapa kali tapi Jungkook sempat mengelak. Jungkook berenang menghampiri Lisa yang bersembunyi di bawah bot.

BANG!!

Jungkook mengerang sakit bila kakinya ditembak. Dia hilang nafas. Lisa cepat cepat menarik Jungkook supaya Jungkook tidak tenggelam di dasar laut.

"Dorang dah mati. Inform pada bos", arah lelaki yang menembak Jungkook

Kawannya mengangguk faham. Selepas memberi isyarat dari jarak jauh, mereka meninggalkan bot Lisa dan Jungkook dari jarak yang agak jauh

"Letupkan", arahan Liu dari walkie talkie mereka membuatkan mereka tersenyum sinis

Salah sorang dari mereka menghalangkan muncung senjata ke arah bot itu. Dua tembakan dilepaskan dan..BOOM!!!

Mereka ketawa jahat dan meninggalkan tempat itu.

Nasib menyebelahi Lisa bila dia sempat berenang membawa Jungkook jauh dari bot itu. Letupan yang kuat membuatkan Lisa asyik menoleh ke belakang.

To Be Continued...

Undercover [•liskook•]Where stories live. Discover now