➳ 3

615 136 35
                                    

Mulut aku masih ternganga.

Terkejut yang amat.

Tak akan sehensem begitu jadi duda?

“ Bang, April Fool dah lama lepas okay? Janganlah nak bergurau... " soal aku, ingin menafikan kenyataan.

“ Yeojung. Kalau sekarang April Fool sekalipun, aku tak akan berguraulah. April Fool is haram you know? And, kalau kau rasa aku menipu, nanti kau pergi tanya sendiri kat si Dokyeom tu. "

Aku terdiam.

Betul juga. Si Joshua ni bukannya sambut sangat benda-benda macam ni. Valentine pun dia kata haram.

Aih aku rasa macam nak terjah je gerai Dokyeom tu sekarang.

“ Ermm, abang makanlah dulu kuih ni semua. Saya nak pergi jumpa dia! "

“ Sanggup ke kena kacau dengan Soonyoung? "

“ ALA LANTAKLAH ANAK KWON TU, AKU NAK JUMPA DOKYEOM " aku pun berlari keluar rumah.

“ Kalut betul adik aku ni. Haih. " rungut Joshua.

++++++

Nasib baik Dokyeom masih ada kat gerai dia.

“ Eh Yeojung! Kenapa awak datang lagi ni? Nak beli kuih lagi ke? " soal Dokyeom dengan muka polosnya.

Comellah hanat eiii.

“ Bukan, bukan! Saya ada soalan mustahak untuk awak. Ini melibatkan hidup dan mati! " kata aku sambil menepuk-nepuk meja gerainya.

“ Sabar, jangan ditepuk meja tu. Kesian dia sakit. Soalan apa yang mustahak sangat tu? " soal Dokyeom sambil dia memegang tangan aku supaya aku berhenti menepuk meja tadi.

DIA MAIN PEGANG-PEGANG TANGAN PULAK.

HUWAAA AKU NAK PENGSAN.

“ B-betul ke awak ni duda? Dan awak ada anak? " soal aku dengan cuak.

Tiba-tiba dia mengalihkan tangan dia dari memegang tanganku. Alamak dia marah ke?

Dia menghela nafas sebelum berkata,

“ Panjang ceritanya, apa kata awak duduk sini dulu? " dia mengajakku untuk duduk di sebelahnya.

Wah.

Ini kalau Soonyoung nampak, mau berapi mamat tu.

Aku pun duduk di sebelahnya.

“ Ok, sekarang ceritalah! "

“ Macam ni ceritanya... "

++++++

Flashback ( 2 tahun lepas )

“ Mak dengan ayah ni betul ke tak betul? Kyeom baru je 21 tahun. Lepas tu nak suruh Kyeom kahwin? "

“ Sabar Kyeom, kami kesian dengan Naru tu. Boyfriend dia tinggalkan dia. " terang Puan Lee.

“ Jadi Kyeom kena kahwin dengan dia sebab tu? Memang tak ada lelaki lain ke? Kenapa mesti saya juga? " dia sangat tak puas hati dengan keputusan ibu bapanya untuk berkahwin dengan Park Naru, seorang perempuan kacukan Korea dan Jepun.

“ Dan, Kyeom langsung tak kenal Naru tu. "

“ Lee Dokyeom, boleh tak kamu berhenti melawan? Bagi ibu kamu peluang untuk terangkan segalanya. " marah Encik Lee.

“ Tch, okay. Saya diam. Terangkanlah semua benda yang saya patut tahu! "

“ Naru ada kanser otak stage 3. Sebab tu dia ditinggalkan oleh boyfriend dia. "

Penerangan ibunya tadi itu membuat Dokyeom terkedu.

Jadi dia ditinggalkan sebab dia ada kanser?

Apa punya lelaki tu?

“ Macam mana, Dokyeom? Kamu setuju tak? " soal Encik Lee.

“ Baik. Saya setuju. Cuma, saya tak mahu ada sebarang hubungan seksual dengan dia. Saya akan ambil anak angkat. Deal? " kata Dokyeom.

Puan Lee & Encik Lee memandang sesama sendiri sebelum berkata,

“ Deal. "

++++++

Actually kisah silam si Dokyeom ni panjang lagi, nanti aku sambung okay? 👌

Rindu tak dengan story ni? ✋

𝘀𝗶 𝗱𝘂𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝘂𝗮𝗹 𝗸𝘂𝗶𝗵. [✓]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt